Kuala Selangor trip - Part 3 (tutorial melompat)

5:31 PM

Assalamualaikum dan hye semua..

Mesti korang ingat ada satu masa trend tangkap gambar melompat viral kat media sosial. Bagi kami trend ni satu seni tangkap gambar yang wajib kami buat bila ada peluang. Jadi harini Atia nak kongsi gambar sebalik tabir gambar melompat kitorang kat Pulau Sasaran. huhu..


Kalau korang betol-betol perati masing-masing ada cara tersendiri untuk melompat. Tapi trick sebenar untuk dapat hasil gambar melompat yang cantik ialah 

1. Orang yang tangkap gambar kena tau angle macam mana nak amik gambar. Ikutkan Atia lompat takdela tinggi mana.

2. Masa nak berlepas untuk lompatan cuba carik anjakan. Ikut keselesaan korang la. Nak bengkok lutut dulu ke camner. Yang ni penting korang kena hati-hati supaya tak cedera masa lompat.

3. Masa lompat tu pastikan kaki dilipat. Tak kesahla lipat macam mana janji lipat. Ini lah rahsia macam mana nak nampak yang kita lompat tinggi. Padahal tak larat nak lompat tinggi-tinggi sebab badan berat. hehe..

4. Orang putih cakap practice makes perfect. Lama-lama jadila tu.

Sebenarnya bukanla tutorial sangat pon. Saje je nak berkongsi. Mungkin boleh jadi panduan. Atia memang wajib ada gambar lompat kalau pergi mane-mane. Saje buat koleksi. hehehe.

Will be continued.. 

You Might Also Like

0 komen dari peminat setia