Pengembaraan (Pelabuhan Klang ke Rawang)

5:13 PM


fuhhh..!!!!!

tak sangka minggu yang memenatkan akhirnyer sampai ke penghujungnyer. akhirnyer dapat jugak aku berehat, akhirnyer dapat jugak aku update kat sini, dan akhirnyer dapat jugak aku cuti.

apa yang kau penatkan sangat atia oiii..???

ni nak cerita ni. minggu lepas punyer cerita. tapi harini baru dapat cerita. ceritanyer bermula bila aku amik keputusan untuk ke Rawang berjumpa dengan Alia, Abg Iz ngan Wani. hajat di hati nak sama2 pergi UMP Gambang untuk raptai konvokesyen.

pagi pukul 10 aku mulakan perjalanan dari KTM Pelabuhan Klang. dalam pukul 11.15 pagi aku sampai ke KL Sentral. kat KL Sentral aku beli tiket ke Rasa. aku ingatkan dah dekat dah KL Sentral ke Rawang. rupenyer jauh giler wei. dipendekkan cerita tiga jam lebih aku habeskan masa dalam train sebelum sampai ke KTM Rasa. 


pertama kali naek KTM mengarah ke Rawang maka jadi terjadila adegan lawak dalam train. aku naek2 jer train menghala ke Rawang tetiba aku perasan kat pintu train (yang bahagian tunjuk arah perjalanan train) lampu LED untuk Rasa tak menyala. aku pon mula gabra. ingat salah naek train. kebetulan ada abang yang kerja KTM duk depan pintu. aku pon dengan muka gabra tapi bajet cool gi tanye. lepas tu abang tu dengan selamba cakap memang train ni stop kat Rawang. tapi kat Rawang nanti tukar train untuk ke Rasa. aku mula konfius. tapi aku ikutkan jer.

sampai kat Rawang aku dengar announcement yang train menghala ke Tanjung Malim ada kat platform 2. tapi entah macam mana aku tak dengar ngan jelas. aku terdengar dia cakap platform nombor 3. jenuhlah aku pandang kiri kanan carik platform nombor 3. tapi tak jumpa. nak jumpa camner dah kalau platform tu memang tak wujud. yang aku nampak cuma platform nombor 2. aku mula rasa pelik sebab ramai menghala ke situ. pandang punya pandang baru aku perasan ada satu signboard tulis platform 2 bawah dia ada tulis Tanjung Malim. masa tu baru aku perasan yang aku tersalah dengar. naseb baek train tak gerak lagi. heeeeee~

sampai je kat KTM Rasa aku mula risau sebab aku tak nampak lansung tanda2 yang kat situ ada teksi. bas apatah lagi. sunyi giler. aku mula gabra. tapi aku cuba relakskan diri. entah camner tetiba aku terpikir nak tanye orang yang jaga kaunter tiket. naseb baek ada orang. dari encik yang jaga kaunter aku dapat nombor telefon pak cik yang bawak kereta sapu. alhamdulillah rumah Alia tak jauh sangat dari KTM Rasa. terima kasih kat Google Map sebab tunjuk jalan yang betul. ngeeeee~

tapi cerita tak berakhir sampai situ. disebabkan aku sampai ke Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa lambat dari masa yang sepatutnyer, jadi aku terpaksa tunggu sebab Alia ada meeting pukul 2 sampai pukul 3. jadi untuk buang masa, dengan kekuatan yang ada walaupon kepenatan sikit, aku berjalan kat area situ dengan niat nak carik kedai makan untuk melapik perut yang agak kelaparan. jalan punyer jalan tak jumpa jugak. last2 aku singgah kat khemah akak jual makanan goreng2. naseb baek akak tu baek bagi aku tempat untuk aku rehat sambil tunggu Alia datang amik aku.


setelah lama menunggu akhirnyer aku dapat melepaskan rindu kat kawan baek aku ni. segala rasa penat terus hilang bila jumpa dia. happy punyer pasal. huhu.


thanks Alia sebab sudi bawak aku tengok2 tempat kerja hang, sory sebab kacau hang bekerja dan thanks to kak Fara sebab tak kesah aku tumpang tido kat rumah korang. harap satu hari nanti kita dapat jumpa lagi.

sepanjang perjalanan dari rumah aku ke rumah Alia tipu la kalau aku cakap hati aku tak takut. aku takut giler kalau keputusan yang aku buat ni akan buatkan aku terpaksa menempuh macam2 halangan. tapi alhamdulillah dengan pertolongan Allah aku selamat sampai ke rumah Alia tanpa apa2 yang buruk terjadi.

"Hanya padaMu sahaja kami menyembah Ya Allah.. dan hanya padaMu kami mohon pertolongan"
Al-Fatihah ayat 4

yakin dan amalkan ayat kat atas insyaAllah segala apa yang kita buat berjalan lancar. aku belajar tentang ayat ni dari buku tulisan Ramlee Awang Murshid yang bertajuk Sutera Bidadari. setiap ayat dalam Al Quran sebenarnyer ada kelebihannyer. jadi berpegang teguhlah dengan Al Quran. insyaAllah hidup akan sejahtera dunia akhirat.

Alhamdulillah..U_U


You Might Also Like

0 komen dari peminat setia