jiwa kacau.. blog terabai..

9:00 AM

akhir2 nie memang jarang aku update blog nie. bukan tak de idea. ada banyak sangat. tapi jiwa aku untuk berblog terkunci. nak tulis untuk entry nie pown terkial-kial.

akhir2 nie memang banyak dugaan yang aku kena tempuhi. aku rasa penat. kadang2 rasa tak tahan. kalau ikut hati nak lari jer dari sini. tapi apakan daya aku tak da pilihan lain.

sekarang nie hanya satu jer yang aku pikir. aku datang sini nak belajar, jadi pandai, dapat ijazah, jadi engineer dan point utamanya banggakan ibu ngan apak. ianya jadi penguat untuk aku teruskan hidup kat sini. 

kadang2 aku nangis sorang2. merintih masa solat. hanya Tuhan tempat aku mengadu sekarang. aku takut nak ngadu kat ibu ngan apak. takut dorang risau. aku penat, letih, tak tahan dengan kehidupan kat sini. tapi aku hanya mampu simpan dalam hati. 

benda yang paling aku takut sangat sekarang nie ialah kalau semua benda yang terbuku kat dada nie meletop, akan ada yang akan tersinggung. aku tak nak jadi macam tue. bukan semua orang boleh paham aku. bila marah apa pown boleh jadi kan.

Ya Allah berikanlah aku kesabaran dan kekuatan untuk menempuhi kehidupan di dunia nie yang penuh dengan pelbagai dugaan. pelihara lah aku dari perkara2 buruk. amin...


insyaAllah bila aku dah stabil aku akan update blog nie. banyak benda sebenarnyer aku nak cerita.

T_T

You Might Also Like

2 komen dari peminat setia