Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
facebook Instagram youtube

kisah seorang gadis melayu

    • Home
    • Atia Amir
    • Tarikh penting
    • Surat Khabar

    minggu lepas aku ada cerita pasal festival layang2 UMP Pekan. hari nie aku nak update ape yang berlaku sepanjang festival. patutnyer aku nak keluarkan entry nie awal. tapi disebabkan kelas dari hari isnin sampai khamis agak full of charge jadi hari nie baru aku update.

    untuk program nie aku ditugaskan untuk jadi urusetia di bawah AJK aktiviti. kalau ikutkan bidang tugas aku kena jaga permainan yang diadakan sepanjang festival. antara permainan yang ada ialah cari gula dalam tepung, bowling,  isi air dalam botol, mewarna dan takraw bulatan.

    aku dengan alia ditugaskan untuk jaga permainan cari gula2 dalam tepung. pandai2 pilih sendiri sebab ketua AJK memang bestfrens aku. hehehe.. tapi tak nyesal pown amik permainan tue. sebab memang best giler. semua pakat2 maen tepung sampai habes satu badan aku mandi ngan tepung. mentang2 la masa tue tak ada air kat UMP Pekan nie. tayamum ngan tepung la jawabnyer.


    pertandingan diadakan pada hari ahad. sebanyak 42 wau telah dipertandingkan haritue. dibahagikan kepada beberapa kategori. tertutup tradisional, tertutup moden, terbuka wau bulan dan terbuka wau daun. entah macam mana masa hari pertandingan aku antara kalangan urusetia yang bertuah terpilih untuk membantu juri dalam menguruskan pertandingan. agak kelam kabut tapi alhamdulillah semua berakhir tanpa ape2 masalah. best jugak dapat guna walkie talkie. hehehe..


    masa festival nie ada diperkenalkan kenis2 wau. sebelum nie aku tak pernah tau. maen layang2 pown tak reti. niekan pulak wau. lagi la tak pandai. tapi memang unik dan cantik wau2 ciptaan peserta nie. tak sangka kan. lagi2 ada jgak pelajar cina yang turut serta. memang terbaekla.



    kitorang sempat mencapub ngan T-shirt rasmi festival layang2. memang cantik giler wa cakap lu. hehehe..

    satu lagi aktiviti menarik yang aku join di UMP.. heeeee~



    Continue Reading
    lama betol rasanyer tak aktif join segmen nie. kesibukan melampau menghalang aku untuk teruskan aktiviti yang sangat bermoral ini. tadi tengok kat dashboard ada satu segmen. ingat tak sempat nak join. naseb baek sempat. harap diterima la ye.


    klik kat banner kalau nak join. sempat lagi rasanyer

    semua lagu yang jadi favourite aku semuanyer mesti ada kaitan dengan aku. kadang2 kalau terdengar lagu tue mula la aku duk flashback balik kisah lama. disebabkan tue ada lagu yang boleh buat aku ketwa atau menangis.

    kalau dulu masa zaman sekolah aku tak de peluang untuk dengar radio. radio kat rumah aku hanya boleh maenkan lagu2 dari channel RIMA jer. yang sekarang dah dikenali sebagai Klasik FM. jadi lagu favourite aku lebih kepada lagu2 motivasi macam kau boleh, budi bahasa budaya kita, mari membaca dan macam 2 lagi.

    jadi bila terdengar balik lagu2 macam nie mesti teringat zaman sekolah dulu2. macam tak percaya jer benda tue semua dah lama berlalu.

    masa aku putus cinta pulak lagu yang boleh buat aku menangis lagu Sang Mantan nyanyian kumpulan Nidji. tapi lagu hey ladies pulak jadi penguat supaya aku tak lemah sebab kan benda macam tue jer. bila aku rindu kat ibu aku, aku teringat lagu Kekasihku nyanyian Azzam idola kecil 2. bila aku teringat kat arwah roomate aku aku teringat lagu bye bye nyanyian Mariah Carey. sebab tue lagu favourite dia.

    selain tue aku suka jugak lagu Menangis lagi nyanyian Fina akademi fantasia 9. sebab lirik lagu tue memang kena dengan aku. kalau ikutkan banyak jugakla lagu favourite aku yang ada kaitan ngan hidup aku. nak senaraikan rasanyer sampai esok pown tak habes.

    aku tak pasti tia nak satu jer ke lagu untuk segmen nie. tapi takpela aku senaraikan semua lagu2 yang pernah aku post kat blog aku. kalau nak tengok lirik dia boleh lah klik kat tajuk2 lagu tue.

    LALALALALALA.. ikut rima lagu the smurf.. heeeeeee~
    Continue Reading
    very easy as 1,2,3,4
    There is..
    1 thing..
    2 do..
    3 word..
    4 u..
    I love u..

    my love just for you Maizatul Khiftia

    Mai la gadis idaman saya

    HAHAHAHAHAHAHAHAAH...!!!!!!


    bila ingat balik mesej2 nie nak gelak guling2. sebab pe kata2 yang kat atas nie semua nyer palsu belaka. katanyer aku nie gadis idaman la. cinta hanya untuk aku la. tapi dengan perempuan laen pulak ko cakap kau yang satu. tapi sebenarnyer ada hati nak pasang banyak. 

    kenapa ea senang sangat kata2 cinta nie keluar dari mulut orang2 macam nie..?? dorang nie tak de hati ke..?? tak rasa bersalah ke..?? ape keuntungan yang dorang dapat ea..??

    entahla. aku sendiri pelik. senang sangat kata cinta dilafazkan. aku rasa dorang2 nie patot masuk kelas belajar ape tue cinta kowt. tak dela tau nak maenkan perasaan orang jer.

    sebabkan benda macam nie la aku allergic kalau lelaki panggil aku 'sayang'. kawan je pown. apesal lak nak bersayang-sayang. memang jawapan aku kat lelaki macam nie agak kasar. tapi apa aku kesah. suka2 hati jer nak layan aku macam tue. bukan aku tak tau ngan perempuan laen pown ko buat benda yang sama.

    pernah sekali ada sorang mamat nie aku baru kenal tetiba panggil aku sayang. terus aku tak balas semua mesej dia. bukan niat nak jual mahal ke murah ke. (ingat aku nie barang ke..) perlu ke nak panggil sayang tue semua. sedangkan kawan jer pown. baru kenal lak tue.

    ape pown cinta adalah anugerah Allah kepada hambaNyer. hanya kat Dia aku mengadu tentang cinta. tiap hari aku berdoa agar Allah pelihara jodoh aku dari benda2 yang buruk. semoga Allah permudahkan pertemuan antara aku ngan jodoh ku itu. amin.

    hensem2 la pulak budak2 mekanikal. adoyai. heeeee~
    Continue Reading
    dalam internet yang agak NGENG nie aku tetap jugak nak join segmen nie.

