Cara nak hadapi scammer..

4:38 PM

Assalamualaikum dan hai semua..

Baru-baru ni Atia sendiri tak sangka yang ada scammer yang ada hati nak kenakan Atia. Tersalah pilih orang la dia. Sebabnya Atia sendiri tak ada duit sebanyak tu untuk ' disedekahkan ' kat dia. Diri sendiri pon cukup-cukup makan je. Aduhai.

Cerita bermula bila Atia bukak applikasi Shopee kat henset. Memang rutin harian selak-selak aplikasi ni. Kebetulan memang Atia ada jugak selit barang untuk dijual. Boleh usha account shopee atia_amir_craft kalau nak tau barang ape yang Atia jual.

Pagi tu bukak-bukak je perasan ada satu mesej. Mesej dia macam dalam gambar bawah ni.


Ape lagi semangat la Atia pergi whatsapp nombor dia bagi tu. Sekali dia ‘speaking ‘ daaa. So layankan ajela. Hati dah mula rasa tak sedap. Duk Tanya-tanya akak dekat ofiz ok ke dia ni. Akak tu cakap tak baik buruk sangka. Atia pon layankan je. Macam kat gambar bawah ni.


Macam pelik sebab senang sangat berurusan dengan dia. Tapi bila dia hantar detail partner dia tu dah rasa serba salah sebab duk syak wasangka kat dia ni. Tak pikir pulak nak check wujud ke tak orangnyer. Atia pon wat lek wat peace jela.


Sekejap lepas tu check email. Sah..!!! scammer.




Patotla rasa tak sedap hati. Mula la rasa resah sebab dah terbagi detail betol pulak dekat dia. Sebab sebelum ni kan duit Atia kat bank pernah dicuri. Boleh rujuk SINI untuk cerita sebelum ni. Nasib baikla dalam akaun ada RM60 je. Tapi kalau tu pon dia nak curik maka bankrap la Atia. Sebab tu jela duit yang ada sementara menunggu gaji.

Buat masa tu Atia diamkan aje. Nak tunggu macam mana permainan dia. Naaa.. dalam petang macam tu dia whatsapp lagi. Atia seen tapi tak balas mulanya sebab belum ada kekuatan. Tak tau macam mana nak hadap mamat scammer ni. Dahla kena speaking bagai.

Syukur Alhamdulillah Allah bagi buah fikiran. Tetiba Atia teringat kat seorang kawan satu university dulu. Dia pernah post kat facebook pasal benda ni. Atia pon mesej dia kat facebook. Dari dia la Atia dapat idea dan kekuatan untuk hadap mamat scammer ni. Terus Atia jawab whatsapp scammers tu. Dan tekaan Atia betol. Ayat dia sama je dengan scammer yang kacau kawan Atia tu.

Dengan kekuatan yang ada cukup-cukup makan Atia cuba lawan dengan dia.


Sampai tak larat nak speaking dibuatnya. Nasib baik lepas tu dia terus block Atia. Allah je tau apa yang Atia rasa masa tu. Takut tapi buat-buat berani.

Terima kasih kat kawan Atia tu jugakla sebab banyak tolong. Dari dia Atia dapat kekuatan. Alhamdulillah Allah permudahkan.

Kat bawah Atia share perbualan kawan Atia dengan scammer. Dari sini Atia dapat idea macam mana nak confront scammer ni.


Last-last kena block jugak kawan Atia ni. So shame of you la scammers.



Nasib baik Atia sempat screenshot sebelum di block. Tak tau la gambar siapa dia amik.

So lesson learn dari kejadian ni. Elakkan deal dengan foreigner direct whatsapp. Kalau dari shopee terus je mintak dia proses kat shopee. Jangan berani-berani macam Atia. Nasib baik tak de pape yang serius. Alhamdulillah.

You Might Also Like

0 komen dari peminat setia