PLKN moment part two

2:01 AM

sambungan dari PLKN moment part one

esok pagi nyer kena bangun pukul 4.30. sebab kena solat subuh kat surau. yang aku geram dorang tak kejut aku. aku bangun2 jer tengok jam dah 6.30. tetiba aku macam nampak asrama kosong. tinggal aku sorang jer. kelam kabut aku pegi toilet basuh muke gosok gigi then pakai tudung lari pegi surau. tak sempat mandi ngan salin baju.

tapi aku tak masuk surau sebab malu punye pasal. aku duduk luar je. ustazah tengah bagi ceramah mase tue. naseb baek mase tue aku cuti solat. kalau tak tak pasal2 jer.

 mase duduk kat luar aku dapat lihat pemandangan sekeliling kem. sebab surau tue atas bukit. masyaAllah cantik sangat2. awan nampak dekat je. sejuk pulak tue. betapa indah alam ciptaan tuhan.

habis je aktiviti kat surau dia suruh balik asrama bersiap pakai baju PT. mase tue aku baru perasan yang aku salah tengok jam. bukan 6.30 tapi 5.30 time aku bangun tue. sebab aku tengok jam balik rupenyer baru pukul 6. nak tergelak aku dibuatnye.

dorang mintak maap kat aku sebab dorang tak kejut aku. dorang pikir aku tak boleh solat tak payah pegi surau. tapi sebenarnye sume wajib pegi surau. naseb baek aku tak kena pape time tue. dorang yang aku maksudkan tue fara ngan intan. mule2 rapat ngan dorang. tapi terpisah sebab kompeni laen. tapi still kawan.

dalam minggu tue kitorang tak buat aktiviti ape2 pown. sebab time tue kire cuti. sebab ade cuti umum. so aktiviti kitorang just gotong royong ngan lawat sekeliling kem. nampak dah lame gak kem nie. tapi pemandangan cantek gler.

kantin
sungai kowt.. ngeeee~
padang kawat

aku dapat tau dari ketua komanden kem kitorang nie terletak kat kaki gunung kinabalu. memang keadaan kat sana sejuk dan nyaman sangat kalau pagi2. 

jarak satu bangunan ke satu bangunan agak jauh jugakla. penat berjalan. lagi2 kalau nak pegi surau. kena panjat bukit. mule2 mengah jugak. lame2 dah terbiasa. bak kate orang tua2 alah bisa tegal biasa.

lupe nak bagitau. aku ditempatkan di asrama P4. dan merupakan wirawati kompeni Bravo. no id aku B633. tapi sebenarnyer aku patut kompeni Delta. dorang mintak nak tukar2. aku pulak tak de partner. aku tukar jela. sebab tak de beza pown.

panji2 kebesaran

mule2 mase dapat asrama cikgu tetapkn katil kitorang. aku ingat kat sekolah je cikgu tetapkan tempat duduk. rupenyer kat sinie katil pown cikgu kena tetapkan jugak. entah macam mane aku boleh tercampak kat katil hujung. dekat geng budak2 Sabah. aku sorang je budak semenanjung kat situe. aku dahla tak paham lorat Sabah.

yang kelakarnye bile dah tak paham tue aku dengar je bwat2 paham. dorang gelak aku pown gelak je. kalau dorang ngata aku pown masa tue aku rasa aku gelak jer. sebab memang aku tak paham lansung. hihihihi. pengalaman pertama berkawan ngan orang yang bercakap guna loghat. yela Selangor mana ada. huhuhu..

tapi lepas tue aku beranikn diri pegi kat geng hujung belah depan. aku tengok macam meriah je. aku dapat tau kat situ ada budak KL. aku pown join jela. naseb baek dorang terima aku. aku ngadu kat dorang yang aku boring duk belah sana sebab aku tak paham pe dorang cakap. dorang pown ajak aku tukar katil duk ngan dorang.

kebetulan ada katil kosong. sebelah ira. depan ayu ngan kecik. ira ngan ayu org KL. kecik org Sabah. tapi loghat dia aku lebih paham sikit dari loghat budak2 Sabah kat katil aku sebelumnyer. mungkin dorang datang dari tempat yang berbeza kowt.

to be continue..^_^

You Might Also Like

0 komen dari peminat setia