    JOM KENALI BLOG GADIS MELAYU

    Letak logo ini di permulaan entri sebagai tanda penyertaan segmen ni ..

    [image%255B3%255D.png]

    klik kat gambar atas nie kalau nak join sekaki.. heeee~

    Beri latar belakang secara ringkas kenapa anda buat blog ?

    aku buat blog dulu sebab arwah roomate aku yang suruh. nak sama2 ada blog katanyer. tapi disebabkan aku nie masih jahil tentang internet masa tue. blog aku tue terabai. aku lupa kata laluan ngan password untuk blog aku tue. naseb baek kosong lagi.

    bila dia meninggal aku jadi lonely. hilang tempat bercerita dan hilang tempat mengadu. selalu jer keluar dari bilik sebab aku tertekan sangat2. rindu sangat kat dia. jadi selalu jugakla kalau ada gap kelas aku lepak kat library online. entah macam mana tergerak hati nak luahkan perasaan dengan penulisan.

    mula2 aku buat blog kat Myspace. tapi tak best sebab terhad sangat. lepastue entah macam mana teringat tentang blogspot yang arwah roomate aku kenalkan. jadi aku mula belajar macam mana nak buat blog nie. aku banyak guna google sebagai tempat rujukan. sikit demi sikit aku mula paham tentang blog. dan sekarang aku sayang sangat2 blog aku sebab blog nie la teman istimewa aku sekarang.

    nak tau cerita lebih lanjut macam mana tertubuhnyer atia-gadismelayu.blogspot.com. boleh klik SINI.

    Jelaskan kenapa anda nak para blogger/ pembaca singgah ke blog anda ?

    mulanyer dulu aku buat blog sekadar untuk lepaskan tekanan dan aku jadikan tempat untuk lepaskan geram. tapi makin aku paham tentang blog nie, baru aku sedar dengan blog nie macam2 boleh buat. lagi best dari Myspace, Friendster ngan Facebook. sebab kat blog kita boleh tukar2 pendapat.

    bila aku ada masalah aku coretkan dalam blog aku. bila ada orang komen aku jadi seronok. lagi2 bila ada yang sokong dan bagi nasihat kat aku. buatkan aku rasa yang hidup aku nie bukan kosong. dari blog nie aku dapat ramai kawan. walaupown tak pernah jumpa tapi macam dah berkawan lama. nie la kelebihan ada blog.

    jadi aku nak sangat2 orang baca blog aku sebabnyer aku nak share tentang hidup aku. aku bukan seorang manusia yang sempurna. jadi bila korang baca tentang aku mungkin korang ada pendapat masing2 macam mana aku nak jadikan hidup aku nie lebih bermakna. ye tak. sharing is caring right..?? hehehe..

    Berikan 5 buah blog yang menarik yang mana anda pernah jumpa selama anda mengenali dunia internet ini .

    belog cik aish
    realiti konspirasi
    ayeem ayam
    goblog
    mommy to be

    Impian anda terhadap blog anda ?

    semoga ape yang aku tulis kat blog nie dapat menjadi kenangan untuk orang yang aku sayang bila aku dah tak da di dunia nie lagi. insyaAllah..
    Continue Reading
    mencabar betol sem nie. dengan masalah air tak de nyer. rasa macam nak surrender jer. tak larat la macam nie. dah dua minggu dah. asyik berulang masalah yang sama.

    internet lembab aku diamkan
    RO water tak de aku diam jugak
    washing machine tak disediakan aku diam lagi

    tapi kalau air tak de ini tak boleh didiamkan. tension hidup jadinyer. adoyai.

    harinie dan esok akan diadakan festival layang2 kat UMP Pekan. sape yang ada kat area Pahang tue jom la datang. boleh tengok macam mana "cantiknyer" UMP Pekan nie. heeeee~


    harap semua masalah nie cepatla berakhir..>_<
    Continue Reading
    korang pernah tak main layang2..??

    dulu kecik2 tak pernah lansung dapat terbangkan layang2. tak pandai lansung. tengok layang2 orang lain naik tinggi rasa jeloz giler. tapi hari khamis hari tue aku dapat peluang maen layang2. best giler.

    untuk pertama kalinyer aku dapat terbangkan layang2. seronok giler. tapi agak penat sebab kena berlari. memang pengalaman yang sangat2 best. baru aku tau macam mana bestnyer maen layang2. huhu..


    best sangat bila tengok layang2 tue terbang tinggi. rasa teruja. hehehe..

    sabtu ahad nie ada festival layang2 kat UMP Pekan. sesiapa yang ada kat area berdekatan jom la datang ramai2. macam2 acara akan diadakan.


    jom maen layang2..!!!! ^___^
    Continue Reading
    "kan aku dah kata, jangan masuk hutan nih, nampak usahkan ayam hutan, orang hutan pon tak de tahu", marah Meor kepada Azim, orang yang mencadangkan hutan keramat itu sebagai tempat memburu ayam hutan.

    "Habis dah hutan ini jer yang aku tahu, nak buat cam mana, takkan aku nak cadangkan pergi memburu kat reban ayam belakang rumah kau tuh pula?" balas Azim pada Meor yang mula marah-marah.

    "udahlah tu, janganlah bising-bising, kita kat hutan ni tahu?, dahlah hari nak senja, jalan balik pon tak jumpa, korang plak tau nyer nak gado-gado jer.." Aziz cuba campur tangan. Meor terdiam.

    "Kat mana kite ni Jes? Dah longgar dah kepala lutut aku nih berjalan, jalan keluar tak der pula kite jumpa." Tanya Meor kepada Aziz sambil memperbetulkan senapang patah yang disandangnya. Hari semangkin gelap

    "Tahlah aku pon tak tahu, rasanya macam mangkin jauh kita masuk kedalam hutan nih" balas Aziz sambil memerhatikan gelagat Azim yang mula membisu namun tangannya ligat menebas semak samun. Mungkin dia menyesal kerana mencadangkan hutan ini sebagai tempat memburu.

    "Emmmmmm, nasib baik aku sorang jer yang bawa senapang patah bapak aku ni, kalau semua orang bawa senapang, buang karen jer" perli Meor kepada Azim. Azim berhenti menebas dan membeliakkan matanya pada Meor.

