Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
facebook Instagram youtube

kisah seorang gadis melayu

    • Home
    • Atia Amir
    • Tarikh penting
    • Surat Khabar
    Kisah benar: Akibat dedah AURAT di facebook.......

    kisah ini mengenai seorang hamba Allah. Beliau merupakan seorang wanita yang aktif berfacebook... dalam facebook nya mempunyai banyak koleksi gambar yg tidak menutup aurat...

    selepas beliau meninggal dunia, ibunya sentiasa bermimpi beliau merayu kepada ibunya supaya delete gambar2nya yg tidak menutup auratnya di facebook... malangnya tiada siapa... yang mengetahui password facebooknya...

    jadi, kemungkinan besar, rohnya tidak tenang dengan dosa auratnya yang dibiar begitu saja menjadi tatapan umum....
    dan ingatlah, azab untuk kita yg sengaja membiarkan aurat kita dilihat oleh lelaki bukan mahram ialah API NERAKA!

    *Cerita ini menjadi iktibar dan pengajaran buat kita, supaya usahlah letak gambar di facebook, terutama sekali gambar kita yang tidak menutup aurat dengan sempurna.... kita tak tahu bila kita akan mati... jadi, tolonglah kalau anda sayangkan diri anda, deletelah gambar yang tidak sepatutnya....

    Akhir kalam, moga roh beliau dicucuri rahmat Ilahi...ameen...Al-Fatihah

    *************************

    kisah kat atas nie aku amik kat facebook. bila terbaca kisah kat atas nie tetiba aku teringat kat arwah roomate aku masa matriks dulu. dia memang aktif myspace ngan friendster. masa tue kan memang dua laman sosial nie agak famous. dia yang ajar aku pasal benda2 nie. boleh dikatakan setiap kali dia online pasti ada yang add. komen ngan mesej jangan cakap la. banyak giler notification setiap kali dia online. arwah roomate aku nie memang comel orangnyer. gambar profile dia mampu buatkan dua2 laman sosial dia terkenal.

    selepas dia meninggal tetiba terdetik hati aku tentang gambar2 dia kat myspace ngan frienster. aku jadi takut. aku jadi sebak. sebabnyer aku buntu tak tau macam mana nak padam semua gambar2 yang ada. sebabnyer aku tak tau password ngan email dia. yang ada cuma automatik save jer kat laptop. tapi masalah timbul sebab masa tue kebetulan pulak wifi kat matriks tengah maintenance. lebih seminggu kitorang tak dapat online. aku lagi bertambah kusut. kadang2 aku menangis sebab tak dapat tolong dia.

    entah macam mana aku dapat tahu ex pakwe dia tahu password ngan email friendster dia. friendster mungkin boleh settle. tapi masalahnyer email myspace dia laen la pulak. tetiba aku dapat ilham. aku teringat sesuatu. nama yang dia selalu gunakan kalau nak hias myspace dia. aku pown cuba. alhamdulillah aku berjaya. naseb baek password sama. kalau laen tak tau la macam mana.

    semenjak tue aku aku buat satu nota simpanan semua password ngan email aku. semoga jika apa2 terjadi kat aku ada yang dapat buat sesuatu. lagi satu aku private semua gambar2 yang ada. nak delete sayang sebab ada gambar dalam tue dah takde dalam laptop sebab format. salah cina kedai tue la. dahla charge mahal lak tue. aish..

    jangan sangka kita takkan mati pada usia muda. memang muda cuma sekali. tapi bila2 masa jer Allah boleh tarik nyawa kita. memang seronok2 sekarang tapi diakhirat kelak jawab la sendiri.

    moral of the story pandai2 la pikir ape yang patut korang buat. huhuhu..
    Continue Reading
    aku bukan seorang peminat bola sepak. jadi jangan tanya aku apa2 pasal bola sepak. motif..?? heeee~

    aku jumpa benda nie kat facebook. agak menarik. jadi aku nak kongsi ngan korang. huhuhu..

    Jika EPL adalah kelas di sekolah, maka:

    Arsenal
    adalah kumpulan murid yang belajar dengan bersungguh-sungguh setiap tahun tetapi gagal dalam peperiksaan akhir tahun.

    Man City
    adalah kelas sekumpulan anak-anak manja yang selalu membeli buku mahal tetapi gagal memanfaatkan wang yang dibelanjakan.

    Chelsea
    adalah contoh kelas yang gagal dan selalu menyalahkan gurunya, atas kegagalan tersebut kelasnya akan mendapat guru baru pada setiap tahun.

    Man Utd
    adalah kelas sekumpulan murid-murid yang berjaya dan dicemburui ramai lebih-lebih lagi Liverpool. Brilliant Students!! :D

    Liverpool
    adalah pelajar yang malas dan kurang disiplin, oleh itu mereka kerap didenda oleh sekolah (FA). Mereka adalah hanya berbangga dengan kejayaan generasi terdahulu sahaja....

