Kuala Selangor trip - Part 1 (Sky Mirror, Sasaran Island)

7:05 PM

Assalamualaikum dan hye semua.

Bulan ni rasanya memang penuh dengan trip sana sini. Penutup trip untuk bulan Ogos ialah trip dengan geng Petai Boys and Spice Girls. Short vacation yang kitorang rancang dari bulan lepas alhamdulillah berjalan dengan lancar. Trip ke Sky Mirror, Sasaran Island.

Perjalanan dimulakan dari Putrajaya. Sejam lebih jugak masa diambil untuk ke meeting point sebabnya tetiba WAZE buat lawak pagi-pagi. Saje bawak kitorang jalan-jalan dalam Kuala Lumpur sebelum dia tunjuk jalan sebenar. Siapa yang selalu guna WAZE paham la macam mana kan. Perangai sangat. Pagi tu ikutkan hujan. Agak risau jugak kalau terus hujan. Alhamdulillah, kami diizinkan untuk teruskan perjalanan.

Sampai je kitorang kat meeting point kitorang disambut oleh ketua agensi yang bertanggungjawab untuk sediakan bot untuk kami ke Pulau Sasaran ni. Agensi yang Atia maksudkan ialah Sky Mirror Enterprise. Ketua yang sambut kami tu nama dia Vivian Teoh. Dari proses buat tempahan hinggalah ke bayaran deposit kitorang berurusan dengan dia. 


Lebih kurang setengah jam jugak perjalanan naik bot ke sana. Cuma masa trip kitorang, bot terpaksa berhenti sekejap kat Pulau Angsa sebab nak tunggu Pulau Sasaran betol-betol surut. Sempat la kitorang buat pre shooting gambar dalam bot. padahal masa tu tengah mabuk laut. hehe..


Masa bot berhenti kat Pulau Angsa tu agak mencabar la bagi Atia. Kebetulan pagi tu hujan mungkin menyebabkan angin agak kuat dan laut agak berombak. Jadinya bot agak terumbang ambing masa kami singgah kat Pulau Angsa tu. Apalagi datang la mabuk laut. Nasib baikla dah siap-siap peppermint dalam beg. Memang penyelamat la. Kalau tak tak tau nak buat camner.


Peppermint so far yang Atia pakai memang membantu hilangkan pening kepala. Lagi-lagi Atia memang jenis cepat mabuk kenderaan. Tak kesahla kereta ke, bot ke apa-apa jela. Selain membantu buang angin dalam badan. Kebetulan malam sebelum trip tu Atia kena cirit birit. Tapi lebih pada angin je yang keluar. Gara-gara lupa yang seharian Atia tak makan nasik. Nasib ada peppermint essential oil ni. Sapu kat perut dan dada sikit. Dapatla kurangkan rasa sakit tu sikit.

Sejak kenal dengan essential oil ni, memang pergi mana pon akan bawak. sama ada bawak sebotol terus atau bawak yang dah dilute dengan VCO. Benda wajib ada dalam beg. I love Essential Oil. huhu..

Nanti Atia sambung lagi apa jadi kat Pulau Sasaran.

Entry berkaitan :




You Might Also Like

0 komen dari peminat setia