    "Udahlah!!!!" tengking Aziz. Kecut perut Meor begitu juga Azim.

    "Aaaaaaaaaauuummmmmmmm!!!!!!" mereka terkejut mendengar suara yang tidak diundang itu kira-kira tidah jauh dari mereka. Mereka terduduk di sebalik semak samun. Namun Meor seorang yang cekap, sepantas kilat dia mencapai senapang yang disandang dan sambil mengacu keseluruh arah kerna bersedia untuk menembak pemilik suara gauman tadi sekiranya sebarang kemungkinan berlaku. Meor seolah-olah sedang beraksi sebagai seorang askar yang ingin berperang di medan.

    "Ya Allah, macam mana nih?" tanya Azim mengeletar.

    "Ni sumer kau punye pasal!!!!!" tengking Meor.

    "Aaaaaaaaaauuummmmmmmm!!!!!!" gauman itu berbunyi lagi.mereka semakin menggeletar .

    "Hei Meor ko boleh diam tak, masa genting cam nih pon ko nak persalahkan orang lagi erk?" marah Aziz cuba mententeramkan keadaan, walaupon perasaannya sendiri tidak tenteram. Masing-masing diam. Azim Bangun cuba melihat sekeliling walaupon keadaan agak samar. Tiada apa yang kelihatan.

    "Duduk Ziem, duduk" suruh Aziz bimbang melihat Azim berkelakuan sedemikian. Azim berjalan kehadapan untuk memastikan keadaan selamat.

    "Aku akan bertanggungjawab Jes, Meor" kata Azim tegas sambil melangkah kehadapan menggenggam parangnya. Sepantas kilat tubuhnya yang kurus kerempeng itu disambar pemilik gauman tadi, parang yang digengam erat, terpelanting entah kemana dan seiringan itu juga beberapa das tembakkan dari Meor kedengaran dilepaskan. Azim hilang dari padangan bersama Pemilik Gauman tadi. Yang tinggal hanya darah yang hanyir bertaburan melekat pada rumput-rumput, Meor menggeletar manakala Aziz tergamam

    "Innalillah, tak sangka aku hari ni, hari terakhir aku bersama Azim, Jes" Kata Meor menyesal.

    "Aku pon tak sangka Meor, mungikin selepas ini giliran kita..." Aziz bersedih diatas kehilangan Azim, namun bercampur baur dengan perasaan ketakutan, matanya liar memandang keadaan yang samar dek kegelapan. Hanpir lima belas minit mereka berdiam diri.

    Meor bangun sambil memegang senapangnya dan menembak beberapa das tembakkan ke langit "Heiiiiii harimau sial, keluar kau kalau kau betul-betul anak jantan!!!!" Jerit Meor seperti hilang akal. "Keluar kau harimau sial!!!!!" jerit Meor lagi. Sambil melepaskan beberapa das tembakkan. Sepantas kilat harimau tersebut menerkam Meor, terpelanting senapangnya jauh kedalam semak samun, harimau itu hilang, meleleh darah Meor membasahi baju T-Shirtnya akibat terkena terkaman harimau tadi. Aziz menerpa ke arah
    Meor dan mengheretnya ketempat yang lebih selamat. Tiba-tiba dalam kesamaran itu, satu lembaga kelihatan bergerak perlahan-lahan dihadapan mereka berdua.

    "Sah, Harimau sial tu lagi..."bisik Meor kepada Aziz.

    Tiada apa senjata yang mereka berdua miliki lagi untuk mempertahankan diri. Kini harimau jantan yang saiz badannya 2 kali ganda dari manusia itu semangkin dekat menghampiri. Mereka berdua ketakutan. Begitu tajam renungan mata harimau jantan tersebut. Lidahnya menjilat-jilat bibirnya yang bersepah-sepah dengan darah disekeliling mulutnya, mungkin darah Azim tadi.

    Tidalah giliran mereka tiba-tiba Aziz mendapat satu akal, dia menampar pipinya seolah-olah ingin memastikan bahawa ia tidak bermimpi. Memang benar dia tidak bermimpi. Meor memandang Aziz dan Meor juga mengikuti Aziz dengan menampar pipinya bertubi-tubi untuk memastikan yang dia juga tidak bermimpi.

    Benar ia juga tidak bermimpi. Namun tetiba harimau itu juga turut menampar pipinya, pergh....sekalik tuk harimau tu yang bermimpi daaaaaaaaaa....


    Bila harimau tu sedar hari dah senja rupanyer, Cit podaahhhhh!!!!
    Continue Reading
    korang ada baca tak kisah aku beraya kat rumah Salih Yaacob..?? mesti korang ada yang tak perasan kan. kalau nak perasankan klik SINI.

    dah baca dah..?? percaya tak..?? percaya jela. aku bukan tipu pown.

    sebenarnyer ape yang aku nak cerita nie cerita masa aku kecik2 dulu. masa tue umur aku 7 tahun. macam mana aku boleh ingat. sebabnyer tahun tue la atok aku meninggal. hari jumaat dalam bulan puasa atok aku, Hashim bin Tuah meninggal dunia dalam solat.

    ok bukan niat nak buat cerita sedih. sila kesat air mata masing2. cerita lama dah pown. aku pown dah lama terima kenyataan yang aku dah tak ada atok. jap nak kesat air mata. heeeee~

    berbalik pada tajuk. masa pengebumian atok aku ramai sangat orang yang datang. tengah duk main2 ngan sepupu aku (kecik lagi masa tue tak paham pape sangat). tetiba aku ternampak sorang pak cik nie. macam pernah ku lihat tapi kat mana ye..??

    macam Salih Yacob. tapi bukan kowt. pelanduk dua serupa agaknyer. takkan la dia ada kowt. aku antara peminat Salih Yaacob masa tue. kecik2 dah pandai ea. hehehe.


    malam tue aku pown cakap ngan ibu aku.
    "ibu2 tadi kan tia nampak ada pakcik tue muka macam Salih Yaacob" dengan muka konfiden
    "kenapa tak mintak autograph..??" ibu bergurau la pulak
    "ala sama sikit jer. tak sama sangat pown" 
    "tue memang Salih Yaacob la..."
    aku tercengang.

    bertubi-tubi soalan keluar dari budak umur tujuh tahun nie. camner dia boleh ada kat rumah atok aku..?? dia kenal atok aku ke..?? atok aku artis jugak ke..?? sampai fedup ibu aku nak menjawab.

