Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki

9:00 AM

Assalamualaikum dan hye semua..

Akhirnya Atia muncul setelah sekian lama menghilang. Bukan sebab tak de mood atau dah tak ada hati pada blog pengarang jantung hatiku ni. Tapi masa dan keadaan yang tak mengizinkan. Kerja yang tak menentu masa memang susah la nak sesuaikan dan selitkan untuk tulis blog.

Sepanjang dua bulan ni macam-macam ikutkan yang berlaku pada Atia. Banyak mengajar Atia erti sabar dan redha atas ketentuan Allah. Selain tu Atia belajar juga bersyukur dengan apa yang Atia ada sekarang ni. Disebabkan itu Allah hadirkan rezeki dan ilham pada Atia untuk membaca dan merungkai isi buku Mudahnya Menjemput Rezeki hasil tulisan Ustaz Fathuri Salehuddin.


Bukan sekadar itu, Atia diberi peluang untuk menghadiri Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki yang dianjurkan oleh ReenRich Academy. Sedangkan masa baca buku pon dah rasa macam mana nikmat dia. Ini kan pula diberi penerangan lebih terperinci melalui lisan dan perbuatan. Ya Allah hanya Dia jela tau macam mana rasa. Even masa Atia menulis post ni masih terasa pedih di mata disebabkan banyak menangis. Indah sungguh cara penyampaian Puan Areena A. Rahman dalam merungkai dan mengupas isi-isi yang terkandung dalam buku Mudahnya Menjemput Rezeki.


Disebabkan terlalu menghayati jadinyer tak banyak sangat gambar yang ada. Tapi jika diberi peluang untuk join lagi seminar ni susah tentu Atia akan join. Seminar ni memenuhi keperluan dan apa yang Atia nak sekarang ni. Mudah rupanya menjemput rezeki ni. Cuma kita je yang suka bersangka yang semua benda susah.

Rezeki tak salah alamat. Kata-kata tu la yang harus disemat. Allah maha pemberi rezeki. Hanya pada dia la kita minta. Even kita meminta sehingga merayu atau merengek sekalipun minta la pada Dia insyaAllah semua yang dihajati akan termakbul.

Esok nak carik pula buku Mudahnya Menjemput Rezeki 2.. huhu..




You Might Also Like

0 komen dari peminat setia