Step yang perlu kalau nak jadi kurus
9:00 AM
Ramai yang bertanya kat aku apa yang aku buat sampai mampu turunkan berat dalam masa yang singkat. Alhamdulillah ramai yang perasan perubahan aku. Even aku sendiri masih tak rasa perubahan tu.
Aku makan supplement ape2 ke..??
Tak makan nasi ke..??
Keluar banyak duit ke..??
Jawapan untuk semua soalan kat atas ialah TAK..
Aku tak makan apa2 supplement, aku masih makan nasi, dan duit yang keluar masih di tahap kemampuan aku yang hanyalah trainee Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M).
********************
1st step - Jangan MALAS
Jujur aku cakap semua orang boleh kurus kalau satu benda ni dorang mampu lawan iaitu sikap MALAS. Ramai yang bila aku bagitau tips2 yang aku buat bila nak kurus jawapan dorang MALAS. Kalau MALAS tak payahlah nak berangan nak kurus ye kak. Even kalau nak kaya pon kena usaha. Apetah lagi kalau nak kurus. So jangan MALAS baca post ni sampai habis. hehehe.
2nd step - Rajinkan diri buat research tentang diri.
Banyakkan membaca dan bertanya pada yang pakar. Sebenarnyer manusia ni dicipta oleh Allah dengan berbagai jenis dan kelainan. Tak semua orang sama walaupon keluar dari rahim yang sama. Jadi jangan sesekali mengikut cara orang lain bulat2. Sebab lain orang lain kaedahnyer. Tapi tak salah kalau sekadar untuk dijadikan panduan.
Apa yang aku belajar dari Kevin Zahri ialah kita sendiri kena design cara macam mana nak kawal berat badan kita. Tak semua orang kurus kalau exercise dan tak semua akan gemuk kalau makan banyak.
Dari sini aku mula buat kajian tentang diri aku.
1. Tahap kegemukan aku. Check body mass index (BMI)
2. Jenis kegemukkan aku. Aku gemuk air jadi kena banyak minum air. 3liter sehari.
3. Berapa kalori yang badan aku bakar dalam sehari. Kira Basal Metabolic Rate (BMR)
4. Berapa banyak kalori yang perlu aku ambil kalau nak kurangkan berat badan. 1200Kcal sehari
5. Senaman yang mampu bakar banyak kalori dan seronok. Body Sculpt, Power Dance, Body Pump, dll
Dengan ilmu barulah boleh beramal. heeeee~
3rd step - Bersederhana bila makan.
Ramai yang pikir kalau makan nasi boleh cepat gemuk. Tapi yang kau melantak pizza berkeping-keping tak gemuk pulak. Semua benda yang kita makan kat dunia ni memang mampu menggemukkan badan kalau diambil dalam kuantiti yang banyak. Kalau makan kacang sampai sebalang sehari pon boleh gemuk. Jadi jangalah salahkan nasi yang merupakan makanan ruji orang Malaysia.
Sebenarnya ramai yang makan sebab ikut nafsu bukan sebab perut lapar. Order banyak2 lepastu sebab tak nak membazir nak tak nak kena habiskan jugak. Betul la membazir amalan syaitan tapi yang kau pergi order banyak2 tak membazir duit pulak kan. Sebenarnya kalau diamalkan makan sikit pon perut boleh kenyang.
Apa yang aku buat aku cuba kurangkan kuantiti nasi yang aku amik dalam sehari. Kalau dulu setengah pinggan 3 kali sehari. Jadi aku kurangkan cuma 1-2 genggam sehari. Kalau tak tau ukur guna genggam boleh guna senduk. Lebih kurang jer. Lauk aku akan amik 2 jenis. 1 yang berasaskan protein dan 1 lagi sayur.
Makan paling kurang 3 kali sehari. Paling afdal 6 kali sehari. Dengan cara ni boleh elakkan diri dari sentiasa rasa lapar dan menghalang diri dari makan banyak. Sentiasa pastikan perut dalam keadaan kenyang.
4th step - Cari senaman yang seronok
Kalau rasa diri tak boleh nak tahan dari makan banyak, jadi banyakkanla senaman. Jujur aku cakap aku paling benci joging. Aku bukan seorang yang suka bersukan. Aku kaki bangku. aku sendiri buntu nak carik senaman yang sesuai.
Tapi aku suka menari. Jadi senaman yang paling sesuai dengan aku ialah aerobik. Hari2 masuk gym join kelas fitness. hehehe..
********************
4 step ni aku amalkan dari dulu sampai sekarang. Even sekarang pon aku masih buat research macam mana nak maintainkan tahap metabolism lagi2 masa bulan puasa ni.
Alhamdulillah aku berjaya capai apa yang aku capai sekarang. Jadi salah satu achievement aku tahun ni ialah berjaya turun berat lebih 10 kg dalam masa 4 bulan.
Jom Kurus Sebelum Raya..^_^
0 komen dari peminat setia