    rupa-rupanyer Salih Yaacob tue ada bau2 bacang dengan bapak aku. kalau tak silap anak saudara atok aku. aku pown tak berapa nak pasti. tapi memang kelakar la masa tue. tue la pertama kali dalam hidup aku berjumpa dengan orang yang terkenal. 

    yela masa tue umor baru tujuh tahun. excited giler bila dapat tau. abes satu kelas aku canang benda nie masa kat sekolah. bangga giler. agak2la kan. hahahaha..

    bila teringat balik rasa nak tergelak guling2. zaman kanak2 yang sungguh indah.

    sedangkan Salih Yaacob bukan kenal aku pown. hehehe..
    Continue Reading
    dear blog,

              wahai blog ku sayang. aku mintak maaf sangat2. bukan bermaksud aku nak abaikan kau. tapi keadaan yang memaksa. aku sentiasa rindukan kau. tapi tak tau kenapa susah untuk tangan aku membelai kau. setiap hari aku melawat. tapi tak sempat meluahkan perkataan. aku jadi bisu bila ada kat depan kau. bukan sengaja tapi terpaksa.

              bila berjauhan rindu membuak-buak. macam2 benda nak diceritakan. tapi bila bersua aku jadi kelu tanpa kata.bila duduk jer depan kau aku terus lupa apa yang nak aku luahkan. 

              maafkan aku wahai blog ku sayang. aku tak berdaya. dengan bermacam-macam benda yang berlaku kat aku akhir2 nie. aku teringin sangat nak luah kat kau. tapi kepenatan membuatkan aku jadi bisu. kelu tanpa kata. 

              aku sendiri tak menyangka semester baru nie macam2 halangan menimpa aku. dengan keadaan blok baru yang kurang macam2 jenis kemudahan, air kejap ada kejap tak de, internet laju macam siput sedut, jadual makan yang tak menentu (sebab kafe jauh), batok yang masih lagi tak hilang2, kerja yang makin hari makin bertambah, dan macam2 lagi.

    maafkan aku wahai blog. tak berniat lansung untuk aku abaikan kau.



    dear friends,

              untuk semua kawan2ku. aku rindu korang sangat2. rindu nak blogwalking, rindu nak join segmen, rindu nak join contest, rindu nak semakkan shoutbox korang, rindu nak komen post korang, dan macam2 lagi. keadaan memaksa aku untuk kurangkan semua aktiviti2 yang bermoral nie.

              maafkan aku kawan2. aku tak dapat tunaikan janji aku dulu. dengan keadaan internet sekarang, memang sukar untuk aku melawat korang. aku rindu sangat2 kat korang. aish...

    harap cepat2 la UMP upgrade internet. aku rindu sangat2 kat korang semua..

               ikhlas,........     
    gadis melayu
    Continue Reading
    dua minggu lepas aku post Wordless Wednesday-13
    harinie gambar baru pulak..^_^


    nak tau pe itu wordless wednesday klik sini.

    p/s: ce teka sape mamat nie. heeeee~

    p/s: hampir lupa tentang wordless wednesday.. adoyai..



    Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

    Continue Reading
    lama betol tak update blog. nie gara2 kepenatan dan fedup ngan keadaan internet yang cukup2 makan. nak blogwalking pown terhad. nak bukak blog sendiri apetah lagi. sedangkan aku dah check berat blog aku tak dela berat sangat. sedangkan blog yang ringan tue pown susah nak bukak.


    baru jer timbang semalam. baru jer ingat balik UMP nak teruskan hobi blogwalking aku. terbantut dek kerana kelajuan internet yang macam siput babi.

    dah la minggu nie jer tiga hari kitorang menderita tak de air. satu kawasan pekan tak de air. nak kencing berak semua duk tahan. sampai kat fakulti baru lepas. sebab kat situ jer tangki air penuh lagi. boleh pulak dibantainyer tangki blok asrama baru bocor. lagi tambah masalah.

    kalau dulu masa tak de elektrik walaupown tengah malam kitorang lari gi fakulti. masa tak de air pown macam tue. disebabkan dah tak tahan tak dapat mandi, pukul 12 tgh malam kitorang lari pergi fakulti mandi. aku ingat aku jer yang buat idea giler tue. rupanyer ramai lagi. hehehe..

    sem nie agak stress sebab semua lecturer yang mengajar akan mengajar fully english. sebab semua kelas aku ada foreigner. sampai ke lab engineering pown. tension gak. dah la aku kalau dalam bahasa english aku susah nak pick up. lagi2 kalau subjek elektrik. adoyai.

    banyak betol dugaan hidup sem nie. tak kira lagi dengan asrama jauh berbatu, ramai orang kat kafe, kelas semua awal pagi. memang kepenatan melampau aku alami. tue yang nak update blog pown kadang2 rasa lemah jer. kalau ada masa free jer tidor la kejanyer. sebab dah tak larat nak watpe dah.

    nie la antara cabaran seorang pelajar..>_<

    Continue Reading
    yeah mood nak update tetiba datang bergolek-golek. kalau ikut hati ingat nak update sabtu nie. sebab memang tak de mood lansung. kepenatan agaknyer. tapi sekarang dia datang bergolek dan tangan menari-nari atas keyboard. banyak benda nak cerita nie.

    hari pertama

    hari pertama kat UMP memang tak sangka aku akan duduk asrama yang paling jauh. dah la lama tak berjalan. duduk rumah jer memanjang. entah macam mana boleh pulak klasmate aku salah bilik. masuk2 jer rumah tengok dia landing dalam bilik aku. macam pelik jer. bila masa aku tukar rumate..?? tak pasal kena berjalan pergi pejabat KK5.

    rupanyer ada miss comunication. naseb baekla tukar bilik sebelah jer klasmate aku tue. tapi yang tak boleh belah aku pulak boleh semput sampai2 bilik. tak pasal2 ibu, bapak ngan adik2 aku yang tolong angkat barang. aku pulak dah menonggeng dalam bilik menahan sakit dada. batok tak henti2. sakit giler. adoyai. tue baru jalan sikit. belom lagi pergi fakulti. ish3.

    hari kedua

    hari pertama lecture boleh tahan la. siap boleh update blog lagi dalam kelas. tapi disebabkan guna henset jer. dapat tulis sikit jer. sebab kecik sangat tulisannyer. tak syok sangat. heeeee~ hari pertama dah mula belajar. memang tak boleh masuk otak la. sebab kepala masih dalam setting cuti lagi. amik masa nak bertukar. bukan setakat dah belajar jer siap ada kuiz lagi. naseb baek la asas jer. huhuhu..

