Me Time bersama team Beauty and Wellness

9:00 AM

Assalamualaikum dan hai semua..

Pada asalnya semalam kami plan beramai-ramai nak serbu Bukit Cherakah untuk aktiviti skytrex. Mungkin rezeki tak menyebelahi kami. Disebabkan kesilapan teknikal yang tak dapat dielakkan kami terpaksa tunda ke hari lain. Tapi ini tak mematahkan semangat kakak kami, Kak Azila untuk memberikan yang terbaik pada kami adik-adiknya dalam team Beauty dan Wellness.

Jadi here we are.


Ye betol. kami di District 21 IOI City Mall Putrajaya. Team kami bukan sahaja mementingkan aspek kecantikan muka semata-mata. Tapi juga dari segi fizikal. Sebab tu datangnya idea untuk " me time " sampai ke sini. poyo gila ayat.. hehehe..

Sebenarnya ini kali kedua Atia kat sini. So target Atia adelah untuk main permainan yang tak pernah try lagi. Yang dalam video bawah ni la memang target kalau dapat masuk lagi District 21, nak naik yang ni dulu. huhu..


Yang ni 1st and last la bagi Atia. Best memang best. Tapi extreme dia tahap jantung nak terkeluar dari badan. Tak kira pulak dengan tangan tetiba rasa macam sado sebab gayut atas tu. hahahaha..

Punyer seronok kami-kami berjimba dalam ni. Bukan selalu dapat jumpa tempat macam ni ye dak. Masing-masing tetiba bertukar jadi kanak-kanak ribena. Sampai ada yang lupa dah ada anak dua. hehehehe.


Atia la yang paling naik "sheikh" bila dah ada dalam tu. Semua benda yang sempat cuba Atia cuba. Walaupon jantung dupdap, lutut sampai ketar, tapi tetap ku gagahkan jua sebab pikir " wei rugi la masuk kalau takut-takut ." ngeh..ngeh..ngeh..


Sila abaikan suara jurukamera. Dia lagi over dari orang yang kena terjun. kahkahkahkah.

Ape pon terima kasih Kak Azila atas peluang yang diberikan. Hanya Allah yang mampu balas kebaikan Kak Azila pada kami. Syukur alhamdulillah Atia dipertemukan dengan sahabat-sahabat yang baik. 

Ikutkan entry kali ni agak kelaut sebab badan dah penat otak pon dah macam apa. So baik Atia berhenti kat sini sebelum merepek benda bukan-bukan..

Tunggu entry seterusnya.. huhu..



You Might Also Like

0 komen dari peminat setia