Orang kentut kat sebelah pon tak perasan.. hahahahaha..

3:46 PM

Assalamulaikum dan hye semua..

Meh nak sambung cerita pasal lavender. Sebenarnya Atia tetap jugak tumpang sekaki guna essential oil lavender ni. Ada sekali tu duk main boxing kat gym. Syok sangat tumbuk puching bag. Tak perasan yang kulit jari sampai pecah. Bila terkena air baru terasa pedihnya.


Balik dari gym cepat-cepat camporkan lavender essential oil dengan virgin coconut oil lepastu sapu kat luka tu. Masa mula-mula tu pedih yang amat. Tapi lama-lama bila kering sakit hilang macam tu je.


Sekejap je luka tu kering bila sapu dengan essential oil lavender. Kebetulan malam tu Atia kena menjahit bantal tempahan customer. Mujur ada Essential Oil Young Living.


Kalau tak ada essential oil ni tak tau la macam mana nak siapkan bantal2 ni. Alhamdulillah.


Selain tu Atia buat face mist dengan lavender essential oil. titikkan dalam air pastu camporkan sikit dengan essential oil peppermint. 


Ada sekali tu masa kat gym tetiba ada seorang tu kentut. Masa tu kebetulan Atia baru lepas sembor face mist tu kat muka. Tak perasan pon dia kentut. Yang pasti masa tu tetiba semua orang tutup hidung. Kecuali Atia. Diorang pon tanya la Atia tak bau ke?

Seriusly memang tak bau sebab duk syok bau essential oil. Punyela kuat bau sampai orang kentut kat sebelah pon tak perasan. Padahal orang yang kentut tu betol-betol sebelah Atia. hahahahaha..

Nanti kita sambung cerita lagi. Nak sambung buat kerja. hehe..

Entry berkaitan :

Will be continued..




You Might Also Like

0 komen dari peminat setia