Trip to Alor Setar - Part 1

4:06 PM

Assalamualaikum dan hye semua..

Punya la penat sampai tak de hati langsung nak update blog. Semalam satu hari melepek je kat stafroom. Macam orang lalok. Sampai makan pon tak larat. Bawah meja jadi port terbongkang. hehehe.. (kelas semua dah kansel awal-awal ye sebab dah agak jadi macam ni.. heee)

Jadi harini nak cerita apa yang menyebabkan Atia sampai penat macam tu sekali. 

Alhamdulillah misi ke Kedah sorang-sorang berjalan teratur tanpa sebarang benda buruk berlaku kat Atia. Syukur jugak perjalanan majlis kahwin kawan baik Atia berjalan dengan sangat lancar. 


Atia amik keputusan untuk ke Alor Setar hari Jumaat malam Sabtu. ikutkan planning asal hari Khamis malam Jumaat. Tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan terpaksa tukar. Jadinya perjalanan Atia bermula di stesen bas sementara Shah Alam hari Jumaat pukul 10.30malam.

Perjalanan mengambil masa selama 6jam dengan menaiki bas Transnasional. Tau-tau dah sampai Alor Setar. Amik tiket bas malam ingat boleh tidur. Tapi yang dapat tidur-tidur ayam je. Siap katam dua movie la dalam phone. Nasib baik sempat simpan movie kat youtube. Pukul 4.30 pagi sampai la Atia kat Alor Setar untuk pertama kalinya.


Stesen bas agak sunyi tapi tak terasa takut sangat sebab terang benderang. Nasib baik kat situ ada disediakan tempat menunggu. Atia cuma whatsapp je kawan Atia yang Atia dah sampai sebab tak nak kacau dia tidur. Lagi pon dia mesti tidur lambat sebab sibuk dengan persiapan kawin. huhu.

Dalam pukul 7 pagi macam tu baru kawan Atia sampai untuk pickup Atia. Macam jejak kasih padahal baru lepas holiday sama-sama kat Medan. Oh ye nanti Atia cerita trip bajet kitorang kat medan. Masuk-masuk kereta benda pertama yang keluar ialah lapar. So mula la trip jalan-jalan carik brekfas. 

Tempat pertama yang Atia jejak di bandar Alor Setar ialah Ukir Mall ataupon dikenali sebagai Pekan Rabu sementara. Katanya kat situ ada roti goyang yang konon antara makanan viral di Alor Setar. So far ok la roti goyang ni. Lepasni boleh kot buat kat rumah. Kalau rajin la. hehe..


Dapat jugak merasa pulut ikan masin. First time sebenarnya. Sebabnya Atia bukan penggemar ikan masin. Tapi tak tau macam mana pulut ikan masin ni menepati citarasa Atia. Masa menaip ni pon rasa nak terliur bayang. Ni nak bagitau betapa sedapnya la pulut ikan masin ni. hihi.

Lepas kenyang perut kita buat aktiviti membakar lemak. Mana yang sempat jela sebab tak nak la kacau bakal pengantin. Kebetulan dah dekat dekat dengan Masjid Zahir. Jadi kitorang singgah la kejap. Atia nak tengok jugak masjid yang mendapat gelaran top 10 masjid tercantik di dunia.


Harini baru ada mood nak menaip balik lepas Atia diffuse essential oil orange. Serius orange memang membantu menaikkan mood. Kerja pon senang jalan. huhu.


Nanti Atia sambung lagi cerita trip ke Alor Setar.

Entry berkaitan :
Orang kentut kat sebelah pon tak perasan.. hahahahaha..




You Might Also Like

0 komen dari peminat setia