Jom Kurus

11:32 AM


orang kata kalau nak cantik kena lah rasa sakit dulu. kalau tak jangan harap nak cantik. jadi bersyukurlah pada sesiapa yang memang dah semula jadi cantik. tapi ada jugak yang dah cantik tapi masih lagi tak puas hati dengan apa yang ada. heeeee~

betul kecantikan seseorang tu bukan diukur pada luaran sahaja. tapi lumrah manusia sentiasa ingin kelihatan cantik dari segi luaran. aku tahu aku bukan dilahirkan secantik Fazura atau Lisa Surihani. tapi tak bermaksud aku tak boleh kelihatan cantik versi aku sendiri. huhu.

kalau tahun lepas aku berani mati cuba produk Dnar's Skincare untuk merawat kulit muka. nak tau pengalaman aku sebelum ni klik SINI. alhamdulillah kulit aku dah tak sekusam dulu. dah lebih setahun aku guna produk ni. aku berjaya jimat duit dari beli foundation ngan compact powder. aku bersyukur dikenalkan dengan produk ni dulu.

yang tu cerita tahun lepas. untuk tahun ni pulak aku nak cuba kuruskan badan pulak. ye aku tahu sebelum2 ni aku dah pernah cuba. berjaya tapi last2 aku kembali semula ke bentuk asal. tapi takkan la aku nak terus putus asa. teringin jugak nak pakai baju cantik2 tanpa perlu pikir nak carik saiz extra large. ngeeeee~

nak tak nak aku kena mulakan jugak. lebih setahun aku tinggalkan UMP. dan dalam masa setahun tu aku berjaya naikkan berat badan aku 10kg. arrrgggghhhh.. stress aku dibuatnyer. habis semua baju2 lama aku dah tak muat. nak beli baju baru pon tak banyak pilihan. tu la siapa suruh bahagia sangat. adeih.


bulatnye pipi ku.. heeeee~ apa2 pon harap2 usaha aku untuk turunkan 10kg dalam masa 6 bulan akan berjaya. doakan aku ye kawan2. huhu..^_^

Jom Kurus...!!!!


You Might Also Like

0 komen dari peminat setia