Azam 2015
3:05 PM
Rasenyer belum terlambat kot nak buat post tahun baru. ni post pertama aku untuk tahun 2015. tak tau nak tulis pasal apa sebenarnyer. entahla.. selalu macam ni. bila tak mengadap laptop dalam kepala ni macam2 ayat keluar. tapi bila laptop kat depan mata jari jemari ku jadi kelu untuk menaip. ngeeeee~
kebanyakan orang bila tiba tahun baru mesti mula tanam azam. yang bagus nyer azam yang paling popular ialah sambung azam tahun sebelumnyer. kira azam baru ke tu..?? hehe..
disebabkan tu la aku dah lama tak tanam azam. tapi aku tanam target. target yang aku konfem boleh laksanakan. kecik2 jer. macam tahun 2013 aku tanam target untuk graduate dari UMP dengan pointer 3.0 ke atas. alhamdulillah target aku tercapai. tahun 2014 pulak target aku sekurangnyer dapat kerja. alhamdulillah sekarang aku bekerja kat tempat aku kerja sekarang walaupon bukan sebagai pekerja tetap. aku bersyukur dengan apa yang ada. tahun ni belum ada target apa2 lagi. sebab aku pon tak sure harapan tahun ni ape. hehe.
walaupon apa azam dan target seseorang, kita perlu ingat yang semua ni datang dari Allah. berdoa la padaNya. insyaAllah segala apa yang kita hajati termakbul. huhu..
Alhamdulillah Ya Allah kerana beri peluang untuk aku merasai tahun 2015.
0 komen dari peminat setia