Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
facebook Instagram youtube

kisah seorang gadis melayu

    • Home
    • Atia Amir
    • Tarikh penting
    • Surat Khabar
    Assalamualaikum dan hai semua..

    Harini nak bercerita pasal NIVEA Care Run. Paling syok Running kit dia. dapat macam-macam.


    Tapi sayangnya Atia tak dapat nak join sebab Atia ada kelas di Uitm. Jadinya Atia nak share gambar-gambar dari kamera kawan Atia, kak Fina. Seronok betol dia kat sana. Siap dapat bergambar dengan Siti Saleha lagi. Iolls is jelez.


    Putrajaya, 29 Oktober 2017 – Hampir 2,500 rakyat Malaysia berkumpul di Putrajaya untuk menyertai NIVEA Care Run yang dianjurkan oleh NIVEA Protect & Care, deodoran yang direka khusus untuk memberi perlindungan berpanjangan pada kulit bawah lengan. Bertemakan ‘Protects What You Care’yang juga merangkumi kasih sayang terhadap komuniti, sumbangan sebanyak RM20,000 daripada larian tersebuttelah didermakan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG), sebuah badan amal yang memberi bantuan kepada rakyat Malaysia yang memerlukannya.


    Dengan formula yang bebas alkohol, deodoranNIVEA Protect & Care diperkayakan dengan esen NIVEA Crème dan haruman yang lembut. Iamemberikan kulit anda perlindungan yang berpanjangan sehingga 48 jam,serta menyuburkan dan memberikan anda bawah lengan yang lembut dan licin.

    “Kami di NIVEA bertuah kerana dapat bekerjasama dengan PENYAYANG dalam usaha mereka untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukannya,” kata Ng Hock Guan, Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia & Singapura. “Tema NIVEA Care Run ini adalah selari dengan nilai penjagaan teras NIVEA Protect & Careyang menggabungkan perlindungan dan penjagaan rapi. Kami bersyukur mendapat sokongan daripada rakan niaga kami untuk memastikan larian ini berjalan dengan lancar. Kami juga berbangga dengan kehadiran ramai rakyat Malaysia yang memberikan sokongan kepada NIVEA Care Run. Setiap hadiran pada hari ini memainkan peranan penting dalam kejayaan acara ini.”



    Bagi meningkatkan kesedaran umum tentang penjagaan kulit bawah lengan, pihak NIVEA Care Run berkongsi tentang fakta-fakta kulit menarik seperti 36% kulit disingkirkan apabila seseorang mencukur dan juga kesan pencukuran dan pencabutan bulu yang boleh menyebabkan kerosakan kulit.*

    Aktiviti lain yang turut diadakan termasuklah dinding “NIVEA Protect & Care” yang membolehkan peserta menulis mesej kepada orang tersayang, khemah PENYAYANG, cabutan bertuah dan kios foto. Selebriti tempatan iaitu Siti Saleha, Nadia Heng dan Fiqrie turut memeriahkan NIVEA Care Run ini.

    Secara keseluruhannya, NIVEA Care Run telah mencatat kejayaan cemerlang dari segi mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan penjagaan kulit bawah lengan di samping membantu mereka yang kurang berkemampuan.

    Deodoran NIVEA Protect & Care roll-on 50ml dan NIVEA Protect & Care spray 150ml masing-masing dijual pada harga RM11.30 dan RM17.50 di semua pasar raya dan farmasi seluruh negara.

    Layari www.facebook.com/mynivea untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk NIVEA.

    NIVEA Care Run awesome.. huhu..


    Continue Reading
    Assalamualaikum dah hai semua..

    Harini nak post tentang Jom Terbang Bersama Malaysia Airlines (MAS).

    Image result for mas airline

    Tahukah uols semua bahawa MAS merupakan syarikat penerbangan rasmi kerajaan Malaysia? Syarikat ini ditubuhkan bagi menyediakan satu sistem pengangkutan penerbangan awam yang cekap dan setanding dengan perkhidmatan pengangkutan penerbangan antarabangsa. Penubuhannya mampu memberikan sumbangan besar kepada perdagangan dan perusahaan pelancongan di Malaysia. Selain itu, MAS juga ditubuhkan setelah Malaysia dan Singapura membuat pengumuman bahawa mereka perlu menubuhkan syarikat penerbangan yang berasingan bagi menjaga kepentingan kedua-dua buah negara. Malaysia pada mulanya telah menubuhkan sebuah syarikat penerbangan dengan menggunakan nama Malaysia Airlines Berhad (MAL), namun nama tersebut kemudian ditukar kepada Malaysian Airlines Sistem Berhad atau MAS. Lambang wau Kelantan pula telah dipilih sebagai simbol syarikat penerbangan ini kerana mempunyai unsur tradisi dan kebudayaan negara Malaysia.