    Spurs
    Sekumpulan pelajar yang lemah pada mulanya tetapi kemudiannya belajar bersungguh-sungguh..sering melakukan keajaiban ketika peperiksaan.

    entahla.. APTB.. ngeeeee~
    Continue Reading
    korang yang lahir tahun 80an ngan 90an mesti pernah tengok cerita nie kan. kalau tak silap aku cerita nie ditayangkan dulu kat ntv7 setiap pagi minggu. aku pun dah tak berapa nak ingat. tapi yang pasti aku memang tak miss tengok cerita nie.

    ninja boy.. hemohemohemo.. heeee~

    dorang nie memang comel. lagu2 si gemuk tue. paling suka kat dia. sebab dia paling comel antara tiga2 sahabat nie. tiga2 nie perangai laen2. tapi tetap boleh jadi kawan baek. huhu..




    macam mana pulak kalau ninja boy nie dalam dunia nyata..??

    aku terjumpa video bawah nie kat facebook. agak2nyer cerita nie sampai tak kat Malaysia. kalau ada seyesly aku teringin nak tengok. sebab mereka2 nie kiut sangat2.



    hemohemohemohemo..!!!
    Continue Reading

    tuhan tolong lembutkan hati hamba
    untuk mencintaiMu seadanya
    kerna ku tak sanggup
    kerna ku tak mampu
    menghadapi siksa nerakaMU

    tuhan aku tahu byk dosaku
    hanya ingatkanMu kala dukaku
    namun hanya Kamu yg mampu membuka
    pintu hatiku untuk cintaMu

    Allah..ampunkanlah hambaMu (dosaku)
    yang slalu dustakan janjiku
    agar kelak ku xkan disiksa
    kerna dosa-dosa masa lalu

    Allah..jatuh air mataku
    dan trus mengalir mengiringi doaku
    Allah..Yang mengampuni segala
    Dosa2 hamba yang meminta..

    Hanya mampu berdoa..
    Moga maghfirah (keampunan) tiba nanti..

    terjumpa lagu nie kat facebook. ada frenz aku share kat wall dia. memang menusuk kalbu lagu nie. suara penyanyi dia pown sedap. mampu buatkan hati aku sebak mendengarnyer.

    Ya Allah aku hanyalah hamba yang lemah yang hanya tahu meminta. ampunkanlah segala dosaku, dosa ibu bapaku, guru2ku dan sekalian orang Islam. kuatkanlah hati ku dalam menjalani kehidupan di Bumi Mu Ya Allah. jauhkan lah diriku, keluargaku dan orang sekelilingku yang tulus mencintai dan menyayangiku dari maksiat dan kejahatan dunia. 

    Ya Allah sesungguhnya solat ku, ibadahku, hidup ku dan mati ku hanyalah untuk Mu Ya Allah..
    Continue Reading
    ingat lagi tak post aku pasal lisa surihani pelat R..??

    antara post yang paling popular dalam blog aku nie. mana tak nyer. 44 facebook like + 31 komen. paling banyak dalam sejarah untuk blog aku yang biasa2 nie. 

    hajat di hati bukan nak mengutuk kelemahan lisa surihani. sebabnyer kalau aku kutuk dia bermakna aku kutuk diri aku sendiri. tapi sebenarnyer hanya nak menyatakan fakta yang orang pelat R nie masih boleh berjaya. seperti contoh Lisa Surihani la. walaupown dia pelat R dia masih boleh jadi pelakon terkenal.

    sebabnyer dulu aku pernah rasa segan ngan malu atas kelemahan aku yang tak boleh sebut R. sampai ada masanyer bila aku  nak sebut perkataan yang ada sebutan huruf R aku malu2. tapi akhirnyer aku dapat buktikan yang walaupown aku pelat R aku masih dapat mewakili sekolah dalam pertandingan forum remaja. walaupown ikutkan aku terpilih sebab tak de orang laen yang nak join. tapi sekurangnyer kumpulan aku dapat tempat ketiga dalam peringkat zon. heeeee~

    ape pown kelemahan seseorang tue kita sebagai manusia janganlah sesuka hati nak persendakan. sebab setiap manusia tak boleh lari dari kelemahan. yang ada kelemahan tue pulak janganlah putus asa. sebab setiap kelemahan tue ada hikmahnyer. yang sempurna hanyalah Allah yang mencipta sekalian alam. walau apa pown kelemahan kita hanya pada Dia la kita mintak bantuan dan pertolongan.


    korang mesti dah tengok gambar kat atas nie kan. tersebar luas kat facebook ngan blog. lawak memang lawak. tapi kesian pown ada jugak. sebab macam terkena kat hidung sendiri. ngeeeee~

    ape pown kepada semua yang pelat R korang semua sangat istimewa di mata aku. huhuhu..^_^
    Continue Reading
    akhirnyer semester yang sangat2 menyeksakan berakhir sudah. agak terseksa jiwa raga lagi2 disebabkan kebuzian melampau aku terpaksa abaikan blog kesayangan aku nie. bukan sebab tak de idea. tapi disebabkan kepenatan melampau mood nak berblog hilang macam tue jer. sampai asal ada masa terluang aku akan manfaatkan dengan tidor. sampaikan jadual tidor aku jadi tak menentu.