    tapi tak sangka naseb aku malang petang tadi. boleh pulak aku jatuh. macam nangka busuk lak tue. dah la jatuh betol2 depan blog junior lelaki. dah tue depan pekerja Indonesia yang tengah lepak kat tapak projek. adoyai. nie gara2 terpelecok lepastue tak dpat balance badan aku buat kuak lentang atas jalan yang banyak batu2. dua tapak tangan aku luka. lutut ngan kaki aku pown luka. kaki tak boleh lurus sebab lutut bukan luka jer tapi bengkak. yang entah pape yang terpelecok kaki kanan tapi kaki kiri yang luka2. menahan kepedihan yang melampau adeih.

    harap esok lebih baek dari dari hari nie

    Continue Reading
    Online dalam kelas guna henset baru. Hehehe

    Aku ngantok giler sekarang nie. Sebab dah lama tak bangun awal. Ngeeee

    Ape powm hidup mesti diteruskan. Hihihi
    Continue Reading
    nak beraya sama klik SINI

    Letakkan satu gambar raya anda pada tahun ini


    Ceritakan perasaan anda beraya di tahun ini .. Tak kira seronok , sedih atau sebagainya..

    raya tahun nie memang raya paling best dalam hidup aku. sebabnyer buat pertama kalinyer bapak aku dapat beraya sama2. kalau dulu asal raya pertama jer mesti kerja. lepastue sambung ke raya kedua dan seterusnyer. dia memang tak suka amik cuti. sebab dia kata time2 orang cuti la dia boleh carik duit lebih. untuk siapa jugak. untuk kitorang adik beradik jugak. kadang2 sedih bila tengok pak cik ngan mak cik aku semua ada. bapak aku jer takde.

    tue yang bestnye tahun nie. setelah sebulan lebih sah jadi penaganggur terhormat aka pesara. 24 jam ada kat rumah. sahur ngan buka masa bulan puasa pown sama2. tak macam dulu. dah la tahun nie dapat puasa sebulan kat rumah. tambah pulak dengan kehadiran bapak aku. memang sangat seronok. menjadikan raya aku tahun nie sangat2 bermakna.

    nak tau kisah lebih lanjut boleh tengok cerita2 sebelum nie
    raya pertama gadis melayu
    raya kedua gadis melayu
    raya ketiga gadis melayu

    seronok betol raya tahun nie..^_^

    Apakah perasaan anda yang mana tahun ini ( blogger baru ) beraya sebagai seorang blogger ?

    tahun nie tahun pertama aku beraya sebagai blogger tegar. seminggu jugakla aku cuti berblog masa raya haritue. bukan sengaja tak nak update. tapi busy beraya. dah alang2 bapak aku dah tak kerja. ada jer tempat dia bawak beraya.

    bezanyer raya sebagai seorang blogger nie kepala asyik duk kata ingat ape yang berlaku hari nie. nanti boleh tulis kat blog. tiap2 hari rindu kat blog. duk terpikir ada ke orang beraya kat blog aku. memang tak boleh tinggal la blog nie. sayang ketat2 dah kat blog nie. hehehe..

    love blogging no war..^_^
    Continue Reading
    Al-kisah....

    Pader satu hari ader seorang budak pompan bernamer Cinderella. Dia tinggal dgn
    emak tiri dia dan tiga orang kakak dia punyer
    laki... eh salah... kakak tiri dia. Saban hari saban waktu dia kener buli dgn
    kakak kakak tiri dan emak tiri dia. Hari hari dia diperintah oleh manusia
    manusia yg tak berhati perut nie.


    "Cinderella! Amekkan kan aku air esbok!"

    "Cinderella! Gosokkan baju aku!!!"

    "Cinderella! Pi kasi makan kuder aku!"

    "Cinderella! Pi gali perigi!"



    Pader satu hari, ader satu majlis tari menari pat istana yg dianjurkan oleh
    Kelab Joget Lambak. Putera raja di negara itu hendak memilih jodoh untuk
    dijadikan isteri, so dijemputlah sumer anak anak gadis dinegara itu untuk
    menghadiri temasya tari menari.

    Tiga tiga kakak tiri dia bukan main excited sekali... mak dia pun samer. So
    diorang pun preparelah untuk majlis tersebut dgn
    harapan mereka akan dipilih untuk menjadi isteri putera raja. Mak dia tak masok
    share pasal mak dia muker pecah, so dia hanyer bleh kasi sokongan moral je kat
    tiga tiga anak dia nie. Cinderella pun excited jugak, tapi dia tidak dibenarkan
    pergi unless dia dah habiskan kerja kerja rumah yg ditugaskan kepadernyer.
    Keraner terlalu sangat ingin pergi ke majlis itu, Cinderella berupaya
    menyiapkan sumer kerja kerja rumahnyer.

    "Ok Emak, sumer sudah habis, Cinderella boleh pergi ke party tu next week ye?"
    katernyer dgn nada yg cukup gembira.

    Mak tiri dia nie sememangnyer tak mahu dia pergi, hati dia busok keraner dia
    tahu Cinderella memang jambu. So di perintahkannyer lagik untuk terus bekerja.



    "Oh ko dah habis ye? Ok sekarang ko cat rumah nie, lepas tu ko pasang
    cornice letak downlight siket, pastu buat kabinet, pastu buat wiring, kalo dah
    siap baru ko bleh pergi" perintah mak tiri dia.

    Cinderella kecewa, dia tahu there's no way dia bleh buat sumer kerjer kerjer tu
    by next week, dia boring, duduk termenung sambil terisak isak menangis. Tetiber
    Fairy Godmother dia turun dari kayangan.

    "Aper pasal ko bersedih Cindy?" tanyer fairy godmother

    "Sedih ah... takleh pergi party unless sumer kerja kerja nie siap" jawab
    Cinderella.

    "Lerr buat lah kerjer tu... maner tahu kalo sempat"

    "Maner bleh sempat.... nak jalan pi shopping bebarang lagik, abih nak buat
    lagik... jalan nak shopping bebarang je dah makan maser dua tiga hari" balas
    Cinderella.

    "Oh pasal tu? don't u worry... i can help u on that" balas fairy godmother
    "Camner?" tanyer Cinderella



    Si fairy godmother pun amek sekeping buku yg dah lusuh, dia amek tongkat
    hikmatnyer dan transform tu buku ke satu buku baru yg sangat tebal. Di
    campakkannyer kepader Cinderella.

