minggu lepas baru jer dapat peluang tengok cerita nie. seyes aku cakap aku sangat2 suka cerita nie. sebelum nie tak ada satu pown cerita musikal malaysia yang aku minat. sebab tak pernah memenuhi citarasa. tapi cerita nie memang terbaek. mungkin jugak lagu sudirman menjadikan cerita nie lebih kuat. susunan lagu dalam cerita nie sangat menarik. teringat zaman sekolah dulu2.
sinopsis
Filem muzikal ini mengisahkan seorang wanita Nurul Iman yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, bendul tapi hati baik. Namun begitu, ciri-ciri kewanitaan tetap ada seperti gadis-gadis yang lain. Iman mempunyai 2 orang sahabat baik Lana dan Azadan. Mereka adalah rakan sekampung dan satu sekolah. Hubungan mereka erat dan mesra. Ibunya bernama Lia, dan ayahnya bernama Hairil. Nenek Iman bernama Nenda Zaimah dan tinggal bersama mereka.
Di sekolah Iman mempunyai seorang kawan bernama Johari, seorang yang tampan dan segak. Dalam diam Johari menyukai Iman. Dalam pada itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang cantik dan popular bernama Rita juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa cari pasal dengan Iman. Ayah Johari pula ialah seorang Ustaz iaitu Cikgu Murshid.
Pada masa yang sama, Iman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Idola yang dianjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan itu. Mengetahui yang Iman juga menyertai pertandingan itu, pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Iman bukan saja dari musuh ketatnya Rita tetapi masyarakat memandang dingin akan niatnya itu.
sumber murai.com.my
jalan cerita pown agak menarik. pelakon yang dipilih pown sangat sesuai dengan watak. sense of humour dia pown menjadi. paling suka ngan watak yang dipegang Fauziah Nawi. seorang nenek yang sangat penyayang dan kelakar. nak tergelak giler2 masa adegan Fauziah Nawi terbabas motor. cara dia sampaikan dialog memang buat aku nak tergelak tak henti2.
tapi sedih masa babak di mana watak Fauziah Nawi dimatikan. hampir buat aku mengalir air mata jugakla. lagi2 masa babak aiman nyanyi lagu masa final pertandingan ratu impian. dia nyanyi lagu tue untuk nenek dia. seyesly memang terbaekla. aku bagi 5 bintang untuk cerita nie. huhu..
bila tengok cerita nie teringat masa sekolah dulu. cikgu2 gigih ajar kitorang lagu Sudirman untuk koir. sampai sekarang walaupon bukan keseluruhannya, aku masih ingat lagi lagu2 nie. lagi2 lagu basikal tua. huhu.
HOOre HooRe..!!!!