    Malaysia Airlines merupakan sistem penerbangan nasional Malaysia yang menawarkan penerbangan ke, dari dan antara negeri di seluruh Malaysia. Sebagai ahli oneworld® alliance, Malaysia Airlines dan rakan kongsinya menawarkan pengalaman perjalanan ke lebih 1,000 destinasi di lebih 150 negara. Malaysia Airlines menawarkan tiga jenis kelas penerbangan, iaitu Kelas Ekonomi, Kelas Perniagaan dan Kelas Pertama. Syarikat penerbangan ini juga memberikan akses istimewa ke lebih 650 ruang istirahat di lapangan terbang seluruh dunia kepada setiap ahli program penumpang kerap. Wow menariknya kan?

    Image result for mas airline

    Taraf penerbangan Malaysia Airlines adalah bertaraf lima bintang. Dan Malaysia Airlines juga menawarkan beberapa jenis kelas kepada penumpang untuk menikmati perjalanan ke destinasi dengan kadar keselesaan yang berbeza mengikut harga. Bagi kelas ekonomi, Malaysia Airlines menawarkan perkhidmatan Favourite Spot yang membolehkan penumpang di Kelas Ekonomi menempah mana-mana tempat duduk yang diinginkan. Perkhidmatan Favourite Spot tersedia untuk tempahan dalam talian sahaja. Penumpang juga boleh memilih tempat duduk yang diingini secara percuma 48 jam sebelum waktu berlepas di bahagian daftar masuk dalam laman web rasmi Malaysia Airlines. Tempat duduk Kelas Ekonomi Malaysia Airlines terbahagi kepada dua jenis, iaitu Tempat Duduk Premium dan Tempat Duduk Standard. Tempat Duduk Premium terletak di beberapa barisan hadapan dan berdekatan dengan pintu kecemasan, manakala selebihnya merupakan Tempat Duduk Standard. Penumpang Kelas Ekonomi akan merasai pengalaman penerbangan yang menarik dengan ruang letak kaki tambahan, peruntukan bagasi 30 kg dan hiburan dalam penerbangan. So kalau korang amik kelas ekonomi pun korang still boleh buat dua pilihan mengikut keselesaan dan budget korang.

    Bagi kelas perniagaan pula disediakan dengan ruang tempat duduk yang luas dan boleh dicondongkan 180 darjah dengan mudah sehingga menjadi rata sepenuhnya, penumpang Kelas Perniagaan akan menikmati perjalanan dengan keselesaan maksimum. Hiburan dalam penerbangan yang lengkap dengan filem, program siri televisyen, saluran radio, permainan dan e-pembelajaran turut disediakan kepada penumpang Kelas Perniagaan, selain keistimewaan semasa daftar masuk. Semua penumpang Kelas Perniagaan layak mendapat peruntukan dua bagasi berdaftar dengan jumlah berat sehingga 40 kg. Penumpang Kelas Perniagaan juga akan mendapat akses ke Golden Lounge Malaysia Airlines. Di situ, mereka boleh mandi, mendapatkan minuman atau menyiapkan urusan kerja dengan menggunakan WiFi percuma sementara menunggu penerbangan seterusnya. So kalau anda nak lebih selesa bolehlah ambil kelas perniagaan . Memang layanan terbaik.

    Bagi Penumpang Kelas Pertama yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berpeluang menikmati perkhidmatan ruang istirahat istimewa Malaysia Airlines. Sama seperti penumpang Kelas Perniagaan, penumpang Kelas Pertama boleh menunggu waktu memasuki pesawat dengan berehatkan diri di ruang isitirahat eksklusif, Golden Lounge. Sebaik penumpang sudah menaiki pesawat, penumpang Kelas Pertama boleh duduk dengan selesa di tempat duduk yang mempunyai ruang letak kaki yang luas serta boleh dicondongkan 180 darjah sehingga menjadi rata sepenuhnya. Untuk menambahkan keselesaan dan keseronokan penerbangan, penumpang juga boleh menikmati filem terkini, program siri televisyen, permainan dan muzik sepanjang penerbangan. Kemudahan E-pembelajaran yang lengkap dengan fungsi tapis bunyi di fon kepala masing-masing turut disediakan.

