alhamdulillah mata aku dah sembuh..^_^
9:37 PMsyukur alhamdulillah kerana Allah masih beri peluang kepada mata aku untuk melihat dunia. takut jugak jadi apa2 hal. nauzubillah. terima kasih pada semua yang doakan aku dalam post sebelum nie. klik SINI untuk baca. hanya tuhan jer yang dapat balas jasa baek korang semua.
yeah mata aku dah mampu bukak besar2. tapi boleh pulak demam datang menyerang. tak pela aku terima dengan redha. lagi pown dah lama aku tak rasa nikmat demam nie. sebab dah lama aku tak demam. rasanyer dari awal tahun ni. mungkin Allah nak uji aku.
aku start demam hari selasa lagi. tapi aku tahan. telan panadol 2 biji aku terus kebah. tak siapa pown sedar aku demam. aku pulak ingatkan demam aku dah pergi jauh2. syukur alhamdulillah. lepas lunch aku jumpa supervisor aku untuk bincang balik pasal buku log aku. tiba2 aku rasa laen macam. seram sejuk tetiba. tapi aku sedapkan hati mungkin aircon sejuk sangat kot.
supervisor aku suruh aku tulis balik buku log. katanyer dia tak puas hati dengan apa yang aku tulis dalam buku log ni. masa tue aku sendiri tak tau nak bagi respon macam mana sebab kepala aku tetiba blurr semacam. sampai supervisor aku ingat aku tak paham. aku paham tapi tak tau kenapa aku respon cara gitu. naseb baeklah dia bagi aku guide untuk tulis balik buku log aku ni. kalau ikutkan aku lost giler apa aku nak tulis benanyer.
lepas habes sesi buku log aku disuruh belajar calculation untuk pasang fire suppression system ngan seorang staf engineer nie. nama dia amir. masa tue tetiba aku rasa nak peluk tubuh jer. aku rasa makin sejuk. sedangkan kat tempat aku tu aircon dia rosak. jadi konfem tak sejuk. tapi kenapa aku terasa sejuk. bagai menyengat ke seluruh badan. bisa sangat rasa. tapi aku tahan sebab amir tengah mengajar takkan aku nak stopkan dia tetiba kan.
balik je rumah aku baring jer atas sofa lepas mandi tetiba aku rasa haba panas naek ke badan aku. kepala rasa macam nak pecah. kaki rasa longlai. konfem aku demam. yang entah pape tu aku pegi gatal2 tahan. sedangkan aku boleh bangun makan panadol ke pe. saja nak rasa nikmat demam. tapi akhirnya aku surrender jugak. sebab takut ibu risau. tak sampai setengah jam makan panadol demam aku mula kebah. tapi kepala ting tong lagi.
esoknyer pergi klinik tak sangka doktor bagi cuti 2 hari. nikmat rasenyer dapat cuti. walaupown seketika cuma. tapi aku memang sangat memerlukannya. dahla doktor memang bagi aku ubat untuk rehat je. seyesly aku rasa relieve giler.
pagi tadi aku masuk ofiz dengan girangnyer. dapat jumpa staf2 HRH yang happening. yang buat aku nak tergelak rupa2nya dah tersebar sampai ke CEO kompeni yang aku cuti sebab sakit mata. sampai Puan besar tanya salah kompeni ke aku jadi gitu. adeih malunyer bila dorang sebarkan pasal contact lens koyak aku tue. aish sabar jela.
apa pon aku seronok berlatihan industri kat tempat LI aku sekarang nie. happening yang tak memeningkan kepala. alhamdulillah aku syukur sangat. lagi2 supervisor aku yang bagi aku memang terbaekla. huhu..
cukup la kowt setakat nie aku membebel. dah lama tak membebel macam nie la jadinyer. heeee~
bila gadis melayu mula membebel..>_<
0 komen dari peminat setia