aku terkena PMS.. ape PMS tu..??

9:00 AM


walaupon blog aku ni dah tak sefamoz dulu, aku tau masih ada yang sudi melawat blog aku ni. jap... pernah famoz ke..?? ngeeeee~

aku tau yang blog aku ada pembaca setia. iaitu kawan2 aku sendiri. kat sini aku nak bagitau aku rindu korang semua. walaupon aku dah ada kawan baru tapi aku tetap tak lupa kat korang. malah selalu ingat kat korang. huhu.

apesal pulak la minah ni tetiba jer. mesti korang pelik kan. ingat tak lagi post aku sebelum ni. yang beria sedih tu. kalau tak ingat klik SINI. sebenarnyer benda tu jadi lagi kat aku kelmarin dan semalam. tapi laen situasi. hampir jugak menangis. sedih sebab teringat kat korang semua. bila pikir punya pikir baru aku dapat simpulkan kenapa aku kadang2 rasa macam ni.

rupa2nyer aku terkena sindrom PMS. apa PMS tu..??

PMS adalah berbagai gejala fisik dan nonfisik yang dialami seorang perempuan, akibat reaksi tubuh terhadap fluktuasi kadar hormon yang terjadi menjelang menstruasi. Secara medis, hingga kini dilaporkan sekitar 100 gejala PMS, tetapi yang paling sering dialami adalah: nyeri dan kram perut, payudara kencang dan nyeri, kecanduan makanan tertentu, perubahan mood, mudah marah dan tersinggung, merasa depresi, perubahan nafsu makan, sakit kepala ringan, sulit berkonsentrasi,gangguan jerawat pada wajah bahkan gampang lelah dan susah tidur.

Sumber - Menstruasi.com

Owh patutla kelmarin dan semalam selera makan aku lain macam. aku rasa nak makan jer. kepala aku pon rase pening jer. tekak rasa loya. masa yang aku sedih sebelum ni pon patutla teruk sangat. sebab aku tak dapat makan. patutla rase sedih sangat. sakit sangat. baru aku paham. hehe.

sebenarnyer semua orang kena tau pasal benda ni. sebab kadang2 benda ni boleh buat gaduh. yela kita kadang2 mana nak tau kan. tetiba jer mood seseorang boleh berubah. hanya Allah je yang tau bertapa sengsara nyer rasa yang aku alami masa terkena sindrom ni.

lain orang lain tanda2nyer. macam aku lain macam sikit. aku tak boleh sorang2. kalau aku sorang2 aku akan menangis. kalau dengan ramai orang aku ok jer. cuma aku pening and selera makan aku lain macam. tak semua orang akan paham. tapi nak buat macam mana. bila dah terkena benda ni aku memang tak boleh nak elak. 

bagi aku wajib untuk semua orang tak kira lelaki atau perempuan untuk tahu pasal benda ni. sebenarnya aku sendiri baru tau. buat apa nak malu. kita ni makhluk ciptaan tuhan ada keunikan masing2. malu biar bertempat. benda macam ni tak de apa nak dimalukan. bagi aku tak sesuai jugak dibuat gurauan. sebabnyer hanya orang yang terkena merasa macam mana sakitnyer sindrom ni.


Pening kepala dibuatnyer..>_<




You Might Also Like

0 komen dari peminat setia