ibu tadi tia nampak muka pakcik tue macam Salih Yaacob..
4:00 PMkorang ada baca tak kisah aku beraya kat rumah Salih Yaacob..?? mesti korang ada yang tak perasan kan. kalau nak perasankan klik SINI.
dah baca dah..?? percaya tak..?? percaya jela. aku bukan tipu pown.
sebenarnyer ape yang aku nak cerita nie cerita masa aku kecik2 dulu. masa tue umur aku 7 tahun. macam mana aku boleh ingat. sebabnyer tahun tue la atok aku meninggal. hari jumaat dalam bulan puasa atok aku, Hashim bin Tuah meninggal dunia dalam solat.
ok bukan niat nak buat cerita sedih. sila kesat air mata masing2. cerita lama dah pown. aku pown dah lama terima kenyataan yang aku dah tak ada atok. jap nak kesat air mata. heeeee~
berbalik pada tajuk. masa pengebumian atok aku ramai sangat orang yang datang. tengah duk main2 ngan sepupu aku (kecik lagi masa tue tak paham pape sangat). tetiba aku ternampak sorang pak cik nie. macam pernah ku lihat tapi kat mana ye..??
macam Salih Yacob. tapi bukan kowt. pelanduk dua serupa agaknyer. takkan la dia ada kowt. aku antara peminat Salih Yaacob masa tue. kecik2 dah pandai ea. hehehe.
malam tue aku pown cakap ngan ibu aku.
"ibu2 tadi kan tia nampak ada pakcik tue muka macam Salih Yaacob" dengan muka konfiden
"kenapa tak mintak autograph..??" ibu bergurau la pulak
"ala sama sikit jer. tak sama sangat pown"
"tue memang Salih Yaacob la..."
aku tercengang.
bertubi-tubi soalan keluar dari budak umur tujuh tahun nie. camner dia boleh ada kat rumah atok aku..?? dia kenal atok aku ke..?? atok aku artis jugak ke..?? sampai fedup ibu aku nak menjawab.
rupa-rupanyer Salih Yaacob tue ada bau2 bacang dengan bapak aku. kalau tak silap anak saudara atok aku. aku pown tak berapa nak pasti. tapi memang kelakar la masa tue. tue la pertama kali dalam hidup aku berjumpa dengan orang yang terkenal.
yela masa tue umor baru tujuh tahun. excited giler bila dapat tau. abes satu kelas aku canang benda nie masa kat sekolah. bangga giler. agak2la kan. hahahaha..
bila teringat balik rasa nak tergelak guling2. zaman kanak2 yang sungguh indah.
sedangkan Salih Yaacob bukan kenal aku pown. hehehe..
0 komen dari peminat setia