Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
facebook Instagram youtube

kisah seorang gadis melayu

    • Home
    • Atia Amir
    • Tarikh penting
    • Surat Khabar
    Assalamualaikum dan hai semua..

    Sekarang kat pasaran banyak jual produk-produk kecantikan. Tapi kebanyakannya semua tertumpu pada muka.

    Paling ingat ayat dari Datuk Aliff Syukri

    " EEEEEE..!!!! Muka je putih badan hitam.."

    Tapi itulah hakikatnya. Kebanyakan wanita terlalu menitikberatkan soal kecantikan muka tapi lupa pada kecantikan tubuh badan. Terutamanya bahagian bawah lengan atau dalam bahasa mudahnya ketiak. Kadang-kadang Atia tak boleh tahan gelak bila ternampak yang jenis ketiak hitam siap berbulu. Maafkan saya. Berpikiran positif mungkin kulit dia sensitif menyebabkan dia tak boleh cukur selalu.


    Kulit bawah lengan adalah bahagian yang sensitif dan mencabut bulu pada bahagian tersebut akan menyebabkan bulu tumbuh ke dalam kulit dan pembesaran pori-pori pada kulit bawah lengan. Kaedah alternatif juga tidak sempurna, apabila mencukur bulu, tekanan bilah pada kulit yang tidak rata pula akan mengakibatkan luka-luka kecil . Di samping itu, serpihan yang disingkirkan semasa mencukur juga mengandungi sebanyak 36% kulit! Pembuangan bulu bawah lengan boleh merosakkan kulit dan sering menjadi punca kerengsaan pada kulit bawah lengan.

    Oleh itu, NIVEA memperkenalkan NIVEA Protect & Care, deodoran yang diperkayakan dengan esen NIVEA crème, warisan krim kecantikan yang berkualiti dengan formulasi penjagaan tersendiri dan haruman yang lembut. Deodoran Protect&Care NIVEA memberikan kulit anda perlindungan yang berpanjangan sehingga 48 jam memberikan anda kesegaran sepanjang hari, formula inovatifnya yang lembut juga menyuburkan dan memberikan anda bawah lengan yang lembut dan licin.

    “Di NIVEA, kami percaya bahawa penjagaan kulit dapat melindungi dan menjaga kulit pada seluruh badan anda termasuk bahagian bawah lengan. Dalam kehidupan seharian yang sibuk, kita sering mengabaikan perkara yang kecil seperti kerosakan kulit yang disebabkan oleh mencukur dan mencabut bulu bawah lengan. Bahagian bawah lengan kita memerlukan penjagaan yang lebih teliti, oleh itu deodoran Protect & Care NIVEA menawarkan perlindungan dan penjagaan yang terdapat dalam semua produk NIVEA, bagi memenuhi keperluan kita pada kulit bawah lengan,” kata Ng Hock Guan Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia & Singapura.


    Terima kasih pada NIVEA kerana memberi peluang pada Atia mencuba sendiri kehebatan NIVEA Protect & Care ni. Botol berwarna biru yang menawan ( asal biru je cantik sebab warna kegemaran ) memang menarik hati untuk bawa pergi mana-mana. Sampai ke Melaka pon dia ikut tau.


    Sepanjang Atia pakai NIVEA Protect & Care memang betol bau dia tahan lama. Jadi sesuai sangat pada yang malas mandi atau mandi dua hari sekali. hahahaha.. Paling suka yang spray sebab senang apply. Tambahan pulak ada fungsi lock pada penyembur bagi memastikan tak membazir jika tersalah tekan.

    Bawah lengan pulak terasa selesa dan berbau nyaman. Kering sentiasa walaupon berpeluh. Atia memang jenis yang aktif dan tak tau duduk diam. Ada je aktiviti nak buat. Memang sesuai sangat dengan Atia. Dah tak perlu segan bila buat aktiviti lasak.

    Kadang-kadang kalau kat gym, Atia selalu risau tentang bau ketiak ni. Kadang-kadang tengah-tengah workout tetiba bau. Laju-laju lari pergi toilet nak periksa. Rupanya bau tu bukannya datang dari Atia. Punya la tak konfiden dengan diri sendiri. Tapi sekarang tak lagi. sebab yakin dengan NIVEA Protect & Care deodoran.



