Best ke jadi engineer..???

1:13 PM


Dulu ibu ngan apak hampir je nak buat rayuan supaya aku dapat tukar kos. Sains komputer pon jadi la. Janji dekat dan senang. Sebab ramai yang tak sangka aku akan amik kos engineering ni. Even aku sendiri pernah janji yang tak akan sesekali terlibat dalam bidang engineering. Ramai cakap kos ni susah. Aku mungkin tak boleh bawak. Kemungkinan untuk aku gagal tinggi. Tapi dorang lupa yang ni semua ketentuan Allah. Akhirnya aku berjaya tamatkan ijazah sarjana muda kejuruteraan elektrik (sistem kuasa) dengan gred 2 (atas). Bukan senang tau nak dapat 3 pointer keatas. Alhamdulillah aku berjaya buktikan kat mereka2 yang cakap aku akan gagal. Lihatlah sekarang aku digelar graduate engineer. Ngeeeeee~

Tapi cabaran bukan berakhir setakat tu. Malah makin mencabar dari hari kesehari. Dalam tempoh setahun aku tinggalkan title 'student', macam2 dah aku lalui. Dari proses permohonan kerja sampailah sekarang. Pendek kata selagi mata ni belum pejam selamanya pasti ada jer cabaran dan dugaan. Cabaran pertama yang aku lalui masa mula habis belajar dulu ialah carik kerja. Beratus resume aku email, daftar dalam Jobstreet, daftar dalam Jobs Malaysia, SPA, dan macam2 lagi la. Tapi satu pon tak berkenan untuk amik aku bekerja. Masa tu tuhan je tau macam mana tertekannyer aku.

Last2 pak cik aku offer aku untuk bekerja dengan dia kat KAZ Engineering Sdn Bhd. Asalnyer aku kerja sementara tunggu tawaran mana2. Tapi disebabkan masih jugak tak de tawaran aku terus diserap sebagai pekerja. Kegilaan sebagai jurutera wanita pon bermula.


Seronok bila bergelar engineer. Lagi2 dalam bidang automotif. Selama aku bekerja macam2 benda baru aku jumpa. Kelakar bila budak elektrikal, perempuan pulak tu belajar pasal part2 kereta. Blur jugak aku masa mula2 dulu. Yang paling best bila aku dapat involve dalam projek melibatkan kereta baru proton. Proton Iriz. Selain tu aku terlibat jugak secara tak lansung dengan pemasangan body Persona SV. Sampai sekarang duk teringin nak beli Persona SV warna biru. Cantik giler kot. Hehe..



Selaen tu dapat jugak tengok macam mana proses pemasangan body kereta dalam perodua. Dapatlah tengok macam mana robot teaching bagai. Beza sungguh Proton dengan Perodua. Tapi tu yang jadikan dua syarikat automobil Malaysia ni unik. Huhu.


Belajar pasal brek ngan stering kat TRW dan banyak lagi la benda best yang aku dapat join. Penat memangla penat. Tapi berbaloi. Pernah jugak aku kerja sabtu ahad. Kerja lebih 17jam pon pernah. Tido 3 jam jer. Balik rumah drive sorang2 pukul 1 pagi pon pernah. Memang mencabar giler kalau dah terjebak dalam bidang engineering ni. Wehuu..


Setelah setahun aku bekerja dengan KAZ Engineering akhirnya aku diterima untuk masuk Putrajaya Holdings sebagai pelatih SL1M selama setahun. InsyaAllah kalau ada rezeki aku kat sini aku diserap kerja. Semoga Allah murahkan rezeki aku. Amin.

Dah mula rindu KAZ.. heeeee~



You Might Also Like

1 komen dari peminat setia

  1. Tahniah ... Pengalaman yang berharga tu.
    Memang bukan mudah jadi engineer ni.

    ReplyDelete