Kuala Selangor trip - Part 4 (kelip-kelip Kampung Kuantan)

5:33 PM

Assalamualaikum dan hai semua..

Jom Atia nak sambung cerita trip Kuala Selangor walaupon dah hampir basi. Agak busy jugak kebelakangan ni tambahan banyak sangat cuti. Menjadikan mood menulis agak kelaut. Hampir jugak jadi blogger hangat-hangat taik ayam. ngeeee~

Ok berbalik pada cerita trip Kuala Selangor. Lepas puas berjimba kat Pulau Sasaran, malam tu kitorang amik keputusan untuk buat trip ke Kampung Kuantan untuk tengok kelip-kelip. Seumur hidup Atia tak pernah langsung tengok kelip-kelip. Siap hairan lagi macam mana kelip-kelip boleh bercahaya. Alhamdulillah diberi peluang oleh Allah untuk melihat sendiri kewujudan makhluk indah di waktu malam ciptaanNya.


Tapi yang kelakarnya bayangan Atia masa nak pergi tengok kelip-kelip tu tersangatla indah. Siap bayang kelip-kelip tu terbang datang hinggap kat kita macam dalam iklan TV tu. Tapi rupanya semua tu khayalan semata-mata. Nasib baik abang yang kayuh perahu kitorang tu bawak kitorang betol-betol dekat dengan pokok berembang. Merasa la duk dekat dan kebetulan dapatla seekor hinggap kat tangan. Walaupon sekejap. Untuk pengetahuan semua, kelip-kelip ni memang hidup membiak kat pokok berembang ni. Jadi kalau nak carik kelip-kelip carikla pokok ini.


Untuk khidmat sampan dan tukang kayuh sampan kami dikenakan charge sebanyak RM53 maximum 4 orang untuk satu sampan. Seronok rasa sebab rasa nyaman je bila mnyusuri sungai kat Kampung Kuantan ni. Hilang stress kerja sekejap.


Untuk melihat kelip-kelip kat Kampung Kuantan ni seawal pukul 7pm dah kena beratur sebabnya ianya dibuka seawal jam 7.45pm. Kalau lambat beratur panjang la jawab dia. Nasib baik masjid betol-betol kat sebelah je. Senang nak solat ke ape.

Disebabkan seawal pukul 7 dah keluar dari tempat kitorang menginap, jadinya kitorang tak sempat nak makan apa-apa. Tengah hari pon sempat makan Burger King je sebabnya masing-masing kepenatan. Memang kebulur la jawab dia. Tapi nasib baik pemandangan dan udara malam tu tersangat la cantik. Lupa kejap yang kitorang tak makan lagi. heeee~


Disebabkan memang dah lapar sangat jadinya kitorang serbu je mana-mana kedai seafood yang kitorang jumpa sepanjang jalan. Nasib baik sedap dan harga pon berpatutan.


Tapi untuk mamat depan ni belum cukup lapar la kalau dia sempat nak ajak wefie sebelum makan. kalau tak dah lama masa makan kat Burger King tu pon dia nak ajak wefie dulu. Masa tu dia memang betol-betol lapar la jawab dia. hahahaha.

Habes makan kitorang balik ke tempat penginapan. dan masing-masing tertidor kepenatan.

Entry berkaitan
Kuala Selangor trip - Part 1 (Sky Mirror, Sasaran Island)
Kuala Selangor trip - Part 2 (Sky Mirror, Sasaran Island)
Kuala Selangor trip - Part 3 (tutorial melompat)

To be continued..

You Might Also Like

0 komen dari peminat setia