    salah aku jugak yang pergi pulun sampai 19 jam kredit sape suruh. dah pulak tue sampai 9 subjek. 5 paper exam. paling banyak dalam sejarah sepanjang aku belajar kat UMP nie. tapi tak sangka aku dapat akhirinya. doa2la hasilnyer pown memuaskan. amin.

    klik pada gambar untuk tumbesaran.. heeee~

    insyaAllah cuti nie aku akan manfaatkan dengan merehatkan badan sepenuhnyer. nak manjakan diri pulak. disebabkan tension abes muka aku yang dulunyer tak pernah tumbuh jerawat sekarang banyak pulak. dah pulak tue tangan aku nie gatal pergi picit. abes berkudis muka. seyesly aku tak sangka muka aku boleh jadi seteruk nie. adeih.

    go back to normal life..^_^
    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Gadis Melayu

    Photo Profile

    Kisah seorang gadis melayu bernama Atia

    Dulu acah2 nak jadik engineer. akhirnya jadilah lecturer. huhu..

    Dulu gemok sekarang sedang2 je. Kaki gym, kaki fitness dan macam2 kaki. Yang pasti bukan kaki penipu.. huhu..


    Nuffnang

    Team Mak Minyak

    Team Mak Minyak

    Cerita Lama

    • ►  2018 (7)
      • ►  July 2018 (1)
      • ►  May 2018 (1)
      • ►  March 2018 (2)
      • ►  February 2018 (1)
      • ►  January 2018 (2)
    • ►  2017 (35)
      • ►  December 2017 (3)
      • ►  November 2017 (4)
      • ►  October 2017 (5)
      • ►  September 2017 (7)
      • ►  August 2017 (16)
    • ►  2016 (1)
      • ►  January 2016 (1)
    • ►  2015 (17)
      • ►  December 2015 (1)
      • ►  November 2015 (1)
      • ►  October 2015 (1)
      • ►  September 2015 (1)
      • ►  August 2015 (1)
      • ►  July 2015 (1)
      • ►  June 2015 (1)
      • ►  May 2015 (1)
      • ►  April 2015 (1)
      • ►  March 2015 (1)
      • ►  February 2015 (4)
      • ►  January 2015 (3)
    • ►  2014 (34)
      • ►  December 2014 (2)
      • ►  November 2014 (4)
      • ►  October 2014 (4)
      • ►  September 2014 (4)
      • ►  August 2014 (2)
      • ►  July 2014 (2)
      • ►  June 2014 (4)
      • ►  May 2014 (5)
      • ►  April 2014 (1)
      • ►  March 2014 (1)
      • ►  February 2014 (1)
      • ►  January 2014 (4)
    • ►  2013 (26)
      • ►  December 2013 (3)
      • ►  November 2013 (2)
      • ►  October 2013 (4)
      • ►  September 2013 (4)
      • ►  August 2013 (1)
      • ►  July 2013 (2)
      • ►  June 2013 (1)
      • ►  May 2013 (2)
      • ►  April 2013 (2)
      • ►  March 2013 (1)
      • ►  February 2013 (1)
      • ►  January 2013 (3)
    • ▼  2012 (57)
      • ►  December 2012 (4)
      • ►  November 2012 (2)
      • ►  October 2012 (6)
      • ►  September 2012 (12)
      • ►  August 2012 (8)
      • ►  July 2012 (3)
      • ►  June 2012 (5)
      • ►  May 2012 (2)
      • ►  April 2012 (4)
      • ►  March 2012 (3)
      • ►  February 2012 (2)
      • ▼  January 2012 (6)
        • Akibat dedah AURAT di facebook.......
        • Jika EPL adalah kelas di sekolah
        • ninja boy in real action..^_^
        • parodi ombak rindu yang mampu buat aku sebak..T___T
        • perlu ke nak kutuk orang yang pelat R..??
        • hidup balik selepas satu semester jadi zombie..
    • ►  2011 (584)
      • ►  December 2011 (6)
      • ►  November 2011 (8)
      • ►  October 2011 (21)
      • ►  September 2011 (26)
      • ►  August 2011 (71)
      • ►  July 2011 (129)
      • ►  June 2011 (99)
      • ►  May 2011 (68)
      • ►  April 2011 (73)
      • ►  March 2011 (83)

    Kawan2 Gadis Melayu

    Facebook Badge



    Create Your Badge

    Popular Posts

    • gara2 pakai contact lens koyak..
    • janda 18 tahun
    • Kolej Matrikulasi Selangor
    • Harimau Garang..

    Labels

    #TeamMakMinyak 30 hari cabaran blog Ekspedisi Berbasikal 1 Malaysia Pekan-Putrajaya Essential Oil Young Living lawak wordless wednesday
    facebook Twitter instagram pinterest bloglovin google plus tumblr

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top