    Mesti anda tertanya tanya bagaimana dari segi hidangan makanan? Penerbangan Kelas Ekonomi Malaysia Airlines menawarkan sehingga 20 jenis hidangan istimewa untuk memenuhi keperluan pemakanan setiap penumpang. Penumpang perlu menempah dan mengesahkan pilihan hidangan mereka selewat-lewatnya 24 jam sebelum waktu berlepas menerusi proses tempahan dalam talian, Pusat Panggilan Pelanggan Global, pejabat tempahan dan pembelian tiket atau ejen pelancongan.

    Untuk kelas perniagaan Malaysia Airlines bekerjasama dengan chef profesional untuk menyediakan 25 pilihan hidangan yang boleh ditempah awal, daripada hidangan Kegemaran Malaysia dan Pilihan Chef sehingga Pilihan Ringan dan Pilihan Sihat. Pilihan hidangan ini datang dalam pelbagai menu bergantung pada laluan penerbangan.

    Untuk kelas pertama pula, Malaysia Airlines bekerjasama dengan chef profesional dalam menyediakan hidangan terbaik untuk penumpang Kelas Pertama. Malaysia Airlines menawarkan perkhidmatan Chef-on-Call yang membolehkan penumpang memesan makanan terlebih dahulu. Perkhidmatan Chef-on-Call hanya disediakan dalam penerbangan ke dan dari Kuala Lumpur, London, Sydney, Perth, Melbourne, Adelaide, Auckland, Incheon, Beijin, Shanghai, Narita, dan Kansai.

    Pasti anda tertanya tanya bagaimana untuk menggunakan perkhidtmatan Malaysia Airlines dengan harga yang menarik? Don’t hesitate, cepat click sini utk malaysia airlines online booking tawaran terbaik di internet!

    Jom jalan-jalan bersama Malaysia Airline
    Continue Reading
    Assalamualaikum dan hye semua.

    Atia nak sambung cerita pasal event team mak minyak sebelum ni. Slot pertama kami dah diberi peluang untuk merasa macam mana rutin dalam spa. Kami diberi tuala sejuk seorang satu. Bukan tuala sejuk biasa-biasa. Tuala tu dah di basahkan dengan air yang dah di titikkan essential oil peppermint dan lemongrass dan disejukkan dalam peti ais. Segar betol rasa dia.


    Mana la tak excited kami-kami ni semua. Kami tekap muka masing-masing sambil dengar taklimat dari founder The Oil Art, Kak Azila Aziz. Sambil tu Kak Azila ajar jugak cara-cara untuk buat tuala segar ni. Siap buat tutorial macam mana nak lipat tuala tu jadi bulat-bulat comel macam tu.

    Lepas masing-masing dah puas dengan tuala, kami berpeluang untuk buat 'foot soak' dengan 'foot bomb'. Bunyik macam gempak. Segempak hasil dia. Syok betol dapat rendam kaki. Sambil Kak Azila ajar macam mana nak buat 'foot bomb' ni. Senang sangat.

    Antara bahan-bahan yang digunakan ialah

    - Baking Soda
    - Citric Acid
    - Lavender bud
    - Herba Thyme
    - Essential oil ( Peppermint, Lemongrass)*

    Lepastu campur je bahan-bahan ni secukup rasa. Bak kata Kak Azila main campak-campak je ikut hati. hehe. Lepastu spray perlahan-perlahan air yang dah dicampur dengan essential oil. Essential oil tu kira optional. Suka hati nak guna yang mana.

    Spray air dan gaul sampai cukup sekadar teksture tu jadi ala-ala 'magic sand' mainan kanak-kanak sekarang ni. Kalau rajin sikit kepal-kepal lepastu masuk dalam acuan. Jadi la macam gambar kat bawah ni.


    Dah siap boleh la campak dalam air. Dapat la tengok dia meletop kebabom. hehehehe.


