perut lembu..^_^

6:39 PM

ada sepasang suami isteri yang dah lama kawin. si laki ni ada satu tabiat buruk iaitu setiap kali bangun tidor mesti dia kentut. kentut puaka gitu sebab bunyi dia mengegarkan bilik tidor dan baunya yarabbi tak leh nak cerita nanti korang muntah pulak. 


si bini ni memang selalu komplen pasal kentut tu dan banyak kali termuntah sebab tak tahan. tapi si laki dengan muka penuh selamba menjelaskan. kentut tu perkara semula jadi yang baik untuk kesihatan. 


satu hari si bini yang dah lama tak tahan perangai si laki berkata, 
" satu hari nanti awak kentut bukan sahaja angin yang keluar, semua isi perut awak pun akan keluar sama. masa tu baru padan muka". 
si laki cuma sengih jer. 

hari raya korban pun tiba. keluarga tersebut banyak dapat daging dan dalam banyak banyak bungkusan tu ada perut lembu, hati, paru-paru. maka timbul lah idea si bini nak pekena laki dia. 

masa laki dia tengah seronok tidor dia telah longgokkan perut lembu yang berjela jela betul betul kat bontot laki dia. lepas tu dia pun ke dapur untuk menunggu aksi seterusnya. 

dipendekkan cerita, maka laki dia pun bangun dan macam rutin biasa dia melepaskan das das kentutnya yang maha dasyat bunyinya dan maha belantung baunya. si bini tunggu dengan penuh kusyuk. 

dari dalam bilik tidor terdengor suara laki dia menjerit sakan. histeria gitu. si bini tertongeng tongeng dan guling guling ketawa. 20 minit pastu si laki pun ke dapor untuk sarapan. si bini pun buat buat dunno dan kontrol macho. 

"masin betul lah mulut awak, habis tali perut saya terkeluar macam yang awak cakap aritu. 
kata laki dia bersunguh-sunguh. 
"habis tu abang buat macam mana" 
tanya si bini sambil kontrol suara dan perut yang nak pecah sebab nak ketawa.
" nasib baik abang tak panik. abang terus ke bilik air, dan sekarang semua dah settle". 
"hah dah settle! abang buat macam mana" 
tanya si bini, agak suspen. 
"dengan menggunakan jari sahaja abang berjaya memasukkan balik semua isi perut abng tadi... tak payah
susah susah pegi hospital untuk operasion" 
si bini diam kaku...

You Might Also Like

6 komen dari peminat setia