Ber 'me' time dengan geng2 team mak minyak (part 2)

1:17 PM

Assalamualaikum dan hye semua.

Atia nak sambung cerita pasal event team mak minyak sebelum ni. Slot pertama kami dah diberi peluang untuk merasa macam mana rutin dalam spa. Kami diberi tuala sejuk seorang satu. Bukan tuala sejuk biasa-biasa. Tuala tu dah di basahkan dengan air yang dah di titikkan essential oil peppermint dan lemongrass dan disejukkan dalam peti ais. Segar betol rasa dia.


Mana la tak excited kami-kami ni semua. Kami tekap muka masing-masing sambil dengar taklimat dari founder The Oil Art, Kak Azila Aziz. Sambil tu Kak Azila ajar jugak cara-cara untuk buat tuala segar ni. Siap buat tutorial macam mana nak lipat tuala tu jadi bulat-bulat comel macam tu.

Lepas masing-masing dah puas dengan tuala, kami berpeluang untuk buat 'foot soak' dengan 'foot bomb'. Bunyik macam gempak. Segempak hasil dia. Syok betol dapat rendam kaki. Sambil Kak Azila ajar macam mana nak buat 'foot bomb' ni. Senang sangat.

Antara bahan-bahan yang digunakan ialah

- Baking Soda
- Citric Acid
- Lavender bud
- Herba Thyme
- Essential oil ( Peppermint, Lemongrass)*

Lepastu campur je bahan-bahan ni secukup rasa. Bak kata Kak Azila main campak-campak je ikut hati. hehe. Lepastu spray perlahan-perlahan air yang dah dicampur dengan essential oil. Essential oil tu kira optional. Suka hati nak guna yang mana.

Spray air dan gaul sampai cukup sekadar teksture tu jadi ala-ala 'magic sand' mainan kanak-kanak sekarang ni. Kalau rajin sikit kepal-kepal lepastu masuk dalam acuan. Jadi la macam gambar kat bawah ni.


Dah siap boleh la campak dalam air. Dapat la tengok dia meletop kebabom. hehehehe.


Agak-agak kalau kat spa berapa dia charge untuk buat semua ni..?? ^_^

Tak sangka boleh buat sendiri kat rumah. Dah tak da alasan tak de masa la apela. Balik kerja isi air dalam baldi atau timba lepastu campak kan aja 'foot bomb'. Lepastu relaks duduk depan TV tengok drama TV3. Hehe..

Lepastuuuu..

Atia sambung next post la ye. 

Tungggguuuu.. huhuhu..

Post berkaitan : 

You Might Also Like

0 komen dari peminat setia