Jom belajar buat kosmetik natural

5:04 PM

Assalamualaikum dan hai semua..

Maafkan Atia sebab dah lama tak bersiaran kat blog ni. Almaklumla banyak sangat cuti. Tambah pulak dengan keadaan tak berapa sihat. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Oktober. Lagi tiga bulan nak masuk tahun baru. Azam korang semua apa cerita..?? heeeee~

Ok berbalik pada tajuk asal. Alhamdulillah bengkel asas pembuatan kosmetik natural berasaskan minyak pati tulen di MMU Melaka berjalan tersangat lancar. Penyertaan sangat menggalakkan dan peserta sangat seronok sebab mereka berpeluang belajar buat barang kosmetik homemade sendiri.


Masing-masing seronok sebab mereka berpeluang untuk DIY barang kosmetik dengan menggunakan bahan-bahan organik dan jugak bahan-bahan natural. Mereka teruja sebab tak sangka dengan setitik minyak aromaterapi digabungkan dengan bahan-bahan natural yang ada di dapor, macam-macam benda boleh dihasilkan.

Kelas dimulakan dengan pengenalan berkenaan minyak aromaterapi. Dari sini peserta dapat mengenali beberapa jenis minyak aromaterapi dan kegunaan minyak-minyak ni. Baru mereka paham yang macam-macam produk boleh DIY sendiri kat rumah.


Dari kelas ni mereka belajar macam mana nak buat sabun. Dua jenis sabun yang diajar untuk bengkel ini iaitu sabun mandi wangian lavender dan juga sabun scrub badan. Masing-masing teruja sebab tak sangka senang nak buat sabun sendiri. Janji semua bahan yang diperlukan ada.

Sesi menuang ramuan sabun ke dalam acuan yang disediakan
Teruja mereka meratakan ramuan sabun

Selain sabun banyak lagi barang-barang kosmetik yang diajar pada peserta. Antaranya Serum muka, Penanggal solekan, pelembab bibir dan juga mereka berpeluang untuk sesi pakai masker muka.

Gigih peserta kita mengacau ramuan pelembab bibir
Sesi menuang ramuan pelembab bibir dalam tiup yang disediakan
Masing-masing tak sabar tunggu pelembab bibir mengeras
Sesi masker muka. seronok kakak-kakak kita dapat relakskan muka.
Untuk pengetahuan semua, bahan-bahan dan peralatan disediakan sendiri oleh instruktor. Jadi peserta tak perlu risau cuma perlu hadir bawak badan je kalau malas sangat. Siap ada goodies bag lagi dapat sorang satu. Belum lagi kira cabutan bertuah. Boleh dikatakan semua dapat la.

Seronok peserta-peserta ni. muka masing-masing senyum sampai ke telinga. Apa tak nye macam-macam dorang dapat bawak balik. Jeles atia dibuatnya. hehehe.

Antara kit yang disediakan
Berminat untuk menyertai kelas seterusnya..?? ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ 

[BOOK NOW!] ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ 

Jom kita start sikit-sikit dengan chemical-free lifestyle. Belajar sikit-sikit tentang produk harian. Borak2 sambil DIY dan boleh bawa produk balik.⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ 

workshop untuk buat ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ 
❤sabun mandi 
❤syampu 
❤skin spray 
❤lipbalm 
❤baby balm 
❤synergy/healthy blend 
❤body scrub ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ 

kumpul 10 orang dan decide tarikh dan tempat. ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ 

BOOK NOW!! ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ 


You Might Also Like

0 komen dari peminat setia