    Selari dengan nilai penjagaan teras NIVEA, deodorant Protect & Care NIVEA akan menganjurkan NIVEA Care Run yang turut menampilkan aktiviti berbentuk pendidikan untuk meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kulit bawah lengan. Pek hadiah eksklusif NIVEA Protect & Care yang terdapat dalam kit larian membolehkan para peserta berkongsi cara-cara penjagaan bawah lengan dengan rakan-rakan dan keluarga mereka. Mereka juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dalam cabutan bertuah yang akan diadakan pada hari yang sama. Detail acara adalah seperti berikut.
    Tarikh : 29 Oktober 2017 (Ahad)
    Masa : 7 am
    Tempat : Presint 6 Putrajaya
    Acara Larian : 5km
    Yuran Penyertaan : RM65

    Setiap peserta akan menerima kit larian dan barangan NIVEA bernilai lebih daripada RM100. Deodoran Protect & Care NIVEAroll-on 50ml dan Deodoran NIVEA Protect & Care Spray 150ml masing-masing dijual pada harga RM17.50 dan RM11.30 di semua kedai dan farmasi pasar raya dan pasar raya hyper seluruh negara. Layari www.facebook.com/mynivea untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk NIVEA.


    Selain itu, sebahagian daripada yuran penyertaan yang diperolehi melalui acara larian ini akan didermakan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG), sebuah badan amal yang mengutip dan mengagihkan dana untuk rakyat Malaysia yang memerlukan. Dengan sasaran untuk mencapai 3,000 peserta, setiap peserta larian secara tidak langsung akan memberi sumbangan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan dari segi pendidikan dan kesihatan. 

    Acara ini akan turut disertai oleh selebriti terkenal seperti Siti Saleha, Nadia Heng dan Fiqrieyang akan bertemu, beramah mesra dan memberi sokongan kepada para peserta di acara larian ini. 

    Ini adalah peluang anda untuk menyertai acara yang berseronok ini, disamping menyumbang kepada golongan yang memerlukan! Daftarkan diri anda dilaman web www.niveacarerun.com.my. 

    Tak sabar nak berlari bila tengok kit larian. Memang penaik semangat. Jumpa korang kat sana. huhu..

    Lets run..


    Continue Reading
    Assalamualaikum dan hai semua..

    Macam yang dijanjikan semalam hari ni Atia nak share macam mana Atia hilangkan kesan sunburn kat muka ni. Yela dah sedap-sedap berjemur masa main bola jaring lepastu tambah pulak dengan Trip Pulau Sasaran agak-agak la level sunburn tu macam mana.

    Bila search google banyak cadangan cara nak hilangkan sunburn. Antaranya scrub muka. Tapi nak beli scrub kat kedai rasa macam membazir. Sebab Atia bukan jenis konsisten pakai benda-benda macam ni. Nanti akhirnya terbuang je benda tu. 

    Jadinyer Atia decide untuk buat sendiri scrub muka. Atia guna je barang-barang yang ada kat dapor lepastu gabungkan dengan essential oil. Tapi jangan pikir pakai sekali terus hilang. Masih amik masa untuk hilang. Paling cepat pon seminggu.


    Essential oil kat atas ni antara essential oil yang Atia guna untuk buat scrub muka ni. Lavender Essential Oil kalau search kat google ramai cakap memang boleh membantu untuk hilangkan kesan sunburn. Cedarwood Essential Oil pulak memang elok untuk kulit. Tea Tree Essential Oil pulak memang terkenal untuk hilangan bakteria dan kuman dan akhir sekali Orange Essential Oil untuk membantu pemulihan kulit.


    Untuk barang-barang dapor yang Atia maksudkan pulak macam gambar kat atas tak lain tak bukan gula dan madu. Senang je sebenarnya. Campurkan aje semua bahan-bahan ni.

    Resipe Scrub Gadis Melayu Style
    1. 5 sudu gula
    2. 5 sudu madu
    3. 5 titik setiap (Cedarwood, Lavender, Tea Tree) Essential Oil
    4. 3 titik Orange Essential Oil

    Senang je kan. Tak rumit pon. Resipe kat atas ni Atia buat cukup untuk pakai 2 kali seminggu selama sebulan.


