Pelancong Amerika yang Sombong

10:00 PM

satu hari seorang pelancong USA dengan eksyennya menyewa teksi untuk melancong di KL. pemandu teksi itu membawanya ke Menara Daya Bumi. Mr John inilah Menara Daya Bumi. dibuat dari mammar putih. bila malam ia berkilauan. kami ambil masa setahun untuk menyiapkannya. kata pemandu teksi dengan bangga.

ceh..kalau di USA. bangunan ini kami boleh siapkan dalam masa sebulan sahaja. kata pelancong tadi dengan belagaknya. pemandu teksi tadi terkedu. untuk menunjukkan kecanggihan KL pelancong tadi dibawa ke Menara KL. Mr John inilah Menara Telekomunikasi yang canggih. Kami mengambil masa err... dua bulan untuk menyiapkannya.

kata pemandu teksi sambil menyerkap jarang untuk melawan keegoan pelancong USA tadi. oh... kalau di USA bangunan ini dapat disiapkan dalam masa dua minggu sahaja. kata pelancong tadi dengan belagaknya.

merah padamlah pemandu teksi tadi. sambil memandu pemandu teksi tadi terus meluncur melintasi KLCC. sambil bersiul pemandu teksi tadi tidak berkata apa-apa pun melainkan terus memandu.

pelancong tadi dengan tersengih menyindir. Che Mat, berapa lama masa diambil oleh negara kamu untuk menyiapkan bangunan itu. kata pelancong tadi sambil menunjukkan ke arah KLCC.

APA? kata pemandu teksi tadi. mana bangunan? kata pemandu itu lagi kehairanan. itu, yang tinggi tu. kata pelancong tadi sambil menunjukkan KLCC. La......Usupadora...


entahlah Mr John. semalam saya lalu kat sini takda pulak bangunan ini . bila pulak bangunan ini tumbuh. this impossible. kata pemandu teksi itu sambil mengerutkan muka. Mr John terdiam sambil menyesal.

padan muka Mr John..:p

You Might Also Like

1 komen dari peminat setia