bila gadis melayu buat kerja gila..

4:00 PM

sem nie banyak kerja gila aku ngan kawan2 aku duk tambah. antaranya jalan kaki dari kedai pak mail ke UMP. nie memang tak dirancang tapi terjadi. asalnyer kitorang nak sewa basikal untuk pergi makan ABC pak mail. tapi sewa basikal tutup la pulak.

entah macam mana masa nak keluar menuju balik ke asrama ternampak bas rahmat alam lalu. tetiba terdetik kat kepala otak nie apa kata kitorang pergi kedai tue naek bas tue. nanti balik boleh mintak pakwa kawan aku amik. kebetulan pakwa dia nak datang UMP petang tue. jadi kitorang pown naek la bas tue.

sampai2 jer kedai pak mail tetiba dapat tau ABC dah tutup. sebab dia nak buat persedian untuk bukak gerai kat UMP sempena pesta layang2 esoknya. aish penat je pergi situ. tapi tak dapat apa yang dihajati. jadi kitorang buat keputusan untuk balik. disebabkan pakwe kawan aku tue lambat lagi sampai ke UMP, kitorang amik keputusan jalan kaki jer.


agak jauh jugakla. bayangkan dari pondok pak guard depan ke asrama pown lebih kurang 2.5km. kalau dikira dari kedai pak mail pulak lebih kurang 10km. berjalan la kitorang dari pukul 6.30 sampai pukul 8malam. penat jangan cakap la. bagai nak tercabut kaki dibuatnyer.

memang kerja gila..o_0

You Might Also Like

2 komen dari peminat setia

  1. fuyoo jauhnya berjalan

    ReplyDelete
  2. mak oih jauhnya berjalan..nasib baik pemandangan cantik..heee

    ReplyDelete