    "Nak save time? Nah amek nie... Yellow Pages... let ur finger do the walking"


    SEKIAN

    Pengajaran : " Jgn nak berangan, kalo nak sesuatu bender tu kener usaha siket..
    . jgn harap lah bleh jadik dgn serta merta"
    Continue Reading
    akhirnyer cuti dah pown habis. sekarang aku kat UMP sudah. nampaknyer bermula la rutin harian aku sebagai seorang pelajar. no more rest. focus on study. study ke..?? ngeeeee~

    kejap betol masa berlalu. takut pown ada nak mula kuliah. dah la sem nie aku amik jam kredit lebih. nak buat camner terpaksa. kalau tak aku yang menderita nanti. sabar jela.

    tetiba teringat kenangan raya. raya tahun nie memang raya paling best la. dah la duit raya dapat lagi. aku ingat dah tak dapat dah. lagi banyak dari biasa pulak tue. syukur alhamdulillah. aku akan gunakan duit tue sebaek mungkin. belanja sepanjang aku kat UMP. dapat jimat sikit duit PTPTN. hihihi..

    aish penat memunggah barang. dah la dapat bilik tingkat 2. barang kat stor tak amik lagi. dah la stor kat blok A. jauh giler. takkan nak angkat jalan kaki kowt. adoyai. masalah2. fuh.. fuh.. sabar2.. takpe2 exercise.. ngeeeee~

    sem baru, bilik baru, kelas baru, roomate baru, bangunan baru, dan azam baru. aku harap aku dapat memjalani kehidupan kat UMP dengan jayanyer. azam aku untuk naekkan pointer. amin..

    doakan aku berjaya ye kawan2..^_^
    Continue Reading
    hari rabu haritue sempat aku pergi meronggeng sorang2 kat Jusco. sebab pikir kat UMP dah susah nak outing. agak2 la jauhnyer Pekan ke Kuantan bape jauh. memang tak boleh outing sangat la. paling koman pown sebulan sekali jer. kesian tak. heeee~

    lagi pown aku teringin nak tengok cerita The Smurf. aritue nuffnang ada bagi aku tiket screening The Smurf. tapi aku bagi kat sepupu aku sebab aku tak dapat nak pergi. tak de teman dan transport nak pergi. menurut kata sepupu aku cerita dia best sangat. tue yang buat aku teringin nak pergi tengok.

    seyesly memang betol cakap sepupu aku. citer tue memang best giler. tetiba rasa rugi tak tengok yang 3D.  sebab kekangan masa jadi aku pilih yang biasa jer. rasa macam nak pergi tengok lagi jer cerita tue.


    ceritanyer bermula apabila salah seekor makhluk biru yang bernama Clumsy dengan tak sengaja memberi peluang kepada Gargamel masuk ke kawasan Smurf yang diketuai oleh Papa Smurf. keadaan jadi huru hari apabila 6 daripada makhluk2 smurf nie ditarik masuk ke dalam satu portal yang telah membawa mereka masuk ke kota New York. di sana mereka telah menemui sepasang suami isteri yang bakal menimang cahaya mata. dalam masa yang sama Gargamel telah masuk ke portal yang sama untuk mengejar mereka. jadi kat situ la bermulanyer pengembaraan ke enam2 makhluk biru nie untuk melepaskan diri dari Gargamel dan mencari jalan pulang ke tempat asal dorang. 

    The Smurfs

    rasanyer kalau nak tau mereka berjaya ke tak lagi best kalau korang tengok sendiri. seriusly tak rugi kalau korang luangkan masa tengok cerita nie. memang menghiburkan. sempat jugak aku shopping sikit untuk balik UMP nanti. dapat la jugak beli sehelai seluar jeans. susah giler nak carik saiz. aish bile la nak kurus nie. aduhai.

    dah tau nak kurus bukannyer usaha nak diet. makan jer kejanyer. nak buat macam mana. aku kena manfaatkan makanan yang ada depan mata. balik UMP nanti tak dapat nak makan2 sedap macam nie. sebelum balik sempat aku singgah Kenny Roger. makan potato jacket. memang dah lama aku teringin nak makan benda nie. tapi ada jer halangan. akhirnyer aku berjaya menikmatinyer. sedap sangat2.


    lepas jer habis makan cepat2 aku lari pergi big apple. adik aku pesan suruh beli donut perisa durian dengan keladi. nak tak nak aku pown panjat la tingkat dua jusco demi memenuhi hasrat hati adik2 ku itu. ngeeee. dan aku selamat sampai ke rumah dengan menaiki teksi. hampir je gaduh ngan mamat teksi tue. sebab tetiba nak naekkan harga. ape pown best women win. hihihihi..

    nak outing Kuantan sorang2 pulak la. heeee~


    Continue Reading
    ingat tak dengan 31-birthday giveaway...??

    alhamdulillah urusan penghantaran hadiah dah pown selesai. harap sangat pemenang2 berpuas hati dengan hadiah masing2. 

    masa kak sunah mula utarakan tentang nak buat GA nie aku jadi mati kutu. sebab apa aku tak mahir dalam benda2 macam nie. join GA pandai la. nak buat GA memang tak pernah terpikir lagi masa tue. lagi2 bab nak sediakan hadiah. lagi lah aku fail.

    nak bagi hadiah pe..??
    camner nak hantar hadiah..??
    ada ke aku bajet..??

    jadi masa kak sunah utarakan tentang hasrat nak buat GA nie aku pown amik keputusan untuk sponsor topup jer. tapi tetiba rasa macam tak best sebab kakak2 dan abang yang laen bagi hadiah best2. takkan aku topup jer. aku pown mula membelek laman2 web shopping.

    tetiba aku terjumpa gambar kat page kawan sekolah aku. keluar kat home fb aku. aku pown bukak. aku terus jatuh cinta dengan kraftangan yang dia buat. sangat2 cantik. jadi satu idea timbul. ape kata aku jadikan hadiah untuk 31-7 GA. harga pown berpatutan. sesuai la untuk aku yang maseh lagi bergelar pelajar.

    jadi aku order 3 barang untuk dijadikan hadiah.

    door signage
    pencil box
    phone charm rainbow

    aku pown tak lepaskan peluang untuk order. sebab aku terjumpa phone charm doraemon nie masa tengah carik gambar doraemon


    tue buat aku teringin nak benda tue. jadi aku pown tambah tempahan. dan hasilnyer memang sangat2 puas hati. cantik sangat. kebetulan kelmarin aku ada beli phone case kat S&J untuk henset baru aku. memang sesuai la.

