Trip Alor Setar - Part 3

4:01 PM

Assalamualaikum dan hye semua..

Alhamdulillah dengan sekali lafaz je Alia Raihana sah bergelar isteri kepada Syamsul Rais pada 20 Ogos 2017. Tak sangka perkenalan dari tahun 2009 akhirnya membawa hubungan ke jinjang pelamin. Tahniah Alia.


Muka pengantin tak de perasaan sebelum saat-saat dinikahkan. Padahal dalam hati Allah je yang tau ye dak.


Sempat jugakla selfie sebelum pengantin lelaki lafazkan akad. Alhamdulillah majlis nikah yang diadakan berjalan tersangat la lancar. Cuma yang kelakar ada terdengar suara kecik kat sebelah pengantin " kak sempat lagi ni nak lari".. hahahaha..


Tukang sakat duduk kat sebelah kakaknyer. sabar jela. hahaha.


Post kali ni nak share gambar jela. Sebab tak tau nak cerita apa lagi. Biar gambar jela yang bercerita. huhu..


Sempat jugakla buat reunion dengan kawan baik kat UMP. Wei rindu zaman belajar dulu-dulu..


Dari bertiga dah berkembang jadi bertujuh. Atia tak tau lagi bila nak berkembangnyer. heeeeee~


Ni nak selit share pasal essential oil. Atia jenis tak suka pakai perfume sebab Atia tak pernah kekal dengan satu bau. Mula-mula beli beria bau sedap. Lama-lama rasa nak muntah sebab bau alcohol dia kuat sangat sampai buat tekak loya.

Sejak kenal dengan essential oil, Atia titikkan kat gelang kayu macam kat atas ni pastu pakai. sebenarnya baunyer hanya cukup untuk Atia je yang bau. wangi dapat, tenang pon dapat. sebab tu bagi yang kenal Atia sebelum ni jangan pelik tetiba Atia pakai gelang padahal sebelum ni tangan kosong je.  huhu..

Jangan ditanya cincin bila pulak nak pakai ye. kalau teringin benda ni sampai kat muka tanyela. heeeee~



Entry berkaitan :
Orang kentut kat sebelah pon tak perasan.. hahahahaha..




You Might Also Like

0 komen dari peminat setia