surat cinta..❤❤❤

9:00 AM

dear blog,

          wahai blog ku sayang. aku mintak maaf sangat2. bukan bermaksud aku nak abaikan kau. tapi keadaan yang memaksa. aku sentiasa rindukan kau. tapi tak tau kenapa susah untuk tangan aku membelai kau. setiap hari aku melawat. tapi tak sempat meluahkan perkataan. aku jadi bisu bila ada kat depan kau. bukan sengaja tapi terpaksa.

          bila berjauhan rindu membuak-buak. macam2 benda nak diceritakan. tapi bila bersua aku jadi kelu tanpa kata.bila duduk jer depan kau aku terus lupa apa yang nak aku luahkan. 

          maafkan aku wahai blog ku sayang. aku tak berdaya. dengan bermacam-macam benda yang berlaku kat aku akhir2 nie. aku teringin sangat nak luah kat kau. tapi kepenatan membuatkan aku jadi bisu. kelu tanpa kata. 

          aku sendiri tak menyangka semester baru nie macam2 halangan menimpa aku. dengan keadaan blok baru yang kurang macam2 jenis kemudahan, air kejap ada kejap tak de, internet laju macam siput sedut, jadual makan yang tak menentu (sebab kafe jauh), batok yang masih lagi tak hilang2, kerja yang makin hari makin bertambah, dan macam2 lagi.

maafkan aku wahai blog. tak berniat lansung untuk aku abaikan kau.



dear friends,

          untuk semua kawan2ku. aku rindu korang sangat2. rindu nak blogwalking, rindu nak join segmen, rindu nak join contest, rindu nak semakkan shoutbox korang, rindu nak komen post korang, dan macam2 lagi. keadaan memaksa aku untuk kurangkan semua aktiviti2 yang bermoral nie.

          maafkan aku kawan2. aku tak dapat tunaikan janji aku dulu. dengan keadaan internet sekarang, memang sukar untuk aku melawat korang. aku rindu sangat2 kat korang. aish...

harap cepat2 la UMP upgrade internet. aku rindu sangat2 kat korang semua..


           ikhlas,........     
gadis melayu

You Might Also Like

1 komen dari peminat setia