PLKN moment part three

5:41 PM

sebelum nie aku ada cerita pasal PLKN. nak tau cerita sebelum nie klik link bawah nie


sepanjang latihan, macam2 benda kitorang kena buat. yang muslim diwajibkan bangun pukul 4.30pg sebab sebelum pukul 5 dah kena ada kat surau ntuk solat subuh berjemaah. lepastue tue dengar kuliyah subuh sampai pukul 6. 

keluar je dari surau kena lari pergi padang kawat untuk PT pagi. PT tue bahase tentera maksudnye senaman. macam2 aktiviti senaman la kitorang buat. kadang2 ikut kompeni. kadang2 aktiviti gabung semua kompeni. kitorang buat senam robik, TTS poco2, maen2 macam bdak tadika, berlari dan macam2 lagi. sampai pukul 7pagi . 

lepastue kitorang breakfast. selalunyer masa nie la aku tak suke sebab makanan dia tak best. tak sedap lansung. tapi yang pasti tiap2 hari dia bagi telur rebus. selalunye aku tak amik walaupown aku suke giler makan telur. diet punye pasal. 


makanan dia bukan je tak best tapi pelik. kalau nasik lemak sambal dia sambal ikan bilis kering. nak gaul ngan nasik tak berkuah. kalau kuetiau plak keras macam kertas. nasik impit plak keras ngan kuah kacang rase pelik. 

lepas makan terus kena siap tukar baju kelas. kelas mula pukul 8pg sampai pukul 12tengah hari. tapi ada rehat pukul 10pagi sampai 10.30pagi untuk minum pagi pulak. aku tak pernah makan pown sebab diet. habis je kelas pagi makan tengah hari pulak. habis je makan kena lari pergi surau untuk solat Zohor berjemaah. 

habis solat kena tukar uniform loreng PLKN. bayangkan tengah hari buta kena pakai baju tebal camtue. mule2 seksala jugak. tapi lame2 dah terbiase. aktiviti yang kitorang kena buat antaranya kawat, aktiviti fizikal macam low rope, merentasi halangan dan macam2 lagi. aku ingat lagi macam mane basah kuyupnya kitorang sebab tak dapat lepas monkey crossing dengan tarzan cross. 


air dia dalam takat leher. sakit giler jatuh. lepas tue kena lalu bawah kawat duri. dahla tengah basah kuyup. baring atas pasir. memang berlumpur baju aku. yang paling aku sakit kena panjat tembok 12 kaki. aku ingat lelaki je yang panjat benda tue. sebab dia kata benda nie khas untuk lelaki. tak sangke pulak perempuan pown kena panjat jugak. 


tinggi giler kowt. habes tangan aku calar2. pedih sangat2. dahla aku nie agak berat. susah kowt nak injak badan naek benda tue. habes je aktiviti fzikal kitorang balik minum petang lepastue balik asrama salin balik baju PT pagi tadi. sebelum tue kena pergi surau dulu solat Asar berjemaah. 

masa ntuk senaman petang pulak. maen jela ape2 yang kitorang nak. yang aku ingat aku sempat main bola tampar je. kadang2 poco2 ngan TTS. malam pulak lepas solat Magrib berjemaah ada kuliyah Magrib. mase nie kitorang belajar balik fardhu ain. cara solat ngan asas2 fardhu ain laen. kadang2 dengar ceramah dari timbalan ketua komanden. 

best sangat. aku suke sangat masa nie. tak penah buat aku bosan. lepas solat Isyak berjemaah, kitorang kena pergi dewan makan malam lepas tue dengar ceramah pulak. tak pown dengar amanat dari ketua komanden. 


habes je benda tue minum mlm lepastue rowcall. Pukul 11malam baru dorang bagi masuk asrama. Tue pown kalau mase rowcall tak ade masalah. Tue la rutin harian aku kt kem.

kenangan yang tak dapat dilupakan..^__^

You Might Also Like

2 komen dari peminat setia

  1. saya pernah jadi jurulatih masa PLKN mula2 dulu..best jgk la..:)


    http://pyejal.blogspot.com/2011/06/travelog-ekspedisi-puncak-kinabalu-part.html

    ReplyDelete