Broga Hills akhirnyer aku datang..

4:23 PM


selalunyer planning yang last minit mesti akan menjadi. selalu macam tu. kalau buat planning awal2. duk rancang macam2. last minit mesti ada yang akan tarik diri. bila ahli dah kurang benda pon jadi tak seronok. lama2 makin ramai yang tarik diri. last2 planning kansel. dah terlalu banyak mengadap situasi macam ni. aish.

minggu lepas tetiba salah seorang kawan aku cadangkan kitorang ramai2 pergi naik bukit Broga. memang dah lama teringin nak naik. tapi selalu ada je kekangan. jadi aku pon setuju jela. kalau tak bila lagi. tengah2 duk excited tetiba dia baru teringat yang dia dah janji dengan family dia weekend tu. secara automatik dia tarik diri dari program. aku pulak hampir je hilang mood. tapi entah macam mana salah sorang kawan aku cakap tetap jugak nak pergi. so bermulalah pengembaraan ke bukit broga. bunyik macam gempak. hehehe..

petang sabtu tu kalau ikut rancangan asal sebelom ke broga kitorang nak lepak dulu kat Putrajaya. awal sangat kalau nak ke Broga. cadangnyer nak mula naik pukul 4 pagi macam tu. nak tengok matahari terbit la katekan. tapi tiba2 petang tu hujan lebat selebatnyer. aku pon mula tak sedap hati. ditambah pulak tiba2 kereta aku buat hal. bertambah gabra aku jadinyer. betul ke keputusan aku ni. disebabkan hujan kitorang tukar plan sebelum ke Broga lepak dulu kat rumah kawan aku kat Puchong.

hanya pada Allah aku berserah dan memohon pertolongan. alhamdulillah akhirnyer kitorang dapat jugak sampai ke puncak yang pertama. walaupon hampir nak putus nyawa bernafas. mengah punye pasal. aku ingat bukit Broga sama macam bukit2 yang pernah aku naik dulu. tapi rupanyer xtreme sungguh. kebanyakan jalan untuk naik ke atas memerlukan aku untuk menampung badan aku. dah la badan aku berat giler. mana la tak semput. hampir je nak berhenti tengah jalan. tapi semangat nak tengok pemandangan kat atas dan semangat dari kawan2 aku. aku berjaya jugak sampai ke atas. walaupon hanya kat puncak pertama.


kitorang start bertolak dari Puchong dalam pukul 3 pagi. singgah sekejap kedai makan untuk alas perut. dalam pukul 5 pagi kitorang start mendaki bukit Broga. disebabkan aku banyak berhenti, aku mengambil masa satu jam untuk sampai ke puncak yang pertama. ngeeeee~


 seronok bila dapat sampai kat atas. pemandangan yang memang cantik sangat2. terus hilang penat bila pemandangan cantik kat depan mata. syukur alhamdulillah semuanyer selamat. huhu..


 Broga Hills akhirnyer aku datang.. huhu..






You Might Also Like

2 komen dari peminat setia

  1. wah best.akak dah ada anak ni aktiviti terbatas tp keinginan tu still ada.rasa mcm nk cr poket doremon jer nk blk ke masa lalu nak penuhi semua benda yg x blh buat skrg.kekeke.apapun tahniah

    ReplyDelete
  2. Suria Lekatlekitgurl : tenkiu kak.. insyaAllah mane tau bila anak akk dh besar boleh sama2 hiking.. ramai jgk atia tengok mak bapak bawak anak2 dia sekali.. huhu..^_^

    ReplyDelete