3 tips mudah turunkan berat badan tanpa supplement kurus
10:48 AM
Assalamualaikum dah hai semua..
Gara-gara berani mati buat status kat instagram cukup 50 love Atia update blog tentang macam mana Atia turunkan berat tanpa supplement kurus. Jadi Atia tunaikan janji Atia tu. Terima kasih pada yang sudi bagi love. Sayang korang. hehe..
Jadi harini Atia nak share 3 tips mudah turunkan berat badan secara natural. Tanpa guna sebarang produk atau supplement kuruskan badan. Kenapa 3 je..?? Kalau banyak-banyak bukan korang nak buat pon kan. hehehehe.
Tips yang pertama - Makan jangan tak makan.
" Wei Tia.. Aku pergi gym jugak macam kau. Kenapa berat aku tak turun pon. Dah la aku makan pon kurang.. "
" Dah kau tak makan macam mana berat nak turun "
Dalam proses penurunan berat badan, makanan adalah yang paling penting. Korang wajib makan. Jangan sesekali ikat perut tak makan. Kenapa..??
Sebabnya badan kita memerlukan tenaga untuk bergerak dan semuanya diambil dari makanan. Mitos je bila cakap kalau tak makan badan kita akan bakar lemak yang ada pada badan untuk bergerak. Sedangkan kalau korang perasan kalau korang tak makan badan korang automatik jadi lemah. Jadi macam mana pulak datangnya proses pembakaran lemak. Nak bergerak pon tak mampu. Alaaaa tak payah nak menipu la kata boleh. Habis tu kenapa masa bulan puasa korang lembik je. huhu..
Ini jugak sebenarnya nak memastikan korang dapat maintain berat korang bila dah mula turun. Tak dela kes berat macam yoyo terjadi. Kejap naik kejap turun.
Makan di sini bukan bermaksud melantak macam gambar kat bawah ni.
Atia mampu habiskan satu dulang ni sorang-sorang.. pecaye tak..?? hehe.. |
Cukup sekadar brekfas makan macam raja, makan tengah hari macam putera raja, makan malam macam pengemis { translate direct dari quote mat saleh }
Maksud dia kat sini pagi tu nak makan apa makan la sebab pagi badan kita perlukan tenaga untuk lakukan aktiviti harian. Masuk tengah hari kurangkan portion. Kalau boleh separuh dari yang pagi. malam pulak makan sekadar yang ada je. Sebab malam kita dah start nak tidur. Jadinya tenaga tak banyak diperlukan. Masa tu baru la badan kita dapat bakar lemak-lemak yang ada. huhu.
Tips yang kedua - Jangan malas
" Atia macam mana nak turunkan berat badan..?"
" Kena banyak minum air kosong atleast 3 liter sehari"
" Alaaa nanti mesti terkencing-kencing.. MALAS la..."
" Atia ajar cara senam "
" Jom petang ni Atia ajar"
" Alaaa petang ni.. MALAS la pulak rasa"
yang ni paling susah kan. nak kurus tapi pemalas baik lupakan ajela ye kawan-kawan. korang kena cabar diri korang. Cuba psiko diri cakap aku dah bosan la gemok. Nak jugak kurus. Jangan sayang sangat lemak tu. Nanti tu la yang buat kita merana dikemudian hari.
Sebenarnya nak bersenam tak semestinya kena pergi joging kat taman atau pergi gym. Kalau korang buang perangai malas tu, kat tempat kerja pon korang boleh exercise. Contohnya kalau ofiz kat tingkat 5. Apa salahnya naik tangga. Mula-mula memang payah. Lama-kelamaan bila dah selalu buat konfem korang rasa seronok. Percayala.. huhu..
Tips yang ketiga - Tidur awal
Pernah dengarkan orang tua dulu-dulu selalu cakap
" Manalah tak gemok.. Tidur je keja kau.."
Ini mitos semata-mata. Dah kalau bangun je tidur lepastu kau melantak dua pinggan nasik lepastu kau tidur balik yang tu baru la boleh cakap makan tidor makan tidor.
Cara paling senang nak bakar kalori dalam badan sebenarnya ialah tidur. Sebab tu tidur yang berkualiti membantu dalam proses penurunan berat badan. Korang kena tidur sekurang-kurangnya 6 jam sehari.
Tapi benda paling senang ni la kadang-kadang susah bagi sesetengah orang. Isomnia adalah penyakit susah tidur yang tersangatla popular di kalangan orang-orang sekarang lagi-lagi yang berkerjaya. Atia paham sebab Atia pon ada masalah yang sama.
Nanti Atia share tips macam mana untuk senang tidur. Sebabnya Atia dulu pon pernah ada masalah yang sama. huhu..
Alhamdulillah berat Atia naik turun tapi badan masih maintain. Tak de la gemok macam dulu-dulu. Nak turunkan berat mudah sebenarnya. Nak kekalkan tu yang susah. So Atia setiap pagi amalkan tiga trio ni supaya Atia dapat kawal sikit cara pemakanan Atia.
Atleast dapat jauhkan Atia dari ketagih air manis. Ok la nanti kalau Atia rajin Atia share dengan korang benda-benda lain yang Atia buat selain tiga tips ni.
Tunggguuuuu.. huhuhu..
0 komen dari peminat setia