Peristiwa Di Bilik Bersalin

10:37 PM

kejadian ini berlaku di sebuah hospital bersalin. terdapat 4 orang suami yang sedang
menunggu isteri masing-masing bersalin. seketika kemudian, keluar seorang jururawat dan
menghampiri lelaki yang pertama.


jururawat: tahniah, anda mendapat anak kembar dua.
suami 1: wow... sedang eloklah tu. saya bekerja di Menara Berkembar, KLCC.

dua ketika kemudian, jururawat tersebut keluar dan menghampiri lelaki yang kedua.

jururawat: tahniah, encik mendapat kembar tiga.
suami 2: menakjubkan kerana saya memang bekerja di TV3.

tiga ketika kemudian, jururawat tersebut keluar lagi dan menghampiri lalaki yang ketiga.

jururawat: tahniah, encik mendapat kembar empat.
suami 3: apa? empat? oooo.. agaknya sebab saya bekerja di 4 season hotel kot....

kelihatan lelaki yang keempat begitu gelisah. lalu datang jururawat tersebut.

jururawat: encik.. kenapa begitu gelisah? isteri encik pasti selamat kerana hospital ini
merupakan yang terbaik di KL.
suami 4: saya tidak dapat bayangkan bagaimana siksanya isteri saya?
jururawat: kenapa?
suami 4: saya bekerja di Produksi 2020.....

hahahahahaha..^_^

You Might Also Like

4 komen dari peminat setia