Pada Suatu Masa Dahulu
4:38 PM
Sesiapa yang mengenali aku tahu macam mana takutnyer aku kalau mula nak berkawan dengan lelaki. Even masa kat UMP pon aku banyak habiskan masa dengan kawan2 perempuan. Bukan maksud aku tak suka berkawan dengan lelaki. Tapi aku lebih selesa berkawan dengan perempuan. Yela dah kalau adik beradik semua perempuan. Sekolah dulu pon semua perempuan. Aku pernah jadi seseorang yang tak kenal siapa tu lelaki. heeeee~
Percaya tak kalau aku cakap kawan baik aku yang pertama masa kecik2 dulu ialah lelaki..??
Dulu alkisahnyer depan rumah aku tinggal satu family cina. Sebenarnyer dorang masih lagi menetap sampai sekarang. Disebabkan duduk depan rumah, jadi secara automatiknyer aku berkawan rapat dengan anak lelaki keluarga tu. Aku tak pasti masa tu umur mamat tu berapa tahun. Yang pasti aku dalam lingkungan 3 hingga 5 tahun.
Hampir setiap hari mamat cina ni datang rumah aku. Aku, dia ngan adik aku kitorang main sama2 macam adik beradik. Masa tu tak timbul lansung isu kaum ke pe. Ibu ngan apak pon masa tu macam tak kesah sangat. huhu..
Ingat lagi ada satu hari tu kitorang main dukung2. Mamat cina ni dukung adik aku. Entah apa silapnyer, dengan secara tak sengaja tangan adik aku terseliuh. Kesian dia sebab rasa serba salah. Tapi nasib baek kami tetap berkawan. Pernah sekali tu aku terdengar ibu aku berborak dengan mak dia. Macam mana kalau nanti dorang besar. Kalau kahwinkan senang kenduri depan rumah. heeeeee~
Tapi tu semua cerita pada suatu masa dahulu. Masa aku umur 6 tahun tetiba dia menghilang macam tu jer. Mak ngan ayah dia cakap dia pindah rumah sedara. Aku pon tak sure kenapa. Tapi yang pasti lepas tu aku tak berani tanya dia kat mana. Sampaila harini. Misteri kehilangan dia masih menjadi misteri. Dah lebih 20 tahun dia menghilang.
Alkisahnyer bermula pagi tadi. Masa aku nak keluarkan kereta, tetiba ada satu kereta hitam halang dari belakang. Parking betul2 depan rumah auty ngan apek depan rumah. Aku jadi bengang kenapa parking kereta tengah sangat. Ibu aku jawab suka hati la depan rumah dia. Aku pun hairan sebab jarang aku nampak rumah depan ni ada kereta. Pastu ibu aku cakap kereta tu "Ati" punya. Berderau darah dengar. Tapi nasib sempat kontrol cool.
Betul ke dia dah balik..?? Tak sempat nak siasat sebab aku dah nak pergi kerja. Balik rumah pon hari rabu ni. Sebab khamis cuti. Adeih.
So moral of this story masih kekal misteri. betul ke dia dah balik selepas 20 tahun berlalu..?? ngeeeeee~
0 komen dari peminat setia