Jom Terbang Bersama Malaysia Airlines

3:59 PM

Assalamualaikum dah hai semua..

Harini nak post tentang Jom Terbang Bersama Malaysia Airlines (MAS).

Image result for mas airline

Tahukah uols semua bahawa MAS merupakan syarikat penerbangan rasmi kerajaan Malaysia? Syarikat ini ditubuhkan bagi menyediakan satu sistem pengangkutan penerbangan awam yang cekap dan setanding dengan perkhidmatan pengangkutan penerbangan antarabangsa. Penubuhannya mampu memberikan sumbangan besar kepada perdagangan dan perusahaan pelancongan di Malaysia. Selain itu, MAS juga ditubuhkan setelah Malaysia dan Singapura membuat pengumuman bahawa mereka perlu menubuhkan syarikat penerbangan yang berasingan bagi menjaga kepentingan kedua-dua buah negara. Malaysia pada mulanya telah menubuhkan sebuah syarikat penerbangan dengan menggunakan nama Malaysia Airlines Berhad (MAL), namun nama tersebut kemudian ditukar kepada Malaysian Airlines Sistem Berhad atau MAS. Lambang wau Kelantan pula telah dipilih sebagai simbol syarikat penerbangan ini kerana mempunyai unsur tradisi dan kebudayaan negara Malaysia.

Malaysia Airlines merupakan sistem penerbangan nasional Malaysia yang menawarkan penerbangan ke, dari dan antara negeri di seluruh Malaysia. Sebagai ahli oneworld® alliance, Malaysia Airlines dan rakan kongsinya menawarkan pengalaman perjalanan ke lebih 1,000 destinasi di lebih 150 negara. Malaysia Airlines menawarkan tiga jenis kelas penerbangan, iaitu Kelas Ekonomi, Kelas Perniagaan dan Kelas Pertama. Syarikat penerbangan ini juga memberikan akses istimewa ke lebih 650 ruang istirahat di lapangan terbang seluruh dunia kepada setiap ahli program penumpang kerap. Wow menariknya kan?

Image result for mas airline

Taraf penerbangan Malaysia Airlines adalah bertaraf lima bintang. Dan Malaysia Airlines juga menawarkan beberapa jenis kelas kepada penumpang untuk menikmati perjalanan ke destinasi dengan kadar keselesaan yang berbeza mengikut harga. Bagi kelas ekonomi, Malaysia Airlines menawarkan perkhidmatan Favourite Spot yang membolehkan penumpang di Kelas Ekonomi menempah mana-mana tempat duduk yang diinginkan. Perkhidmatan Favourite Spot tersedia untuk tempahan dalam talian sahaja. Penumpang juga boleh memilih tempat duduk yang diingini secara percuma 48 jam sebelum waktu berlepas di bahagian daftar masuk dalam laman web rasmi Malaysia Airlines. Tempat duduk Kelas Ekonomi Malaysia Airlines terbahagi kepada dua jenis, iaitu Tempat Duduk Premium dan Tempat Duduk Standard. Tempat Duduk Premium terletak di beberapa barisan hadapan dan berdekatan dengan pintu kecemasan, manakala selebihnya merupakan Tempat Duduk Standard. Penumpang Kelas Ekonomi akan merasai pengalaman penerbangan yang menarik dengan ruang letak kaki tambahan, peruntukan bagasi 30 kg dan hiburan dalam penerbangan. So kalau korang amik kelas ekonomi pun korang still boleh buat dua pilihan mengikut keselesaan dan budget korang.

Bagi kelas perniagaan pula disediakan dengan ruang tempat duduk yang luas dan boleh dicondongkan 180 darjah dengan mudah sehingga menjadi rata sepenuhnya, penumpang Kelas Perniagaan akan menikmati perjalanan dengan keselesaan maksimum. Hiburan dalam penerbangan yang lengkap dengan filem, program siri televisyen, saluran radio, permainan dan e-pembelajaran turut disediakan kepada penumpang Kelas Perniagaan, selain keistimewaan semasa daftar masuk. Semua penumpang Kelas Perniagaan layak mendapat peruntukan dua bagasi berdaftar dengan jumlah berat sehingga 40 kg. Penumpang Kelas Perniagaan juga akan mendapat akses ke Golden Lounge Malaysia Airlines. Di situ, mereka boleh mandi, mendapatkan minuman atau menyiapkan urusan kerja dengan menggunakan WiFi percuma sementara menunggu penerbangan seterusnya. So kalau anda nak lebih selesa bolehlah ambil kelas perniagaan . Memang layanan terbaik.

Bagi Penumpang Kelas Pertama yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berpeluang menikmati perkhidmatan ruang istirahat istimewa Malaysia Airlines. Sama seperti penumpang Kelas Perniagaan, penumpang Kelas Pertama boleh menunggu waktu memasuki pesawat dengan berehatkan diri di ruang isitirahat eksklusif, Golden Lounge. Sebaik penumpang sudah menaiki pesawat, penumpang Kelas Pertama boleh duduk dengan selesa di tempat duduk yang mempunyai ruang letak kaki yang luas serta boleh dicondongkan 180 darjah sehingga menjadi rata sepenuhnya. Untuk menambahkan keselesaan dan keseronokan penerbangan, penumpang juga boleh menikmati filem terkini, program siri televisyen, permainan dan muzik sepanjang penerbangan. Kemudahan E-pembelajaran yang lengkap dengan fungsi tapis bunyi di fon kepala masing-masing turut disediakan.

Mesti anda tertanya tanya bagaimana dari segi hidangan makanan? Penerbangan Kelas Ekonomi Malaysia Airlines menawarkan sehingga 20 jenis hidangan istimewa untuk memenuhi keperluan pemakanan setiap penumpang. Penumpang perlu menempah dan mengesahkan pilihan hidangan mereka selewat-lewatnya 24 jam sebelum waktu berlepas menerusi proses tempahan dalam talian, Pusat Panggilan Pelanggan Global, pejabat tempahan dan pembelian tiket atau ejen pelancongan.

Untuk kelas perniagaan Malaysia Airlines bekerjasama dengan chef profesional untuk menyediakan 25 pilihan hidangan yang boleh ditempah awal, daripada hidangan Kegemaran Malaysia dan Pilihan Chef sehingga Pilihan Ringan dan Pilihan Sihat. Pilihan hidangan ini datang dalam pelbagai menu bergantung pada laluan penerbangan.

Untuk kelas pertama pula, Malaysia Airlines bekerjasama dengan chef profesional dalam menyediakan hidangan terbaik untuk penumpang Kelas Pertama. Malaysia Airlines menawarkan perkhidmatan Chef-on-Call yang membolehkan penumpang memesan makanan terlebih dahulu. Perkhidmatan Chef-on-Call hanya disediakan dalam penerbangan ke dan dari Kuala Lumpur, London, Sydney, Perth, Melbourne, Adelaide, Auckland, Incheon, Beijin, Shanghai, Narita, dan Kansai.

Pasti anda tertanya tanya bagaimana untuk menggunakan perkhidtmatan Malaysia Airlines dengan harga yang menarik? Don’t hesitate, cepat click sini utk malaysia airlines online booking tawaran terbaik di internet!

Jom jalan-jalan bersama Malaysia Airline

You Might Also Like

0 komen dari peminat setia