manfaatkan masa2 single

11:40 PM

tadi aku pergi jusco. teman adik aku kononnyer dia ada reunion. tapi aku tak join pown reunion dorang. aku amik keputusan jalan sorang2. sampai2 jer jusco benda pertama aku buat pergi panggung wayang. usha cerita ape yang best.

tetiba rasa teringin nak tengok wayang sorang2. seumur hidup aku belum pernah lagi aku buat benda tue. jadi aku pown amik keputusan beli tiket untuk tengok cerita cars 2 3D. first time jugak sebenarnyer tengok 3D.

sebelum masuk pawagam sempat la aku shopping sikit. aku beli pendrive, lip ice ngan eye liner. lip ice ngan eye liner yang aku ada sekarang dah selamat dijahanamkan oleh adik aku. nak tak nak terpaksa beli baru. adoyai. sempat jugak beli cokelat kit kat ngan air asam jawa bekal untuk buka nanti.

masa masuk tue boleh pulak deret tempat aku tue betol2 ada aku dan sorang mamat nie. kalau ikut seat aku kena duduk betol2 sebelah dia. tapi memang tak la. aku selang kerusi dengan dia. hehehe..

memang tak ramai yang tengok wayang masa tue. yela dah nak dekat masuk waktu berbuka. start pukul 5.45ptg. konfem2 la habis 7.30 ye dak. tapi aku gamble jer sebab pikir mesti semua restoran penuh. malas la nak ramai2 orang nie. dah la aku sorang jer.

cerita tue best la jugak. paling aku suka moral of the story. persahabatan lebih mahal dari perbalahan. kalau tak bergaduh bukan kawan namanyer. tapi jangan la pasal benda2 macam nie kita gadaikan nilai persahabatan kita. betol tak.


keluar jer dari wayang aku pergi surau untuk solat magrib. aku bajet tak dela ramai orang sebab mesti dorang tengah sibuk berbuka. tapi andaian aku silap. Ya Allah penuhnyer orang. terpaksa berhimpit nak masuk surau. alhamdulillah walaupown ramai orang aku tak dela terpaksa menunggu lama sangat.

habis jer solat aku terus pergi bahagian restoran. tengah lapor nie. buka puasa dengan cokelat kit kat jer. tapi tak sangka ramai lagi yang belom berbuka. semua restoran orang beratur panjang nak masuk. aku pown dah tak tau nak makan kat mana. naek tingkat atas pown macam tue jugak. last2 aku amik keputusan makan kat rasamas jer. naseb baek ada tempat. fuuuhhh..


ape pown aku enjoy jalan sorang2 kat jusco. bebas nak pergi mana pown. bukan selalu boleh buat macam nie. tetiba teringin lak nak cuba kat Kuantan nanti. tengokla macam mana. huhuhu..

  manfaatkan masa single yang ada. hehehe..



You Might Also Like

4 komen dari peminat setia

  1. betul...

    manfaatkan setiap detik semasa single. =D

    ReplyDelete
  2. Syara Mohammad: yes i loike.. hihihi..

    ~ch@wi~: belom ada jodoh lg ntuk berdua.. heeeee~

    ReplyDelete
  3. aq start tahun ni tgk benda 3d ni,terus jatuh hati walopon kawan aq xabis2 cakap 3d xbest,pening kpala suma,tapi memang aq suka la cuma wayang kat jepun orang die xbest sikit,hahaha

    ReplyDelete