    Agak-agak kalau kat spa berapa dia charge untuk buat semua ni..?? ^_^

    Tak sangka boleh buat sendiri kat rumah. Dah tak da alasan tak de masa la apela. Balik kerja isi air dalam baldi atau timba lepastu campak kan aja 'foot bomb'. Lepastu relaks duduk depan TV tengok drama TV3. Hehe..

    Lepastuuuu..

    Atia sambung next post la ye. 

    Tungggguuuu.. huhuhu..

    Post berkaitan : 
    Ber 'me' time dengan geng2 team mak minyak (part 1)
    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Gadis Melayu

    Photo Profile

    Kisah seorang gadis melayu bernama Atia

    Dulu acah2 nak jadik engineer. akhirnya jadilah lecturer. huhu..

    Dulu gemok sekarang sedang2 je. Kaki gym, kaki fitness dan macam2 kaki. Yang pasti bukan kaki penipu.. huhu..


    Nuffnang

    Team Mak Minyak

    Team Mak Minyak

    Cerita Lama

    • ▼  2018 (7)
      • ▼  July 2018 (1)
        • Berkongsi Rezeki, Yayasan Qaseh ZY Phyto
      • ►  May 2018 (1)
      • ►  March 2018 (2)
      • ►  February 2018 (1)
      • ►  January 2018 (2)
    • ►  2017 (35)
      • ►  December 2017 (3)
      • ►  November 2017 (4)
      • ►  October 2017 (5)
      • ►  September 2017 (7)
      • ►  August 2017 (16)
    • ►  2016 (1)
      • ►  January 2016 (1)
    • ►  2015 (17)
      • ►  December 2015 (1)
      • ►  November 2015 (1)
      • ►  October 2015 (1)
      • ►  September 2015 (1)
      • ►  August 2015 (1)
      • ►  July 2015 (1)
      • ►  June 2015 (1)
      • ►  May 2015 (1)
      • ►  April 2015 (1)
      • ►  March 2015 (1)
      • ►  February 2015 (4)
      • ►  January 2015 (3)
    • ►  2014 (34)
      • ►  December 2014 (2)
      • ►  November 2014 (4)
      • ►  October 2014 (4)
      • ►  September 2014 (4)
      • ►  August 2014 (2)
      • ►  July 2014 (2)
      • ►  June 2014 (4)
      • ►  May 2014 (5)
      • ►  April 2014 (1)
      • ►  March 2014 (1)
      • ►  February 2014 (1)
      • ►  January 2014 (4)
    • ►  2013 (26)
      • ►  December 2013 (3)
      • ►  November 2013 (2)
      • ►  October 2013 (4)
      • ►  September 2013 (4)
      • ►  August 2013 (1)
      • ►  July 2013 (2)
      • ►  June 2013 (1)
      • ►  May 2013 (2)
      • ►  April 2013 (2)
      • ►  March 2013 (1)
      • ►  February 2013 (1)
      • ►  January 2013 (3)
    • ►  2012 (57)
      • ►  December 2012 (4)
      • ►  November 2012 (2)
      • ►  October 2012 (6)
      • ►  September 2012 (12)
      • ►  August 2012 (8)
      • ►  July 2012 (3)
      • ►  June 2012 (5)
      • ►  May 2012 (2)
      • ►  April 2012 (4)
      • ►  March 2012 (3)
      • ►  February 2012 (2)
      • ►  January 2012 (6)
    • ►  2011 (584)
      • ►  December 2011 (6)
      • ►  November 2011 (8)
      • ►  October 2011 (21)
      • ►  September 2011 (26)
      • ►  August 2011 (71)
      • ►  July 2011 (129)
      • ►  June 2011 (99)
      • ►  May 2011 (68)
      • ►  April 2011 (73)
      • ►  March 2011 (83)

    Kawan2 Gadis Melayu

    Facebook Badge



    Create Your Badge

    Popular Posts

    • gara2 pakai contact lens koyak..
    • janda 18 tahun
    • Kolej Matrikulasi Selangor
    • Harimau Garang..

    Labels

    #TeamMakMinyak 30 hari cabaran blog Ekspedisi Berbasikal 1 Malaysia Pekan-Putrajaya Essential Oil Young Living lawak wordless wednesday
    facebook Twitter instagram pinterest bloglovin google plus tumblr

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top