Beronok-ronok semalam.. Bersakit-sakit harini.. adeih..

6:43 PM

Assalamualaikum dan hye semua.

Nak sambung cerita bola jaring semalam. Alang-alang baru dapat gambar. Nak jugak upkan gambar-gambar tu dalam blog berhabuk ni. huhu..


Sepatutnya ramai lagi yang terlibat. Tapi tak sempat nak bergambar semua. Penyampaian hadiah pagi tadi pon Atia tak sempat pergi sebab ada kelas pagi.

Yang pasti harini memang sakit satu badan. Tak ingat berapa kali Atia tersungkur jatuh semalam. Habis lutut semua lebam-lebam. Pasrah dan berserah jela harini tahan sakit. Semalam beronok-ronok sangat.


Tak sangka ada papparazi sempat tangkap gambar Atia lepas jatuh tersungkur. Terhincut-hincut jalan tapi tetap teruskan main. Gambar kedua pulak kaki baru lepas kena pijak. Adoyai. Tapi tak pe sebab semua berbaloi. Sebab perlawanan antara staff dengan pelajar, staff juara. huhu..


Kan semalam ada cerita yang muka Atia teruk kena sunburn. Jadi malam sebelum tidur Atia lumur kat muka tiga-tiga essential oil ni. Alhamdulillah pagi ni hilang rasa pedih kat muka. Cuma tona warna je la agak gelap sikit. hehe..


Cara Atia pakai, mula-mula titikkan essential oil kat tangan kemudian layerkan kat muka satu persatu. Mula-mula atia sapukan lavender essential oil. Lepastu baru layerkan dengan cedarwood essential oil. Atia mulakan dengan lavender dulu sebabnya bau cedarwood agak tengik sikit bila terkena kulit. Jadi untuk hilangkan sikit bau tu Atia mulakan dengan lavender dulu. Akhir sekali baru sapukan tea tree essential oil. 

Atia sapu direct je sebab pernah test kat muka alhamdulillah tak ada masalah. Bagi yang baru nak cuba better blend dulu dengan carrier oil. Lagi pon boleh jimat kalau blend dari sapu direct.


Antara carrier oil yang sesuai dengan jenis kulit muka. Macam Atia nasib baik muka memang sesuai dengan Virgin Coconut Oil. Jadi blend dengan minyak ni jela. Yang tang lebam pulak Atia sapu kan lavender layerkan dengan peppermint essential oil. mudah-mudahan cepatla hilang sakit dia.

My treatment buddies.. heeeee~

Entry berkaitan :
Orang kentut kat sebelah pon tak perasan.. hahahahaha..

Will be continued..




You Might Also Like

0 komen dari peminat setia