Hormon dan Wanita

4:40 PM

Assalamualaikum dan hai semua..

Hari nak throwback event me time dengan team mak minyak. Untuk sesi pertama kami berpeluang dengar perkongsian dari Doktor Norhaslinda dari Radiant Clinic (RC) yang bertajuk "Inside Me" Hormones Awareness. Banyak kami belajar pasal hormon wanita.


Mungkin ada yang tak paham kenapa makhluk yang bernama wanita ni punyai bermacam ragam. Semalam lain, harini dia lain, esok konfem lain. Semua ini berkaitan dengan hormon wanita. Jujur cakap hanya wanita je paham betapa sakitnya rasa ni. Kami bukan suka-suka nak jadi macam ni.

Selalu duk dengar orang cakap hormon tak balance la apela. Tapi bukan paham hormon apa yang dimaksudkan. Sekarang Atia baru paham kenapa kalau perempuan ada mood swing la apela tapi tak ada pada lelaki. Atia sebelom ni memang tak pikir pon pasal hormon-hormon ni. Budak fizik kan. Dah lama tinggal biology. Last masa sekolah je. Lepastu sepatah haram pasal biology Atia tak nak amik tau. hehehe.

Dari talk Dr Linda barula Atia paham beza Hormon Estrogen, Hormon Progesteron dan Hormon Testosteron. Ingatkan Hormon Testosteron tu ada kat lelaki je. Rupanya dua-dua ada tapi dalam jumlah yang berlainan.

Fungsi hormon adalah membawa pesan atau kimiawi antara sel atau antara kelompok sel. Badan manusia terdiri daripada pelbagai jenis hormon. Tapi hari ni Atia nak cerita pasal hormon wanita.

Dari kelas ni baru Atia terdedah berkenaan hormon-hormon wanita. Ada tiga jenis hormon wanita ni ; Hormon Estrogen, Hormon Progesteron dan Hormon Testosteron. setiap hormon ni ada fungsi masing-masing.  

********************
Hormon Estrogen adalah sekelompok senyawa steroid yang berfungsi terutama sebagai hormon seks wanita. Walaupun terdapat baik dalam tubuh lelaki mahupon wanita, kandungannya jauh lebih tinggi dalam tubuh wanita usia subur. Hormon ini menyebabkan perkembangan dan mempertahankan tanda-tanda kelamin sekunder pada wanita, seperti payudara, dan juga terlibat dalam penebalan endometrium mahupon dalam pengaturan cycle haid. Pada saat menopause, estrogen mulai berkurang sehingga dapat menimbulkan beberapa efek, di antaranya hot flash, berkeringat pada waktu tidur, dan kecemasan yang berlebihan.

********************
Hormon Progesteron merupakan hormon dari golongan steroid yang berpengaruh pada cycle menstruasi perempuan, kehamilan dan embriogenesis. Progesteron bersama dengan estrogen dihasilkan oleh kurpus luteum, iaitu sebuah kelenjar endokrin yang merupakan sisa dari folikel setelah terjadinya peristiwa ovulasi.

********************
Hormon Testosteron pula adalah hormon steroid dari kelompok androgen. Penghasil utama testosteron adalah testis pada lelaki dan indung telur (ovari) pada wanita, walaupun sejumlah kecil hormon ini juga dihasilkan oleh zona retikularis korteks kelenjar adrenal. Hormon ini merupakan hormon seks lelaki utama dan merupakan steroid anabolik. Baik pada lelaki mahupon wanita, testoren memegang peranan penting bagi kesihatan. Fungsinya antara lain adalah meningkatkan libido, energi, fungsi imun, dan perlindungan ada terhadap osteoporosis. Secara rata-rata, lelaki dewasa menghasilkan testosteron sekitar dua puluh kali lebih banyak daripada wanita dewasa. 

********************
Semakin berusia seseorang wanita, semakin berkurang penghasilan hormon ni. sebab tu bermacam - macam produk kat pasaran sekarang ni. kononnya boleh membantu meningkatkan hormon. Tapi tak salah kan untuk usaha. sebab Atia sendiri dapat rasa macam mana rasa sakit dia. ingat best ke kena PMS tu semua. huh..!!

Related image
Image result for estrogen level chart for female

Sepanjang nak melalui proses ni hanya Allah je yang tahu perasaan kami wanita-wanita ni. Jadinya lelaki kena la paham kenapa wanita terutama isteri-isteri anda perangai dia pelik-pelik. sebab kami wanita ni memang dicipta Allah sebagai makhluk yang sangat unik.

Image result for ppp young living review

Mungkin suami-suami soleh di luar sana boleh hadiahkan Progressence Phyto Plus ni pada isteri-isteri anda. Apa salahnya sekali sekala bagi reward yang bermanfaat pada mereka. isteri bahagia keluarga pasti bahagia. hehe..

Sempat promote. hehehehe..

You Might Also Like

0 komen dari peminat setia