    depan
    belakang
    sesuai tak..??
    tenkiu la kat adik aku sebab sudi jadi model tak berbayar. kalau korang nak tengok hasil kraftangan yang laen boleh ke blog nie
    http://totallysyarmoon.blogspot.com/

    esok balik UMP..^_^
    Continue Reading

    cinta itu memang buta.. tapi kita yang bercinta jangan butakan diri kerana cinta..♥♥
    Continue Reading
    korang perasan tak aku dah lama tak letak gambar aku dalam post. kalau letak pown gambar yang aku dah pernah upload. tak de lansung gambar baru. tak tau la korang perasan ke tak.

    nie gara2 gatal tangan konon nak betolkan cermin mata yang dah kembang. betol punye betol last2 laen jadinyer. dengan bahaginyer cermin mata aku patah tangkai belah kanan. masih boleh pakai lagi tapi cacat la. boleh pakai masa baring jer. kalau nak buat kerja memang tak boleh la.

    jadi aku amik keputusan untuk beli cermin mata baru bingkai plastik. lantak la muka aku nampak camner. aku dah tak kesah. janji aku selesa sangat2 dengan cermin mata baru nie. tak dela baru sangat. dah sebulan lebih dah.


    nampak makin tembam kan. macam budak skematik diagram pown ada. lantak jela. janji aku selesa. dah kerja nanti hajat di hati kalau mampu nak buat something supaya aku tak bergantung lagi dengan cermin mata. penat dah hidung nie menanggung beban cermin mata. dari darjah 6 sampai la sekarang.

    kalau ikutkan aku dah tak rabun sangat. tapi masalah laen lak timbul. SILAU. nie lebih bahaya dari rabun. kalau ikut indeks purata power mata aku 250 silau, 50 rabun. kalau ikut rabun aku tak payah pakai cermin mata pown tak pe. tapi silau punya pasal 24/7 aku wajib pakai. kalau tak aku yang sengsara. orang yang senasib ngan aku paham la ape yang aku rasa.

    new sem new style.. hehehe..
    Continue Reading
    raya ketiga pulak aku mencatat sejarah baru. aku berjaya memiliki henset idaman aku. walaupown tak dela sehebat mana. tapi hanya tue jer yang mampu aku miliki.

    sony ericsson xperia x8.


    dah lama aku idamkan henset nie. alhamdulillah ianya sah jadi milik aku pada raya ketiga. aku beli kat The Mines Serdang. tenkiu kat sepupu, pak cik ngan mak cik aku sebab sudi temankan aku pergi beli. aku beli dengan harga RM545. sekali ngan memory card 4gig, cover ngan nombor baru.

    kalau ikutkan aku hampir jer beli sony ericsson xperia neo. tapi bila pikir balik buat ape ada henset yang canggih macam laptop sedangkan laptop dah ada. bukan tiap2 hari guna pown. tapi aim aku lepas aku graduate aku nak memiliki sony ericsson xperia neo pulak. tak kisah la masa tue dah ketinggalan zaman ke pe. janji aku dah jatuh cinta kat henset nie. harga ditawarkan kat aku masa tue RM1000. tapi pikir punye pikir aku belajar lagi. tak perlu la guna henset mahal2. ye tak.


    malam nyer pulak kitorang pergi tengok wayang. cerita hantu bonceng. entahla aku pown tak tau nak cakap cerita nie best ke tak. ada babak yang kelaka. tapi kadang2 menyentuh sensitiviti. macam kurang ajar sikit pown ada jugak. pendapat aku la cerita nie patot dilabel sebagai movie 18 tahun ke atas. sebab budak2 tak sesuai tengok cerita nie.

    Filem Hantu Bonceng

    nak tau kenapa aku cakap macam nie..?? kalau nak tau tengok la sendiri. kadang2 ape salahnyer support citer melayu ye tak. hehehe..

    ape pown cerita nie mengisahkan seorang mat rempit bernama Amran (lakonan Zizan raja lawak) yang kemalangan semasa membawa bohsia (lakonan juliana evans) yang dimenanginyer. biasela lumba haram. hadiah pown memang haram. tapi Amran bernaseb baek sempat menyelamatkan diri. manakala bohsia yang membonceng motosikalnyer mati akibat kemalangan tue. hantu bohsia tue sentiasa menghantui hidup Amran kerana mayatnyer masih belom dituntut sesiapa. atas bantuan Halimaton (lakonan Jue Aziz) yang merupakan kekasih Amran, akhirnyer mereka berjaya menyempurnakan hasrat terakhir hantu tersebut. tapi kes laen lak yang timbul. kes ape..?? lu tengok la sendiri. hehehehe..

    bagi aku cerita nie boleh la sekadar melepaskan boring. biase2 jer. lawak memang lawak. tapi lawak dia kadang2 melampau. aku pown tak tau camner nak terangkan. korang tengok jela. ngeeeee~

    balik UMP nanti dah tak de peluang tengok wayang..>_<
    Continue Reading
    raya kedua pulak kitorang dapat balik kampung belah bapak aku kat Sungai Besar, Selangor. kiranyer aku nie memang anak jati Selangor la. pi mai pi mai tang tue jugak. aish..

    perjalanan mula pukul 8 pagi. susah jugak nak bangun awal sebab tidor lambat punya pasal. pertama kali kitorang dapat beraya kat sana. alang2 bapak aku jadi driverkan. hehehe..

    diet punye pasal aku tahan jer diri dari makan dan minum berlebihan. selaen tue aku kena gak jaga makan sebabkan batok aku nie. silap makan abesla aku akan batok macam orang tak cukup nafas. sakit woiii..

    sempat jugakla kitorang pergi beraya rumah Salih Yaacob. tapi sayang dia tak de kat rumah sebab dah pergi beraya kat tempat laen kowt. untuk pengetahuan korang salih yaacob tue bau2 bacang ngan bapak aku. aku pown sendiri tak paham macam mana salah silahnyer. tak de orang nak cerita. huhuhu..


    tak sangka jugak moyang tiri aku hidup lagi. pertama kali jumpa dia. sebelum nie aku hanya dengar jer cerita pasal dia dari mulut adik beradik bapak aku. tak sangka aku dapat jumpa dan salam tangan dia. heeeee~

    beraya sakan aku tahun nie..^__^
    Continue Reading
    tahun nie raya laen sikit dari tahun2 lepas. kalau tahun sebelum nie aku selalu jer kena tinggal. antara sebabnyer aku tertidor. yela satu malam tak tidor. kadang2 sebab aku tak sehat.

