Anak mithali.. heeeee~

2:18 PM

Assalamualaikum dan hye semua.

Jom sambung cerita pasal essential oil. Dalam post sebelum ni Atia ada share tiga basic essential oil yang Atia cuba guna. Lavender, Lemon dan Peppermint. Sebenarnya yang Atia betol-betol pakai untuk diri sendiri ialah lemon dan peppermint.

Essential oil lavender Atia beli sebab niat nak bagi kat ibu. Sebab dia selalu mengadu kaki bengkak dan gatal-gatal. Untuk pengetahuan semua ibu menghidap kencing manis peringkat awal. Baru je kena dalam awal tahun lepas. Risau bila kadang-kadang dia mengadu kaki gatal tapi bila garu sekejap je jadi kudis. Lepastu kalau berdiri tak boleh lama-lama. Duduk pon sama. Solat pon atas kerusi masa tu.


Awal masa Atia bagi dia essential oil lavender ni penerimaan dia tersangatla hambar. Katanya dia tak suka bau lavender ni kuat sangat. Sedih pon ye masa tu. Yela niat nak membantu tak tercapai. Sehinggalah satu hari ni terbukak cerita adik Atia diam-diam pakai lavender ni kat kaki dia. Sabar jela budak ni.

Adik Atia ni baru darjah empat masa tu. Katanya kat sekolah dia kena berkaki ayam kat padang sebab ada sukan yang memerlukan dia berkaki ayam. Masa tu sekolah dia buat latihan untuk hari sukan. Kaki adik Atia ni pulak agak sensitif. Jadinya tak pasal-pasal berkudis. Dah macam-macam krim sapu tapi tak elok-elok jugak kudisnya. 

Tetiba satu hari dia tunjuk kat ibu kudis dia dah kering. Terkejut jugakla ibu dibuatnya. Bila ditanya rupanya setiap malam dia duk sapu essential oil lavender tu. Sejak tu la ibu mula terbukak hati untuk cuba.


Sekarang dah masuk botol keempat ibu guna lavender essential oil ni. Setiap malam dia sapu. Tapi ibu agak berjimat sebab katanya mahal sangat. Tak pe ibu insyaAllah Atia mampu lagi untuk belikan. Ikutkan boleh jimat kalau di campor dengan virgin coconut oil. Tapi ibu takut dia tak tahan dengan virgin coconut oil ni.

Nanti Atia sambung cerita lagi pasal lavender.

Entry berkaitan :
Lavender bukan sekadar pewangi tandas

Will be continued..




You Might Also Like

0 komen dari peminat setia