Langkah untuk design plan diet

1:41 PM

Assalamualaikum dah hai semua..

Post Atia sebelum ini alhamdulillah dapat banyak pujian dari semua yang baca. Klik SINI bagi yang belom baca. Atia hanya menulis berdasarkan pengalaman. Sebab tu agak realistik dan logik. Terima kasih banyak-banyak pada yang sudi datang baca post Atia tu. Lagi best kalau korang follow supaya dapat belajar banyak lagi dari Atia. huhu..

Jadi harini Atia rasa seronok nak share dengan korang semua lebih detail apa maksud atia "Makan jangan tak makan" kalau nak turunkan berat badan.


Ramai orang salah sangka dengan maksud diet. Bagi diorang diet tu maksudnya tak boleh makan atau kurang makan. Siap ada yang sanggup puasa tambah sebulan lagi konon diet. Memang boleh kurus tapi berkualiti tak kurus tu..??

Kat sini korang kena paham maksud diet sebenarnya. Maksud diet ialah pengaturan pola makan seseorang individu. Dalam bahasa lebih senang apa yang kita makan setiap hari tu dipanggil diet. Jadinya dalam proses penurunan berat badan korang kena cipta satu diet yang sesuai dengan kondisi badan korang. Sebab itu proses penurunan berat badan berlainan untuk setiap individu.

So harini Atia nak share langkah yang Atia buat untuk design diet Atia sepanjang proses penurunan berat dari 78kg kepada 63kg. Untuk pengetahuan korang, sepanjang proses Atia nak turunkan berat badan ni Atia banyak buat kajian berdasarkan rujukan dari ebook Kevin Zahri dan jugak beberapa blog mat saleh yang Atia tak berapa nak ingat link dia.

********************
Langkah pertama

Kira defisit kalori. Mungkin korang pikir ni cliche tapi inilah yang paling realistik yang kita boleh buat kalau nak kurus cara sihat.

Cara untuk carik defisit kalori
1st kena carik Basal Metabolic Rate (BMR)
2nd dah dapat BMR kena kira pulak Daily Calorie Requirement (DCR)

Cara untuk kira BMR dan DCR ni akan Atia share entry seterusnya. Sebenarnya tak wajib pon kira sebab Atia sendiri tak ikut betol-betol. Tapi ini sekurangnya jadi batu aras untuk kita kawal pemakanan kita.

Langkah kedua

Senaraikan makanan paling suka, sederhana suka dan kurang suka. 

Contoh :

Breakfast : 
Paling suka : Nasik lemak, roti bakar, nasik/mee/mehun goreng, kuih muih
Sederhana suka : Roti canai, lontong
Kurang suka : tak ada (sebab Atia memang makan je semua benda)

Jadi dari senarai ni korang boleh reka pola makan korang macam mana. Jadinya benda yang korang kena buat ialah dalam sehari korang pilih SALAH SATU sahaja dari yang paling suka. Lepastu yang sederhana suka dan kurang suka tu korang terus tinggalkan. Kalau teringin sangat pon hadkan sebulan sekali je untuk jenis makanan ni. Jangan nak mengade lepas nasik lemak pergi bantai roti canai pulak. Korang nak kurus ke tak..??

Nak lagi bagus korang cuba ubah cara makan menu kesukaan korang tu. Contohnya nasik lemak. korang tukar nasik tu pada nasik putih. Sedap je rasa sebenarnya. Janji korang kenyang. Roti canai pulak korang boleh tukar pada capati. Serius capati lagi sedap kot dari roti canai. hehe..

Untuk makan tengah hari pulak buat cara yang sama tapi cuba kurangkan kuantiti kepada separuh dari yang breakfast. Bila makan biar makan sampai kenyang tapi jangan ikut nafsu. Nabi Muhamad SAW pon ajar kita 

" Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang "

Ada hikmah sebenarnya dari sunnah Baginda SAW. Lagi-lagi bagi yang nak kurus. Bila makan janganla ikut nafsu. Sebenarnya makan biarla sekadar cukup untuk bagi tenaga untuk buat kerja harian. Sebab tu digalakkan kira defisit kalori supaya ianya boleh jadi batu aras untuk kita tau jumlah makanan yang badan kita perlukan setiap hari. 

Langkah ketiga

Jangan bagi diri korang rasa lapar. Sebab bila korang lapar, kebarangkalian korang untuk makan banyak tinggi. Kononnya nak topup masa tak makan. merepek je semua tu. Jadinya apa yang korang kena buat sebenarnya makan kerap tapi dalam kuantiti yang sikit. 

Sebab tu budaya mat saleh ajar makan sehari atleast 6 kali sehari. Tapi orang Malaysia ni pergi salah anggap 6 kali tu semua makan berat-berat dan berminyak pulak tu. Lagi-lagi masa minum petang. pergi bantai goreng pisang bagai. Lupakan la misi nak kurus kalau gitu cara dia. heeeee~

Korang boleh amalkan makan snek berkhasiat untuk elak dari perut lapar. Masa ni la korang boleh topup vitamin-vitamin dalam badan dengan makan buah atau kekacang.

Paling penting jarakkan sekurang-kurangnya 4jam makan malam sebelum tidur. Tak salah kalau nak makan malam tapi pastikan jangan terlalu kenyang dan elak tidur selepas makan. Kesian kat perut kita nanti.

********************


Harap-harap korang faham apa yang Atia cuba sampaikan ni. Perkongsian ni hanya dasar bagi nak cerita apa yang Atia buat sepanjang proses penurunan berat badan. Jadi next entry Atia akan ajar korang cara kira defisit kalori dan terangkan apa pentingnya untuk tahu.

Image result for grapefruit essential oil weight loss results

Favourite essential oil untuk kurus. huhu..

Jom kurus dan cantik cara sihat.. huhu..


You Might Also Like

0 komen dari peminat setia