Kuala Selangor trip - Part 2 (Sky Mirror, Sasaran Island)
12:45 PM
Assalamualaikum dan hye semua..
Jom Atia sambung lagi cerita pasal trip ke Kuala Selangor. Punyela lama cuti jadi nya blog ni pon terpaksa cuti jugak. huhu..
Sesampai nya kitorang kat Pulau Sasaran tu terus berlari carik port nak tangkap gambar. Punyela ramai orang masa tu. Alhamdulillah cuaca pon walaupon agak redup tapi kitorang masih berpeluang dapat hasil gambar yang cantik. Sebab ikut pada crew agensi yang bawak kitorang kat sana, sebenarnya cuaca hari tu agak tak berapa elok. Ikutkan kalau nak hasil gambar yang betol-betol cantik kena pergi masa matahari terik.
Tak pela sekurang-kurangnya kurang sikit la muka kitorang tak teruk sangat kena sunburn. Kalau tak jenuh la nak me repare kulit.
Paling best pakej yang kitorang bayar kat agensi termasuk khidmat tangkap gambar sekali. Ikutkan ada teknik untuk dapat gambar bercermin macam ni. Hanya yang betol-betol berpengalaman je tau macam mana nak carik angle gambar macam ni. Siap buat kuak lentang atas lumpur. Kau mampu..??? hahahaha..
Dorang ada sediakan props untuk bergambar. Ikutkan banyak. Cuma kitorang tak pandai nak guna sangat props-props yang disediakan. Gambar atas ni atas saranan crew je. huhu..
Walaupon matahari tak berapa nak terik hari tu, tapi masih lagi mampu menggelapkan cermin mata Atia. Tetiba rasa macam pakai spek mata hitam pulak. Patutla rasa mendung je sentiasa. hehehe..
Boleh nampak kan betapa ramainya orang yang teruja untuk datang ke sini. Perkhidmatan agensi pon sangat tiptop. Dari mula naik bot sampaila dah turun bot. Setiap group yang pergi akan ada satu crew yang ikut. Sepanjang perjalanan nak ke Pulau Sasaran tu crew-crew ada bercerita serba sedikit tentang tempat yang kitorang lalu atau singgah. Memang Atia rekomen la kalau sesiapa yang berminat nak pergi Pulau Sasaran ni.
Bagi Atia perkhidmatan agensi ni tersangatla tiptop. Sangat tepati masa dan layanan 1st class. Siap ada perkhidmatan cuci kasut lagi. Atia sampai teruja dengan layanan dari agensi ni. Over kan. hehehe..
Owh ye harga pakej pon tersangat la berbaloi.
RM70/pax untuk dewasa
RM55/pax untuk kanak-kanak
Pakej termasuk
- Transport pergi dan balik ke Pulau Sasaran dari jeti yang ditetapkan.
- Peralatan keselamatan seperti jaket keselamatan dan sebagainya
- Props untuk bergambar
- Nasi Lemak atau roti berserta air mineral
- Travel insurance, Medical coverage Rm500 and accidental death and disability-Rm10,000.00
Free perkhidmatan tangkap gambar oleh crew-crew agensi.
Memang berbaloi sangat. huhu..
Ikutkan banyak gambar lagi. Atia kongsi kat next post ya.
To be continued...
Free perkhidmatan tangkap gambar oleh crew-crew agensi.
Memang berbaloi sangat. huhu..
Ikutkan banyak gambar lagi. Atia kongsi kat next post ya.
To be continued...
0 komen dari peminat setia