Orange penaik semangat

6:22 PM

Assalamualaikum dah hye semua..

Harini nak bercerita pasal favourite essential oil Atia. Asal perkenalan Atia dengan essential oil ni atas ehsan kak Shida yang merupakan ketua team mak minyak yang sudi hadiahkan essential oil ni bagi sesiapa yang mendaftar dibawah ahli team mak minyak.

Essential oil ni antara essential oil paling murah yang dijual di Young Living. Siapa cakap semua essential oil mahal.. huhu..


Essential oil yang Atia maksudkan ialah Orange Essential Oil. Serius bau dia tersangat la best. Rasa nyaman je bila bau. Baru bukak penutup dah semerbak bau dia keluar. Sesiapa pon kenal tu bau orange.

Ikutkan ramai orang tau khasiat orange ni. Antara 10 kebaikan orange yang selalu kita dengar.


Tapi untuk essential oil, ianya bukan extract dari buah. Tetapi kulit orange tu sendiri. Selalunya kita kalau makan orange mesti kulitnya dibuang. Tapi sebenarnya kat kulit tu menyimpan pelbagai khasiat jugak.


Tapi mustahil la kan untuk kita telan kulit tu. Sebab tu wujud jeruk kulit orange atau limau. Tapi masalahnya tu dah dikira makanan proses. Jumlah gula pon agak tinggi. Tak pasal-pasal dapat pulak penyakit lain ye dak. Sebab tu Atia tertarik dengan essential oil orange.

Atia paling suka diffuse essential oil orange sebenarnya. Selalu jadi orang kata pemberi semangat dan penaik mood bila bekerja. Betol la orang cakap yang bau memang boleh merangsang semangat seseorang. 

Nanti Atia sambung lagi cerita pasal trip Alor Setar. Ok la Atia nak sambung menikmati aroma orange kat diffuser. hehehe..

Entry berkaitan :
Orang kentut kat sebelah pon tak perasan.. hahahahaha..




You Might Also Like

0 komen dari peminat setia