Pengembaraan (Rawang ke Kuantan)

2:44 PM


sambungan cerita sebelum ni. biler pengembaraan dari Pelabuhan Klang ke Rawang berakhir, maka bermulalah pulak pengembaraan dari Rawang ke Kuantan pulak. perjalanan bermula pada pukul 4.30 pagi. sepanjang perjalanan macam2 cerita aku dengar. first time aku tak rasa mabuk biler lalu Karak Highway. sebab sepanjang perjalanan masing2 tak berhenti bercakap. huhu.


kitorang sampai Gambang dalam pukul 7.30 pagi. dah alang2 sampai awal kitorang singgah breakfast dulu. makan punya makan last2 tak sedar masa berlalu. sampai2 jer kompleks sukan tengok2 semua orang dah berpusu keluar dewan. rupanyer raptai dah abes. tak sempat rupenyer nak join raptai. jadi kitorang amik keputusan untuk terus pergi blok W untuk amik jubah pulak. mak aii tak sangka pulak ramai lagi yang tak amik jubah. maka beratur panjang la kami. adoiyai..


masa nak amik jubah tetiba terserempak pulak ngan badrul. klasmate aku jugak dari tahun 1. tetiba tercetus idea kat kepala kitorang nak ajak dia sama2 jalan2 kat kuantan. alang2 kitorang berdua jer. maka pengembaraan ke kuantan pon bermula. huhu..


sampai jer Kuantan maka operasi melepaskan rindu pon bermula. tapi disebabkan si Badrul kena pergi Solat Jumaat jadi kitorang mulakan pengembaraan kitorang ngan pemanis mulut. disebabkan aku tak ingat nama benda ni, jadi dengan sesuka hati aku bagi nama baru kat benda ni. ABC hong kong. sedap giler uollsss. benda ni punyelah besar sampai boley kongsi dua. heeee~


acara wajib kalau sampai Kuantan ofkoslah karaoke. bantai gian karaoke sampai 3jam. sampai dah tak de suara dibuatnyer. yela masing2 dah lama tak karok macam ni. hanya di Kuantan sajela kitorang dapat buat benda camni. heeeee~


cepat betol masa berlalu. sekarang aku dah mula rindu kat diorang. tak sempat nak jumpa lama2 sebab masing2 dah ada komitmen sendiri sekarang. aku sendiri pon entah bila lagi dapat jejak kaki kat kuantan tu. huhu.

aku mula rindu mereka..U_U



You Might Also Like

0 komen dari peminat setia