    Kacau semua ramuan-ramuan ni bagi rata. Memang nampak agak melekit. Sebab guna madu kan. Lepastu Atia simpan dalam bekas yang comel macam kat bawah ni then simpan dalam peti ais. Bila nak pakai Atia camporkan dengan Virgin Coconut Oil (VCO) nak bagi dia lembut sebab bila madu masuk peti ais dia akan jadi berketul.


    Cara pakai senang je. Sama macam scrub-scrub yang lain. Ratakan pada kulit muka lepastu urut muka dalam betuk pusingan secara perlahan-lahan.


    Tunggu dalam 30 minit sebelum basuh semua kesan scrub kat muka. Sebab nak bagi masa kat semua bahan-bahan ni serap dalam kulit. InsyaAllah lama-lama hilang la sunburn anda. Kalau rajin lagi boleh guna untuk scrub badan jugak. Yang bestnya selain scrub Atia dapat effect aromaterapi daripada essential-essential oil yang Atia camporkan. syok betol. huhu..

    Selamat mencuba. Nanti Atia share benda lain pulak untuk next entry.

    Entry berkaitan :
    Cabaran Team Mak Minyak
    Apa itu Essential Oil dan Aromaterapi
    I love Peppermint
    Jom Kurus dengan Lemon
    Lavender bukan sekadar pewangi tandas
    Anak mithali.. heeeee~
    Orang kentut kat sebelah pon tak perasan.. hahahahaha..
    #supportSEAgames katanyer
    Beronok-ronok semalam.. Bersakit-sakit harini.. adeih..
    Trip to Alor Setar - Part 1
    Trip to Alor Setar - Part 2
    Orange penaik semangat
    Trip Alor Setar - Part 3
    Thieves Waterless Hand Purifier
    Kuala Selangor trip - Part 1 (Sky Mirror, Sasaran Island) 
    Cara Atia hilangkan rasa sakit "Sunburn" kat muka

    Will be continued..




    Continue Reading
    Assalamualaikum dah hai semua..

    Harini Atia nak share macam mana Atia hilangkan rasa sakit sunburn di muka. Ramai cakap (orang cakap ye bukan saje nak perasan) yang dorang tak nampak pon beza sunburn kat muka. Tapi bila bukak tudung dah macam pakai topeng wei. Adik Atia siap perli lagi dah putih pergi gatal-gatal berjemur dah kenapa. Dia jeles la tu dia tak dapat pergi tempat best macam Pulau Sasaran. hehehe..

    Selalunya kalau sunburn effect dia mesti kulit mnggelupas tak pon pedih-pedih kat muka. Alhamdulillah pedih-pedih kat muka tu tak ada tapi ada menggelupas sikit je. Itu pon nampak bila Atia cuba nak apply bedak kat muka.


    Gambar kat atas ni untuk gambar sebelum masa ni baru lepas jadi volunteer larian sarapan milo. Masa ni pon Atia lupa nak bawak krim untuk pakai kat muka. Jadinya memang muka kosong-kosong jela. Sedap la matahari membaham.

    Yang selepas tu betol-betol seminggu lepas program. Boleh nampak perbezaan kat parut muka kat pipi Atia tu. Yang sebelum tak jelas sebab muka gelap. Yang selepas sebab kulit dah ok sikit nampak jelas pulak parut tu.


    Nasib baik yang atas ni tak lupa bawak. Sepanjang program Atia sembur kat muka bagi rasa segar. Tak dela rasa menyengat panas matahari. Tenang sikit nak buat kerja. Alhamdulillah tak sakit pon masa kena sunburn tu. Yang ni umpama face mist bagi Atia. Sembur je bila-bila masa kat muka bila suka. 

    Cuma campurkan essential oil lavender dan essential oil peppermint dengan air je. Senang dan mudah. Jimat pon ye sebab guna beberapa titik je. Boleh refill bila-bila masa kalau dah habis. Jadi pakai la sekerap mana pon.

    Lavender memang terkenal dengan effect penyembuhan pada kulit. Manakala peppermint Atia saje je campur untuk bagi effect segar kat muka. 

    Dengan essential oil sebenarnya kita boleh DIY sendiri skincare kita. Nanti Atia share macam mana nak bagi hilang gelap sunburn tu.

