cara untuk jimat duit beli makeup

9:00 AM


aku selalu idamkan kulit muka yang tak perlu nak tepek bedak tebal2 pon dah nampak flawless gitu. tak payah nak tepek2 blusher bagai. tapi macam mustahil je untuk dapat kulit muka macam tu. lagi2 macam muka aku ni yang terlalu banyak berjemur. bila2 masa jer boleh jadi hitam. nak beli makeup, dengan kewangan sekarang ni macam membazir jer. lagi2 bila pikir kalau pakai pon last2 nanti cair jugak sebab peluh. tambah pulak bila kerja kat site yang panas dan penuh habuk. konfem makeup macam mana tebal pon muka tetap akan jadi comot. 

alhamdulillah setelah 4 bulan guna produk skin care ni, aku dah tak heran nak tepek2 bedak kat muka. kalau dulu nak pergi pasar malam pon capai bedak dulu sebab muka berminyak yang amat. segan nak keluar kalau tak pakai bedak. tapi sekarang orang tak percaya kalau aku cakap aku tak pakai pape kat muka. lagi2 kalau terbangun lambat nak pergi kerja. tak payah buang masa nak makeup bagai.

produk skin care yang aku maksudkan ialah 
DNARS SKINCARE


mula2 rasa takut jugak nak cuba. sebab aku tak pernah pakai apa2 skincare sebelom ni. tapi entah macam mana terbukak hati untuk mencuba. lagi2 bila tengok gambar testimoni2 semua cantik2 belaka. rasa macam rugi je kalau tak cuba. jadi aku mulakan dengan set normal ngan krim kuneng.

Starter Set Normal/ Jeragat ada

* Sabun Beras (1)
* Sabun Collagen (1)
* Day Cream (1)
* Night Cream (1)

minggu pertama mula pakai memang sangat2 mencabar. agakla muka aku nampak jer macam tak de masalah. tapi sebenarnyer macam2 masalah. dah berapa kali muka aku kena sunburn yang sangat2 teruk. jadi kulit muka pon lama2 jadi rosak. disebabkan itu lepas 3 hari aku guna Dnars mengikut arahan yang ditetapkan tiba2 muka aku tumbuh ruam yang amat dasyat. yang peliknyer sebelah muka jer yang kena. muka sebelah kanan. mula la aku jadi gelabah. yang paling best bila jadi macam tu aku kena bebel dengan apak ngan ibu aku. katenyer berani2 cuba benda yang tak pernah pakai.


untuk sedapkan hati aku search google tentang masalah aku ni. rupanya ni effect yang Dnars bagi untuk kulit muka yang terlalu banyak bahan kimia. mungkin pencuci muka yang aku guna sebelom ni buatkan kulit muka aku menakung banyak bahan kimia. jadi atas nasihat dan berdasarkan apa yang aku baca di facebook Dnars Skincare aku berhenti kejap guna. lepas 4 hari ruam hilang sepenuhnyer. tapi muka masih lagi gatal. disebabkan kegatalan tu aku sambung balik guna.

selepas beberapa hari kulit muka aku mula mengelupas. tambah la aku gabra. siap pergi kerja pakai mask. segan punye pasal. sebab takut kantoi pakai produk kecantikan kulit la katekan. agak pedih lagi2 lepas guna sabun susu beras. tapi bila sapu krim malam ngan krim kuneng pedih tu kurang. naseb baek jugak tak lama lepas tu kulit semakin kurang mengelupas. dalam 5 hari jugak la kulit aku mengelupas.


dalam tempoh 2 minggu tu kadang2 rasa menyesal jugak sebab gatal2 nak mencuba. tapi bila lihat hasilnyer lepas 2 minggu, tetiba rasa bersyukur sebab gatal2 nak mencuba. alhamdulillah muka aku kembali normal dan yang bestnyer makin licin dan putih. rasa seronok sangat.


yang lagi bestnyer ibu aku yang dulu marah sebab aku gatal2 pakai benda ni menyimpan hasrat hati untuk cuba jugak pakai bila mata dia sembuh sepenuhnye nanti. gambar kat bawah ni testimoni berjaya dari aku.


yang paling kelakar bila orang duk ingat aku pakai makeup tebal2. padahal aku tepek sikit jer bedak. seronok bila muka jadi macam ni. so untuk siapa nak tau lebih lanjut pasal Dnars Skincare ni boleh pm kat facebook atia- Atia Amir Hassim


bak kata orang nak cantik kenala sakit dulu. jadi tak rugi kalau nak cuba guna Dnars skincare ni. sebab hasil dia sangat2 memuaskan.

Dnars Skincare mampu merawat masalah jerawat dan kulit muka..^_^




You Might Also Like

0 komen dari peminat setia