Jom Kurus 1 Malaysia musim ke 10
12:08 PM
Assalamualaikum dan hai semua.
Minggu lalu Atia dan beberapa ahli Kelab Blogger Ben Ashaari memulakan cabaran Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M). Alhamdulillah setelah 2 tahun berlalu akhirnya Atia berpeluang untuk sertai lagi program ni. Program yang menjadi titik permulaan perjalanan Atia untuk turunkan berat badan.
Ahad lalu juga berlangsungnya Seminar Jom Kurus 1 Malaysia bersama foundernya Kevin Zahri di Dewan Raja Muda Musa Seksyen 7 Shah Alam. Yang bestnyer tentang program JK1M ni ialah sebelum memulakan cabaran, peserta berpeluang untuk belajar secara langsung dengan founder JK1M iaitu Kevin Zahri sendiri.
Punya la meriah. Masing2 dengan azam yang sama iaitu nak kurus. Nak kurus senang sebenarnya. Dengan cara dan ilmu yang betol konfem azam nak kurus senang je. Sebab tu perlu cari guru atau mentor yang betol. Selain itu perlu dikelilingi orang-orang yang positif dan juga mempunyai azam yang sama supaya semangat tu sentiasa ada.
Selain mengajar teknik bersenam yang betol, program ni jugak memberi peluang pada peserta untuk mereka sendiri pelan diet tanpa perlu berlapar. Makan je apa yang kita suka tapi kena berpada. Suka makan cokelat..?? Makan ajela. Suka makan nasi..?? Makan ajela. Tapi kena pastikan makan jangan melantak. Heeeee~
Seronok sebenarnya program ni. Bukan kurus je yang dapat tapi boleh dapat kenangan dan kawan yang punyai azam yang sama. Jadi azam nak kurus tu bukan sekadar simpan dalam hati je. Huhu..
Jom sama-sama kita kurus 1 Malaysia. Weehhuuu..
0 komen dari peminat setia