    lagi pown aku malas nak ikut sebab kena berhimpit tumpang kereta sedara mara aku. tapi tahun nie laen sikit sebab bapak aku beraya sama tahun nie. kan dia dah dekat sebulan jadi penganggur terhormat. jadi dapat la beraya banyak tempat.


    hari pertama raya selalunyer kitorang akan pergi beraya kat rumah tok sedara kitorang kat kajang jugak. tak ingat la nama tempat tue. kitorang satu keluarga suka beraya kat situ sebab tiap2 tahun tok sedara aku tue buat soto. soto dia memang the best in the world la. hehehe..

    lepas jer abes raya kat rumah tok sedara aku tue kitorang pown bertolak ke sungai merap. tak tau betol ke tak ejaan nama tempat nie. kitorang beraya pulak kat rumah mak mertua makcik aku. kat rumah nie pulak specialnyer lemang kukus. memang sedap. rendang dia pown laen dari yang laen.

    petangnyer pulak aku ngan family aku pergi rumah mak ngah aku kat Cheras. rumah kakak kepada ibu aku. kat sana kitorang dapat makan ketupat pulut ngan rendang seafood. rendang seafood..?? rendang camporan sotong ngan udang. sedap tapi pedas sikit. daging bakar pown ada jugak. memang terbaek dari ladang. boleh pulak mak ngah aku masak spagetti. kenyang punya pasal terpaksa la menahan nafsu. hehehe..

    rekod tahun nie sebijik kuih raya pown aku tak makan sampai ke hari nie. batok punye pasal. tahan jela. yang tak boleh belahnyer time2 aku pantang dari makan kuih raya, masa tue jugakla macam2 kuih raya favourite aku terhidang depan mata. sabar jela.

    batok owh batok cepatla hilang..>_<
    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Gadis Melayu

    Photo Profile

    Kisah seorang gadis melayu bernama Atia

    Dulu acah2 nak jadik engineer. akhirnya jadilah lecturer. huhu..

    Dulu gemok sekarang sedang2 je. Kaki gym, kaki fitness dan macam2 kaki. Yang pasti bukan kaki penipu.. huhu..


    Nuffnang

    Team Mak Minyak

    Team Mak Minyak

    Cerita Lama

    • ►  2018 (7)
      • ►  July 2018 (1)
      • ►  May 2018 (1)
      • ►  March 2018 (2)
      • ►  February 2018 (1)
      • ►  January 2018 (2)
    • ►  2017 (35)
      • ►  December 2017 (3)
      • ►  November 2017 (4)
      • ►  October 2017 (5)
      • ►  September 2017 (7)
      • ►  August 2017 (16)
    • ►  2016 (1)
      • ►  January 2016 (1)
    • ►  2015 (17)
      • ►  December 2015 (1)
      • ►  November 2015 (1)
      • ►  October 2015 (1)
      • ►  September 2015 (1)
      • ►  August 2015 (1)
      • ►  July 2015 (1)
      • ►  June 2015 (1)
      • ►  May 2015 (1)
      • ►  April 2015 (1)
      • ►  March 2015 (1)
      • ►  February 2015 (4)
      • ►  January 2015 (3)
    • ►  2014 (34)
      • ►  December 2014 (2)
      • ►  November 2014 (4)
      • ►  October 2014 (4)
      • ►  September 2014 (4)
      • ►  August 2014 (2)
      • ►  July 2014 (2)
      • ►  June 2014 (4)
      • ►  May 2014 (5)
      • ►  April 2014 (1)
      • ►  March 2014 (1)
      • ►  February 2014 (1)
      • ►  January 2014 (4)
    • ►  2013 (26)
      • ►  December 2013 (3)
      • ►  November 2013 (2)
      • ►  October 2013 (4)
      • ►  September 2013 (4)
      • ►  August 2013 (1)
      • ►  July 2013 (2)
      • ►  June 2013 (1)
      • ►  May 2013 (2)
      • ►  April 2013 (2)
      • ►  March 2013 (1)
      • ►  February 2013 (1)
      • ►  January 2013 (3)
    • ►  2012 (57)
      • ►  December 2012 (4)
      • ►  November 2012 (2)
      • ►  October 2012 (6)
      • ►  September 2012 (12)
      • ►  August 2012 (8)
      • ►  July 2012 (3)
      • ►  June 2012 (5)
      • ►  May 2012 (2)
      • ►  April 2012 (4)
      • ►  March 2012 (3)
      • ►  February 2012 (2)
      • ►  January 2012 (6)
    • ▼  2011 (584)
      • ►  December 2011 (6)
      • ►  November 2011 (8)
      • ►  October 2011 (21)
      • ▼  September 2011 (26)
        • festival layang2 tradisional dan moden
        • SEGMEN : Lagu Ini ...
        • mudahnyer lafazkan kata cinta
        • Jom Kenali Blog Saya
        • tension la kalau terus macam nie
        • main layang2
        • Harimau Garang..
        • ibu tadi tia nampak muka pakcik tue macam Salih Ya...
        • surat cinta..❤❤❤
        • Wordless Wednesday-14
        • cabaran seorang pelajar engineering
        • malunyer bila jatuh..
        • klas pertama
        • BEN ASHAARI ajak BLOGGER RAYA.
        • Cik Cinderella moden
        • UMP here I come..
        • I smurf outing sorang2..^_^
        • alhamdulillah hadiah dah siap hantar..^_^
        • tips jatuh cinta..
        • imej baru gadis melayu
        • raya ketiga gadis melayu
        • raya kedua gadis melayu
        • raya pertama gadis melayu
        • Wordless Wednesday-13
        • trafik blog merundum akibat..
        • gadis melayu kembali
      • ►  August 2011 (71)
      • ►  July 2011 (129)
      • ►  June 2011 (99)
      • ►  May 2011 (68)
      • ►  April 2011 (73)
      • ►  March 2011 (83)

    Kawan2 Gadis Melayu

    Facebook Badge



    Create Your Badge

    Popular Posts

    • gara2 pakai contact lens koyak..
    • janda 18 tahun
    • Kolej Matrikulasi Selangor
    • Harimau Garang..

    Labels

    #TeamMakMinyak 30 hari cabaran blog Ekspedisi Berbasikal 1 Malaysia Pekan-Putrajaya Essential Oil Young Living lawak wordless wednesday
    facebook Twitter instagram pinterest bloglovin google plus tumblr

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top