Trip to Alor Setar - Part 2

4:43 PM

Assalamualaikum dan hye semua..

Jom kita sambung cerita trip ke Alor Setar. Mungkin ada yang tertanya kenapa post sebelum ni tak de satu pon gambar kawan Atia. Saja je nak buat suprise. hehe..


Bagi yang pernah baca blog gadis melayu dulu-dulu mesti kenal siapa kawan-kawan Atia ni. Dua-dua ni antara kawan yang betol-betol rapat masa zaman belajar dulu. Ni la geng gaduh, geng buat kerja gila, geng ponteng kelas, geng kutuk orang dan macam-macam lagi la. 

Jadi mana satu yang dah kawinnyer..?

Ikutkan dua-dua dah kawin. Tinggal la Atia sorang-sorang yang kononnya tak puas hidup bujang. nasib ko la Atia oiii..

Ok dah habes pengenalan pasal kawan Atia. Jom sambung cerita Alor Setar. Sesampainya Atia kat Alor Setar Atia dibawa makan kat kopitiam Ukir Mall dan kitorang singgah kat Masjid Zahir macam yang Atia cerita kat post sebelum ni.


Ni la dia bakal pengantinnya. Sempat la tangkap gambar saat-saat terakhir sebelum dia menamatkan zaman bujang. Padahal dia pon sama macam Atia. Tak puas hidup bujang. Sebabnya kawan Atia ni ada hobi suka travel sorang-sorang. Ni dah ada suami travel la dengan suami pulak ye dak. hehe..

Dalam tengah hari macam tu Atia check in hotel betol-betol dekat dengan rumah pengantin. Terima kasih pada family pengantin sebab sponsor hotel. Sementara menunggu kawan Atia yang sorang lagi sampai, Atia sempat la beli nasik Lemak Royale. Kebetulan betol-betol dekat dengan hotel Atia duduk.


Petang tu kitorang amik keputusan untuk jalan-jalan sekitar Alor Setar. Mana yang sempat jela. Sebab masa yang sangat terhad tambahan pulak masing-masing masih kepenatan sebab travel jauh. Sempat la melawat menara Alor Setar. huhu..


Adoi.. Dua-dua budak kecik ni boleh pulak dia tidur time ni. Masa bapak dia tidur tak nak pulak join. Sabar jela. hahahaha..


Sempat jugakla merasa laksa ikan seekor. Antara makanan viral jugak kat Alor Setar ni. Tapi yang Atia paling suka ialah cendol dia. Memang terbaikla. Rasa dia memang lemak-lemak sedap macam tu.


Nampak tak sikecik tu tidur lagi. Adiknye nasib baik dah terjaga. hahaha.. Abaikan muka sememeh Atia sebab sunburn tak hilang lagi tambah kepenatan tak tidur.

Perut dah kenyang kitorang pon amik keputusan balik hotel. Waktu pon nak masuk magrib masa tu. Kebetulan kawan atia sorang lagi pon dah sampai. 


Dalam lepas Magrib macam tu kitorang gerak ke rumah pengantin untuk tolong-tolong apa yang patut. Tapi rasanya lagi banyak bersembang dari menolong kot. hehehe..


Disebabkan budak kecik tu dah bunyikkan alarm tanda nak tidur. Jadi kitorang pon balik ke hotel. Sempat tolong sikit-sikit je la. huhu..

Malam tu sebelum tidur Atia sempat sapu blend peppermint essential oil dan orange essential oil. Ni antara ubat tidur paling munjarab untuk Atia. Sebabnya Atia jenis susah nak tidur kat tempat yang tak biasa. Jadinya terpaksa la ada benda-benda macam ni untuk membantu.


Kita sambung lagi nanti na..

Entry berkaitan :
Orang kentut kat sebelah pon tak perasan.. hahahahaha..




You Might Also Like

0 komen dari peminat setia