    Entry berkaitan :
    Cabaran Team Mak Minyak
    Apa itu Essential Oil dan Aromaterapi
    I love Peppermint
    Jom Kurus dengan Lemon
    Lavender bukan sekadar pewangi tandas
    Anak mithali.. heeeee~
    Orang kentut kat sebelah pon tak perasan.. hahahahaha..
    #supportSEAgames katanyer
    Beronok-ronok semalam.. Bersakit-sakit harini.. adeih..
    Trip to Alor Setar - Part 1
    Trip to Alor Setar - Part 2
    Orange penaik semangat
    Trip Alor Setar - Part 3
    Thieves Waterless Hand Purifier
    Kuala Selangor trip - Part 1 (Sky Mirror, Sasaran Island) 

    Will be continued..




    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Gadis Melayu

    Photo Profile

    Kisah seorang gadis melayu bernama Atia

    Dulu acah2 nak jadik engineer. akhirnya jadilah lecturer. huhu..

    Dulu gemok sekarang sedang2 je. Kaki gym, kaki fitness dan macam2 kaki. Yang pasti bukan kaki penipu.. huhu..


    Nuffnang

    Team Mak Minyak

    Team Mak Minyak

    Cerita Lama

    • ▼  2018 (7)
      • ▼  July 2018 (1)
        • Berkongsi Rezeki, Yayasan Qaseh ZY Phyto
      • ►  May 2018 (1)
      • ►  March 2018 (2)
      • ►  February 2018 (1)
      • ►  January 2018 (2)
    • ►  2017 (35)
      • ►  December 2017 (3)
      • ►  November 2017 (4)
      • ►  October 2017 (5)
      • ►  September 2017 (7)
      • ►  August 2017 (16)
    • ►  2016 (1)
      • ►  January 2016 (1)
    • ►  2015 (17)
      • ►  December 2015 (1)
      • ►  November 2015 (1)
      • ►  October 2015 (1)
      • ►  September 2015 (1)
      • ►  August 2015 (1)
      • ►  July 2015 (1)
      • ►  June 2015 (1)
      • ►  May 2015 (1)
      • ►  April 2015 (1)
      • ►  March 2015 (1)
      • ►  February 2015 (4)
      • ►  January 2015 (3)
    • ►  2014 (34)
      • ►  December 2014 (2)
      • ►  November 2014 (4)
      • ►  October 2014 (4)
      • ►  September 2014 (4)
      • ►  August 2014 (2)
      • ►  July 2014 (2)
      • ►  June 2014 (4)
      • ►  May 2014 (5)
      • ►  April 2014 (1)
      • ►  March 2014 (1)
      • ►  February 2014 (1)
      • ►  January 2014 (4)
    • ►  2013 (26)
      • ►  December 2013 (3)
      • ►  November 2013 (2)
      • ►  October 2013 (4)
      • ►  September 2013 (4)
      • ►  August 2013 (1)
      • ►  July 2013 (2)
      • ►  June 2013 (1)
      • ►  May 2013 (2)
      • ►  April 2013 (2)
      • ►  March 2013 (1)
      • ►  February 2013 (1)
      • ►  January 2013 (3)
    • ►  2012 (57)
      • ►  December 2012 (4)
      • ►  November 2012 (2)
      • ►  October 2012 (6)
      • ►  September 2012 (12)
      • ►  August 2012 (8)
      • ►  July 2012 (3)
      • ►  June 2012 (5)
      • ►  May 2012 (2)
      • ►  April 2012 (4)
      • ►  March 2012 (3)
      • ►  February 2012 (2)
      • ►  January 2012 (6)
    • ►  2011 (584)
      • ►  December 2011 (6)
      • ►  November 2011 (8)
      • ►  October 2011 (21)
      • ►  September 2011 (26)
      • ►  August 2011 (71)
      • ►  July 2011 (129)
      • ►  June 2011 (99)
      • ►  May 2011 (68)
      • ►  April 2011 (73)
      • ►  March 2011 (83)

    Kawan2 Gadis Melayu

    Facebook Badge



    Create Your Badge

    Popular Posts

    • gara2 pakai contact lens koyak..
    • janda 18 tahun
    • Kolej Matrikulasi Selangor
    • Harimau Garang..

    Labels

    #TeamMakMinyak 30 hari cabaran blog Ekspedisi Berbasikal 1 Malaysia Pekan-Putrajaya Essential Oil Young Living lawak wordless wednesday
    facebook Twitter instagram pinterest bloglovin google plus tumblr

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top