Berat turun dalam masa 6 minggu..???

9:00 AM


Macam yang aku janji kat Instagram. Aku akan update cerita penuh kat blog aku ni. Macam mana boleh aku tetiba terlibat dengan Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M) yang diasaskan oleh Kevin Zahri.

Masa mula2 aku join dulu jujur aku cakap aku malu nak cerita kat sesiapa. Tak de siapa tahu yang aku join benda ni kecuali budak2 SL1M Putrajaya Holdings. Tu pon bukan dari mulut aku. Pada mulanya aku takut nak cerita sebab takut benda ni tak menjadi kat aku. Yela dari dulu sampai sekarang banyak cara diet aku amalkan tapi satu pon tak berjaya. Tu yang buat aku tak yakin sama ada aku mampu turunkan berat badan bila join JK1M ni. Lagi2 cuma dalam masa 6 minggu je.

Ada satu hari ni housemate aku tiba2 keluarkan topik JK1M. Katenyer dia nak join. Jadi dia ajak aku sekali. Tapi masa tu aku tak berapa yakin nak join. Lagi2 keadaan ekonomi aku yang tak berapa nak stabil. Aku tak rasa aku mampu bayar RM300 masa tu. Walaupon sebenarnyer dah lama aku teringin nak join benda ni. Lepas beberapa hari housemate cerita lagi yang dia dengan seorang lagi kawan aku dah pon hantar permohonan dan bayaran. Jadi dorang konfem join. Satu hari aku rasa gelisah pikir sama ada nak join atau tak.

Mungkin Allah nak tunjukkan jalan untuk aku keluar dari zaman kegemukan. Hati aku terbukak malam tu untuk join. Aku keluarkan duit tabung haji dan malam tu jugak aku buat bayaran. Masa tu terus gelisah aku hilang tapi kerisauan melanda. Mampu ke aku kurus dalam masa 6 minggu..??

Permulaan program aku ngan kawan2 aku diminta untuk hadir ke seminar Kevin Zahri di Prince Court Medical Center. Masa tu baru faham sebenarnya program ni bukan untuk kurus semata tapi untuk menjamin kehidupan yang sihat pada masa hadapan. Ye betul kurus tak semestinya sihat tapi gemuk konfem boleh bawak banyak penyakit. Seminar selama 3 jam tu menyedarkan aku pentingnya senaman kalau nak kurus. Bukan setakat nak tahan lapar je. heeeee~


Cabaran pon bermula. Selama 6 minggu kami menjalani program ni banyak aktiviti yang menguji ketahanan stamina dan mental semua peserta. Kami diajar teknik yang betul untuk senaman dan juga kami diberi tips senaman yang paling bagus untuk bakar kalori. Dulu, dari tak boleh nak buat 'squat' tapi sekarang mampu buat 'plank' paling lama seminit. huhu.

Selama 6 minggu, 'weekend' aku dipenuhi dengan senaman setiap pagi. Tak de la aku rasa bosan ke apa. Aktiviti dijalankan di sekitar Putrajaya. Seriusly Putrajaya tempat paling cantik untuk beriadah. Banyak taman kat Putrajaya ni aku dah 'explore'. heeeee~


Apa yang aku buat selama 6 minggu tu dan berapa berat aku turun aku akan cerita kat entry seterusnya. Untuk hari ni cukup lah kot aku membebel setakat ni. hehehe..

JK1M Musim 4 Team Putrajaya 1.. Terbaekkkklaaaa.. ^_^





You Might Also Like

0 komen dari peminat setia