terima kasih daun keladi..^_^
9:00 AM
selain ibu, apak ngan adik2 aku, aku tak sangka yang nenek aku, mak lang, pak ndak ngan mak ndak sudi datang untuk meraikan hari bersejarah aku. dapatlah jugak aku merasa dapat bunga dari nenek aku. heeee~
sebenarnyer aku rasa bersalah sebab buatkan dorang menunggu lama. dahlah dalam cuaca yang agak panas. tapi nak buat macam mana. selagi UMP Pekan tak siap, selagi tu UMP tak de rupa universiti. tanye jela budak2 universiti laen yang pernah masuk UMP. dorang mesti cakap yang UMP tak macam universiti. tapi bila dorang dapat jejak kaki kat UMP Pekan, terus dorang rasa kagum. tapi dorang tak pernah tengok macam mana rupa UMP Pekan masa mula bukak dulu. huhu..
kedatangan mereka buatkan aku dapat merasa nikmatnyer berconvo. walaupon macam2 hal berlaku, tapi alhamdulillah masih memberi kenangan yang teramat manis dalam hidup aku. pengalaman sekali seumur hidup yang tak akan aku lupakan.
jangan maen2. nenek aku pon pandai posing tau. dapat jugak nenek aku merasa bergambar dekat air pancut. padahal cucu dia ni masih lagi terkilan sebab tak dapat bergambar kat situ. pasrah jelah. aish.
malam tu pulak tak sangka aku dapat lepas rindu makan ikan bakar ngan seafood kat tanjung lumpur. teringat kenangan lama masa lepak ngan kawan2 makan ikan bakar. bila makanan sampai jer benda pertama yang wajib sekali dibuat ialah tangkap gambar makanan tu. lepas dah puas tangkap gambar apalagi serbu la. hehehe..
cepat betul masa berlalu..U_U
0 komen dari peminat setia