NIVEA Protect & Care Deodoran

1:36 PM

Assalamualaikum dan hai semua..

Sekarang kat pasaran banyak jual produk-produk kecantikan. Tapi kebanyakannya semua tertumpu pada muka.

Paling ingat ayat dari Datuk Aliff Syukri

" EEEEEE..!!!! Muka je putih badan hitam.."

Tapi itulah hakikatnya. Kebanyakan wanita terlalu menitikberatkan soal kecantikan muka tapi lupa pada kecantikan tubuh badan. Terutamanya bahagian bawah lengan atau dalam bahasa mudahnya ketiak. Kadang-kadang Atia tak boleh tahan gelak bila ternampak yang jenis ketiak hitam siap berbulu. Maafkan saya. Berpikiran positif mungkin kulit dia sensitif menyebabkan dia tak boleh cukur selalu.


Kulit bawah lengan adalah bahagian yang sensitif dan mencabut bulu pada bahagian tersebut akan menyebabkan bulu tumbuh ke dalam kulit dan pembesaran pori-pori pada kulit bawah lengan. Kaedah alternatif juga tidak sempurna, apabila mencukur bulu, tekanan bilah pada kulit yang tidak rata pula akan mengakibatkan luka-luka kecil . Di samping itu, serpihan yang disingkirkan semasa mencukur juga mengandungi sebanyak 36% kulit! Pembuangan bulu bawah lengan boleh merosakkan kulit dan sering menjadi punca kerengsaan pada kulit bawah lengan.

Oleh itu, NIVEA memperkenalkan NIVEA Protect & Care, deodoran yang diperkayakan dengan esen NIVEA crème, warisan krim kecantikan yang berkualiti dengan formulasi penjagaan tersendiri dan haruman yang lembut. Deodoran Protect&Care NIVEA memberikan kulit anda perlindungan yang berpanjangan sehingga 48 jam memberikan anda kesegaran sepanjang hari, formula inovatifnya yang lembut juga menyuburkan dan memberikan anda bawah lengan yang lembut dan licin.

“Di NIVEA, kami percaya bahawa penjagaan kulit dapat melindungi dan menjaga kulit pada seluruh badan anda termasuk bahagian bawah lengan. Dalam kehidupan seharian yang sibuk, kita sering mengabaikan perkara yang kecil seperti kerosakan kulit yang disebabkan oleh mencukur dan mencabut bulu bawah lengan. Bahagian bawah lengan kita memerlukan penjagaan yang lebih teliti, oleh itu deodoran Protect & Care NIVEA menawarkan perlindungan dan penjagaan yang terdapat dalam semua produk NIVEA, bagi memenuhi keperluan kita pada kulit bawah lengan,” kata Ng Hock Guan Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia & Singapura.


Terima kasih pada NIVEA kerana memberi peluang pada Atia mencuba sendiri kehebatan NIVEA Protect & Care ni. Botol berwarna biru yang menawan ( asal biru je cantik sebab warna kegemaran ) memang menarik hati untuk bawa pergi mana-mana. Sampai ke Melaka pon dia ikut tau.


Sepanjang Atia pakai NIVEA Protect & Care memang betol bau dia tahan lama. Jadi sesuai sangat pada yang malas mandi atau mandi dua hari sekali. hahahaha.. Paling suka yang spray sebab senang apply. Tambahan pulak ada fungsi lock pada penyembur bagi memastikan tak membazir jika tersalah tekan.

Bawah lengan pulak terasa selesa dan berbau nyaman. Kering sentiasa walaupon berpeluh. Atia memang jenis yang aktif dan tak tau duduk diam. Ada je aktiviti nak buat. Memang sesuai sangat dengan Atia. Dah tak perlu segan bila buat aktiviti lasak.

Kadang-kadang kalau kat gym, Atia selalu risau tentang bau ketiak ni. Kadang-kadang tengah-tengah workout tetiba bau. Laju-laju lari pergi toilet nak periksa. Rupanya bau tu bukannya datang dari Atia. Punya la tak konfiden dengan diri sendiri. Tapi sekarang tak lagi. sebab yakin dengan NIVEA Protect & Care deodoran.



Selari dengan nilai penjagaan teras NIVEA, deodorant Protect & Care NIVEA akan menganjurkan NIVEA Care Run yang turut menampilkan aktiviti berbentuk pendidikan untuk meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kulit bawah lengan. Pek hadiah eksklusif NIVEA Protect & Care yang terdapat dalam kit larian membolehkan para peserta berkongsi cara-cara penjagaan bawah lengan dengan rakan-rakan dan keluarga mereka. Mereka juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dalam cabutan bertuah yang akan diadakan pada hari yang sama. Detail acara adalah seperti berikut.
Tarikh : 29 Oktober 2017 (Ahad)
Masa : 7 am
Tempat : Presint 6 Putrajaya
Acara Larian : 5km
Yuran Penyertaan : RM65

Setiap peserta akan menerima kit larian dan barangan NIVEA bernilai lebih daripada RM100. Deodoran Protect & Care NIVEAroll-on 50ml dan Deodoran NIVEA Protect & Care Spray 150ml masing-masing dijual pada harga RM17.50 dan RM11.30 di semua kedai dan farmasi pasar raya dan pasar raya hyper seluruh negara. Layari www.facebook.com/mynivea untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk NIVEA.


Selain itu, sebahagian daripada yuran penyertaan yang diperolehi melalui acara larian ini akan didermakan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG), sebuah badan amal yang mengutip dan mengagihkan dana untuk rakyat Malaysia yang memerlukan. Dengan sasaran untuk mencapai 3,000 peserta, setiap peserta larian secara tidak langsung akan memberi sumbangan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan dari segi pendidikan dan kesihatan. 

Acara ini akan turut disertai oleh selebriti terkenal seperti Siti Saleha, Nadia Heng dan Fiqrieyang akan bertemu, beramah mesra dan memberi sokongan kepada para peserta di acara larian ini. 

Ini adalah peluang anda untuk menyertai acara yang berseronok ini, disamping menyumbang kepada golongan yang memerlukan! Daftarkan diri anda dilaman web www.niveacarerun.com.my

Tak sabar nak berlari bila tengok kit larian. Memang penaik semangat. Jumpa korang kat sana. huhu..

Lets run..


You Might Also Like

0 komen dari peminat setia